Bab 1

4.6K 225 21
                                    


GERAK mulut Amalin yang sedang mengunyah Oreo terhenti bila Perdana Menteri Malaysia ke 8 mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) malam itu.

Bunyi notifikasi dari telefon pintarnya mula masuk. Rata-ratanya pelajarnya yang bertanyakan sama ada kuliah mereka akan disambungkan atau tidak. Sudahlah hujung minggu nanti mereka sudah ada rancangan untuk ke tapak pembinaan untuk site visit untuk subjek yang diajarnya. Kini, dia sendiri tak tahu bagaimana.

Tangannya terus menghantar pesanan kepada Majda, rakan sekerjanya.

Amalin: Kau dah tengok perutusan PM? I think we need to do a rain check la untuk pergi site Jumaat ni.

Majda: Yes, Mallie. Aku pun rasa macam tu. Tak naklah kalau ada apa-apa berlaku. Dengar dari Kak Ina, ada lecturer fakulti sebelah Patient Under Investigation (PUI). I don't want to take any chance.

Sedang Amalin sibuk membawang dengan Majda, hidungnya menangkap bau Hugo Boss dari belakangnya. Bau yang dia kenal sangat-sangat. Yang pernah menghangatkan hatinya dulu.

Kini?

Masing-masing dingin seperti ais di kutub utara. Jauh melarikan diri. Seorang ke utara, seorang lagi ke selatan. Eloklah memang seorang asal Kedah, seorang lagi asal Johor. Tepat sangat dah kombinasi mereka ni. Patutnya tak bersatu, tapi entah macam mana di tengah-tengah juga mereka jumpa.

Amalin terasa hujung sofa yang dia sedang duduk itu mampat dihuni oleh tubuh tinggi lampai itu. Dari hujung matanya, dia melihat lelaki itu sedang mengetuk kunci kereta di tempat letak tangan sofa itu.

Dan macam selalu, Amalin buat bodoh. Jari jemarinya tetap berlari di atas layar telefon pintar. Buat-buat sibuk, kekdahnya.

"PM kata apa? Awak ada dengar tadi?" Suara itu akhirnya bersuara.

Amalin akhirnya angkat mukanya dari telefon pintar. Dia rasa itu soalan pertama dari Azraff sejak minggu ni? Entahlah dia pun tak ambil tahu.

"Malaysia dah start Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lusa ni. Site awak masih berjalan ke?"

Azraff diam sekejap. Hujung kunci kereta digarukan ke kepala.

"Entah. Client tak ada kata apa-apa pun. Masa ni tunggu diorang je bagi notice, kalau tutup, site tutuplah. Kalau tak, kita kerja."

Amalin malas menjawab. Memang itu pun gaya Azraff. Sejenis workaholic. Bila ingat perangai dia yang satu tu, hati Amalin jadi sebal lagi.

Kadang-kadang dia tertanya-tanya sama ada suaminya itu akan berubah? Tapi...

"Saya nak keluar kejap. Pergi makan. Awak nak pesan apa-apa?"

Amalin menggeleng. Sebenarnya dia dah makan pun tadi sebelum pulang ke rumah.

"Okay."

Hanya itu yang dijawab oleh Azraff. Lelaki itu bangun dan bergerak ke muka pintu. Dan tak lama lepas itu pintu ditutup rapat.

Ruang apartment itu terasa hening. Kosong. Tidak seperti ruang yang dihias cantik dengan perabot-perabot indah itu.

Amalin tarik nafas sambil berteleku di atas sofa. Kalau enam bulan lalu, sah-sah dia akan menangis tapi kini air matanya sudah kering.

Tangan mengambil balik telefon pintar di atas riba. Mahu melayari laman sosial media. Konon-kononnya hati kental dan kuat seperti besi tapi hanya dia saja tahu, itu semua salah satu cara untuk dia melarikan diri dari realiti.

Macam tak biasa!

Dan matanya terpampang pada satu gambar yang dimuatnaik, di mana akaun Azraff ditag sekali.

COMPLETED - Double A: Azraff & AmalinWhere stories live. Discover now