Dia mungkin risau sebagai kawan bukan sebagai orang yang disukai.

"Hayeon?"

"Oh hai Jungkook!" Aku tersenyum kecil.

———————

Author POV

Jimin melangkah ke arah peti sejuk yang tersimpan banana uyu bersama aiskrim cornetto perisa coklat di tangan. Dia mencapai air favorite dongsaengnya lalu membayar di kaunter.

Jimin berjalan dari kedai ke hospital. Jaraknya dekat sahaja. Dia makan aiskrim dengan berselera sambil bersiar-siar di taman yang berdekatan.

"Jimin"

Langkah jimin terhenti. Jimin menoleh arah suara tersebut.

"Taehyung?"

Raut wajahnya berubah.

———————

Dua orang namja duduk di atas bangku di taman.

Namja yang mempunyai senyuman kotak itu menunjukkan riak wajahnya kekal tenang manakala riak wajah namja yang ketinggian pendek itu dingin menandakan tidak suka akan kehadiran figura itu.

"Tch kau nak apa?"soal namja ketinggian pendek. Siapa lagi kalau bukan Jimin kacak.

"Macam ni ke kau layan sahabat kau, Jimin? Sejak bila kau jadi macam ni?" Soalan berbalas soalan.

"Sejak kau sakitkan hati dongsaeng aku" Jimin merenung banana uyu di dalam pegangannya.

Taehyung berdecit sinis.

"Kau tak tahu apa yang dia buat kat aku, Chim" Taehyung menjeling Jimin sekilas.

"Semuanya gara-gara si kelapa tu" sambung Taehyung.

"Disebabkan dia aku—

"Sebenarnya kau suka Hayeon kan?" Pintas Jimin setelah lama berdiam diri.

Taehyung terdiam.

Jimin memandang tepat anak mata Taehyung untuk mencari kebenaran di sebalik kata-katanya.

Taehyung mengalihkan pandangan saat Jimin memandang Taehyung dengan tajam.

Jimin memandang hadapannya semula lantas berkata, "aku tahu kau simpan perasaan kat adik aku. Kau ingat aku ni bodoh? Jangan asyik nilai ketinggian aku je yang kau tahu. Even aku ni pendek tapi otak aku tak"

"Aku tak bodoh untuk menilai kau, Taehyung. Kita kawan dari kecil lagi. Aku kenal kau dah lama" sambung Jimin.

"Macam mana kau tahu aku suka dia? Bukti?" Taehyung tersenyum sinis.

Taehyung kau jangan main-main dengan Jimin. Dia baru je sedar dia tu pendek dan bijak. Haaaaa

Ok setop it

"Tch perlu ke aku bagi bukti sememangnya dah jelas bukti tu ada pada kau sendiri, Tae" giliran Jimin tersenyum sinis manakala taehyung diam.

"Mata kau"

"Bwo? Mata aku? Nonsense" Taehyung ketawa kecil.

"Tch memang kau bodoh ke apa? Your eyes show me that you're in love with my sister, PARK HAYEON" jelas Jimin sarkastik.

Dah besar dah jimin aku ')

Taehyung terkedu.

"Jangan nak mengarut Jimin" nafi Taehyung.

"Ya tuhannnnn ey aku penat lah dengan kau ni! Tak faham bahasa! Kau pergi belajar bahasa Tamil tu! Tak reti-reti orang cakap ergh" Jimin menahan dirinya memarahi Taehyung.

Terpejam-pejam mata sepetnya sambil pelipis diurut perlahan.

Stres ke bang?

"Masalahnya Hayeon suka Jungkook—"

"Eeyyyyy" serentak itu Jimin bangun dari bangku lantas menyerabutkan rambutnya tanda dia benar benar geram dengan mamat di hadapannya.

"Aku cakap pasal perasaan kau dengan Hayeon! Bukan dengan gigi arnab tu bongok! Dah lah! Buang masa aku je cakap dengan kau. Jenis tak faham bahasa! Baik aku jaga Hayeon kat hospital. Lagi bagus" Jimin menjeling menyampah pada Taehyung lalu mengambil banana uyu kepunyaan adiknya.

Jimin berjalan menjauhi Taehyung. Dia penat cakap dengan orang yang jenis tak faham faham ni.

Tanpa disedari, dia tersilap kata.

"Hayeon kat hospital?" Soal Taehyung.

TBC

                         ———————

Stay tuned guys!🥰

[OG]Heartbeat|KTHTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon