Kisah Enam

134 4 0
                                    

Hujan.

Hujan lebat.

Hujan sering membawa kembali memori. Suka mahupun duka. Aku suka hujan walau aku alah pada kesejukan. Aku suka berdiri di bawah hujan, walau akhirnya aku terbaring, demam.

Satu ketika dulu, hujan sering membawa memori menyakitkan. Memori yang tak ingin aku ingat. Memori yang aku nak sangat pendam dalam dalam.

Namun akhir akhir ini, hujan sering membawa kamu. Membawa bersama kenangan kita masa lalu. Terutamanya di saat dua tahun lepas. Di mana kita masih bertatih untuk tinggal bersama. Membiasakan diri dari aku menjadi kita, dari seorang jadi berdua.

Saat itu, kami berdua hanya punya honda. Motor jenama honda sebenarnya. Dan itu hari cuti kami. Cuti kan, perut teringin nak makan macam macam.

Maka, segala plan keluar membeli barang basah diusulkan. Dan tentunya, hampir RM200 melayang.

Sedang dia dah mula risau akan awan yang makin menghitam, aku masih tenang mengemudi honda kesayangan. Dan akhirnya, hujan.

Hujan yang pada awalnya cuma rintik kecil, menjadi besar dan deras. Ada jalan yang dah mula naik air. Aku yang bijak awal lagi menolak untuk membawa baju hujan. Maka kami berdua kuyup.

Sampai saja di garaj rumah, dia terus ingin masuk mengambil tuala dan baldi. Tapi aku menegah. Terus tangannya aku pegang erat, dan aku bawa dia menari di bawah hujan.

Kerut di dahinya mula pudar, dan dia tersenyum. Kami tertawa. Menari bagai orang gila.

Dan esok harinya, dua dua demam panas. Tapi aku gagahkan diri untuk bangun dan masak bubur. Beserta sup ayam, kegemarannya dikala demam. Semuanya kerana sebuah janji, yang masih aku pegang erat hingga kini.

"Perlu ke setiap kali hujan, saya akan jumpa awak tersengih sorang kat luar ni dengan kopi kat tangan?" Suaranya menerjah gegendang telingaku. Aku berpaling. Dia memandangku dengan kening terangkat. Mukanya masih jelas mamai.

Aku menggamitnya untuk duduk di riba ku.

"Saya teringat kenangan balik dari Mydin dua tahun lepas." Aku bersuara rendah sambil memeluk erat tubuhnya. Dia diam.

"Main hujan jum?" Dia berpaling dengan riak tak percaya. "Seriuslah? Jam tiga pagi ajak main hujan?" Ada kerut di dahinya.

Aku tersengih cuma. Tak membalas soalannya. Sebaliknya aku bangun, mencempung erat tubuhnya dan berjalan ke bawah hujan. Terus dia menjerit kuat.

"Awakkk! Turunkan saya sekarang! Kalau demam macam mana?" Aku turunkan dia, dan memeluknya erat.

"Kalau demam macam biasa. Macam janji saya. Macam kita dua tahun lepas. Biar saya jaga awak, itu kan janji saya?" Aku ujar perlahan seraya mengucup bibirnya lembut.

"I love you, and I'll always do. Thanks sebab approach saya, dan hulurkan tangan masa saya betul memerlukan."

Dia tak membalas, sebaliknya terus mengucup bibirku semula.

17052020
1935

Randomness in My Mindحيث تعيش القصص. اكتشف الآن