Part 4

859 71 32
                                    

"Kau tu yang apahal!" Juliana menolak lagi tubuh Viviana namun sempat ditahan oleh Syah yang baru muncul. Ah sudah! Daneen menelan air liurnya

Kalau diorang bertumbuk dengan Juliana, dia akan tersepit dekat sini.. Mama! Viviana nak gaduh!

"Woah woah woah, apa masalah kau ni betina" sinis ayat keluar dari bibir munggil Syah, mulutnya tercoret senyuman sinis.. Pahit air liur yang ditelan Juliana tapi amarahnya melebihi rasa takut sekarang

Pang

Terteleng kepala Syah ke tepi.. Satu kafe terdiam melihat Syah senang-senang di lempang oleh Juliana.. Tak sedar betul yang Syah tu boleh baham dia balik

"Ko—korang" Daneen memandang Juliana dan Syah silih berganti, mata beralih pula memandang tangan Viviana yang kejap mengepal penumbuk

"Kak Daneen" tangan yang baru hendak menahan Viviana ditarik Yara untuk ke meja makan, ditolak bahu Daneen supaya duduk di situ.. Kang Daneen kena tumbuk sekali memang parah

Viviana melepaskan tumbukan ke wajah Juliana, tepat mengenai bibirnya.. Perlahan cecair pekat mengalir dari bibir pecah itu

Sepi

Juliana jatuh melutut, bahunya bergegar menahan esak tangisan

"Korang memang tak faham aku" Viviana dan Syah tersentak, mata dihala tepat ke arah Juliana yang makin teruk dengan esak tangisan.. Ah sudah!

Daneen terus ke arah gadis yang masih melutut itu, tangan Juliana ditarik untuk berdiri.. Mereka berdua berjalan ke luar kafe

Syah dan Viviana saling berpandangan sebelum mengikuti langkah Daneen dan Juliana dari belakang tanpa banyak soal.. Yara yang mahu mengikuti ditahan oleh Adrian.. Hal orang besar jangan menyibuk

"Kau kenapa ni?" soal Viviana terus tanpa koma.. Dia malas mahu panjangkan perbualan

Juliana didudukkan di kerusi berdekatan, Daneen menjeling Viviana dan Syah yang sudah bercekak pinggang.. Meluat den! Orang sebelah dia ni baru kena tumbuk, jangan garang sangat boleh tak!

"Semua salah kau" tajam matanya memanah anak mata hitam pekat Viviana.. Berkerut dahi Viviana

"Ayah aku—"

Muka tegang Viviana terus bertukar kendur

"A—ayah kau dah sedar koma?" membulat mata Viviana menanti jawapan, bahu Juliana dipegang kejap namun cepat ditepis gadis itu

"Ayah aku dah mati!" keras nadanya tapi setitis demi setitis air mata jatuh menyembah bumi..  Tergamam Viviana

"Semua sebab kau!" kuat Juliana menolak bahu Viviana tapi sempat Syah menahan tubuh itu dari jatuh ke tanah

"Semua salah kau!" ditolak lagi bahu Viviana namun dia hanya membiarkan.. Ye! Memang salah dia

"Kalau bukan sebab kau handle kes tu, semua ni takkan jadi"

"A—aku minta maaf, aku tersilap percaturan"

Juliana tergelak sinis, bibir yang sakit hanya dihiraukan, wajahnya sudah merah akibat menangis.. Sakit! Ye! Dia sakit sebab hilang orang yang dia sayang, orang yang selama ini dia bergantung harap

"Kalau maaf kau boleh kembalikan ayah aku, aku tak kesah Vivi" Juliana tersenyum tawar, dia kehilangan orang yang selalu menghiburkan hari-harinya

"Lepas ni jangan cari aku lagi, aku berhenti kerja bawah ayah kau— terima kasih banyak tolong aku selama ni" kaki terus melangkah untuk pergi.. Viviana masih kaku di tempatnya melayan dilema sendiri

"Jangan" Daneen yang diam memerhati dari tadi mula bersuara.. Terhenti langkah Juliana, dia terus berpusing menghadap Daneen yang masih sopan duduk di kerusi.. Hek, ini perempuan melayu terakhir la.. Hashtag sesuai untuk Dariel

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 27, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Daneen IskandarWhere stories live. Discover now