EIGHT

25 3 38
                                    

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

“i feel like if i have you, i wouldn't be lost

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

“i feel like if i have you, i wouldn't be lost.”

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
CHAPTER 8: IKATAN




“Ehhh, jadi kau pun dalam situasi sama dengan kami” ujar Hae Yeon apabila Sophia menerangkan perkara sebenar. Sejak Hae Rin dan Hyunjin tersedar, mereka hanya berbual tentang apa yang berlaku kepada mereka dan macam mana mereka berada di situ. Namun, Sophia belum memberitahu akan kelainannya.

Ya, nyawanya bergantung kepada rantainya. Rantai yang berada di lehernya itu dipegang.

“Awak ada idea ke macam mana nak keluar dari sini?” soal Hae Rin pula sambil menusap kepala Hae Joo yang dibaringkan ke atas ribanya. Budak itu masih lena dibuai mimpi nampaknya.

Sophia menggelengkan kepalanya.

Hyunjin bersuara, “Ada eloknya kalau kita berkumpul dengan member lain. Mungkin mereka ada idea macam mana nak keluar dari sini.”

Mereka sebulat suara bersetuju kecuali Sophia kerana dia tidak faham apa yang mereka maksudkan. Dia menoleh ke arah Hae Yeon menanti penjelasan. Gadis itu menepuk bahu Sophia sambil tersengih.

“Selain kita, ada lagi beberapa orang yang senasib”

Mulut Sophia membentuk huruf 'O' menandakan dia baru memahaminya.

“Tapi...macam mana nak cari dorang?” Hae Rin mempersoal. Maka, mereka berempat terdiam membisu ibarat tersentak dengan realiti bahawa mereka langsung tidak tahu jalan di dunia itu.

Hyunjin secara tiba-tiba mengangkat tangannya lalu bersuara. “Ada satu perkara aku nak cuba.”

Mereka semua menoleh ke arah jejaka itu.

“Apa dia?” soal Sophia, menantikan jawapan Hyunjin.

“Tadi... masa ada letupan tiba-tiba dekat bukit, sepatutnya kami dah mati. Tapi aku pun tak tahu kenapa aku dapat rasakan kami beralih tempat.” terang Hyunjin tetapi masih teragak-agak dengan memorinya yang kabur. Namun, dia yakin, dia merasai kejadian itu.

Berdengung sekejap Sophia memikirkan kemungkinan yang berlaku. Mungkinkah Hyunjin juga mempunyai kuasa sepertinya?

“Kau tahu penyebab perkara tu berlaku?” soal Sophia lagi.

Lelaki itu menggelengkan kepalanya kali ini.

Hae Rin mengeluh kecil. Harapannya untuk pulang semakin tipis dan dia pula rasa cukup bersalah kepada Hyunjin kerana jika bukan sebabnya, mungkin Hyunjin tidak perlu berada di sini. Hae Yeon yang menyedari kekecewaan pada ekspresi mereka tidak mampu berkata apa.

Tapi aku dapat rasakan aura yang berbeza pada Hyunjin. Mungkin dia cuma tak tahu macam mana nak gunakan kuasa dia lagi.’ getus hati Sophia merenung pada Hyunjin. 

“Eh? Cepatnya masak?” Minjung mendongak kepalanya untuk memandang Kyungmin yang melangkah masuk ke ruang tamu yang agak sempir itu. Gadis itu menggaru belakang tengkuknya sambil tergelak kecil. Dia duduk bersila di atas lantai kayu itu.

“Mana Tiara dengan Jeongin?” tanya Minjung lagi.

“Tengah masak” jawab Kyungmin ringkas. Nadanya tidak kasar, namun, tidak juga ceria. Ekspresinya jelas menyatakan sesuatu berlaku di dapur.

“Unnie, lepas dah grill ni, masukkan apa?” Kyungmin menoleh ke sisinya untuk bertanya kepada Tiara yang sibuk memotong sedikit tumbuhan sebagai sayur.



“Umm... blend soy sauce dengan serbuk chili. Ada sikit dekat bawah tadi Tiara jumpa.” kata Tiara.

Kyungmin memastikan dia mengikut arahan sehinggalah..

“Bau apa hangit ni?” Jeongin yang baru pulang daripada menangkap lebih banyak ikan untuk dibuat bekalan makanan mengibas-ngibas angin. Keliru, Tiara mencari punca. Alangkah terkejutnya dia apabila ikan yang dimasak tadi terhangus.

Mulut Kyungmin ternganga kerana tersentak dengan kesalahannya. Dia lupa padamkan api!

“M-mian!” dia menunduk kepalanya 90 darjah.

Tiara segera memadamkan api sebelum tergelak terbahak-bahak.

“Tak apalah. Lagipun banyak sebelah je terhangit, sebelah lagi boleh makan.” Tiara cuba memujuk Kyungmin yang sudah ditimpal rasa bersalah. Walau bagaimanapun, perkara itu berulang sehinggalah kali ketiga. Maka dengan rasmi, Tiara menendang Kyungmin keluar dengan senyuman kasih sayang.

Bibir Minjung diketap, menahan ketawa yang hampir disembur olehnya apabila mendengar cerita Kyungmin.

Kyungmin menjeling gadis itu, mengetahui yang dia jelas terhibur dengan kecelaruannya.

“Maaf maaf, tapi tak peliklah kan sebab puteri jarang memasak.” kata Minjung.

“Kyungmin bukan puteri masalahnya sekarang ishㅡ” “Anak-anak, makanan dah siap!” suara Tiara mencelah sambil menatang makanan yang dibawa dalam daun pisang. Masing-masing terpegun dengan rupa makanan tersebut. Walaupun dalam situasi yang ketat sebegitu, Tiara masih mampu menghasilkan makanan yang nampak sedap!

Beomgyu yang penat membersih terus bersila. Mereka mengambil gigitan untuk makanan pertama mereka makan di dunia itu. Tiara berasa sungguh lega apabila makanan yang dimasak itu dimakan oleh mereka tanpa sebarang rungutan.

“Kaki Minjung dah okay ke?” soal Jeongin sebaik sahaja dia mengambil tempat duduk. Gadis itu mengangguk segan.

“Acah malu pulak dia~” usik Kyungmin dengan senyuman sinis membuatkan Minjung menjeling tajam ke arahnya. Entah mengapa, pada saat itu, Tiara merasakan mereka seolah-olah sudah berkenalan lama.

Re:Unite! | AF (CLOSED)Where stories live. Discover now