Part 2

706 62 19
                                    

Daneen, Viviana dan Syah terkocoh-kocoh berlari hendak memasuki kelas yang sudah ramai dengan pelajar.. Rambut yang sudah serabai hanya diabaikan, antara kelihatan buruk ataupun sakit kena pukul, mereka lebih memilih kelihatan buruk

"Cepatlah!" Daneen yang berada di belakang sekali menolak Viviana dan Syah supaya berlari dengan lebih laju

"Sabarlah!" bentak Syah

"Ni semua salah korang!" suara Daneen bergetar takut, dia fobia kena kejar.. Dia tak boleh bila kena kejar! Dia takut! Sebab dia pernah kena kejar dengan anjing waktu kecil

"Kau janganlah nangis! Yang kejar tu pakcik kebun bukan anjing" Viviana berkata kuat sambil kaki masih berlari

"Sikit lagi!" pintu kelas kaca 5 Crystal ditolak kuat, terjenggul wajah Syah di muka pintu.. Pelajar lain hanya diam memerhati, siapa je berani nak tegur Syah

Kemudian, Viviana terus masuk diikuti Daneen yang tangannya sudah sejuk dan bergetar.. Pakcik kebun tadi menjeling Daneen sebelum berlalu pergi.. Tak pasal-pasal kena sapu daun-daun yang bertaburan semula! Tak pasal-pasal kena beli penyakar baru.. Dasar budak-budak tak guna

Wajah berkerut Daneen terus bertukar tenang dan normal apabila menangkap wajah Dariel yang sibuk berbual dengan kawannya, Adrian, Qaid, Rykal dan Sufian

Daneen tersenyum manis apabila Dariel memandangnya. Lelaki itu hanya tersenyum nipis membalas sapaan Daneen. Kang tak balas dianggap sombong. Penat mak aku ajar supaya jadi peramah masa dulu kecil

Daneen melirik ke arah Syah dan Viviana yang sudah mengambil tempat duduk di meja yang sudah digabungkan kepada tiga.. Dia melangkah ke arah meja itu dan mengambil tempat duduk bersebelahan Viviana yang duduk di tengah-tengah

"Heh, tahu pula kau nak senyum sekarang" Viviana membetulkan rambutnya yang sudah berserabut, dililitkan kemas reben di pangkal rambutnya

"Biarlah dia nak senyum sekarang, tadi kau dah buat salah sampai kami kena kejar sekali" Syah membetulkan lencana emas pada blazernya diikuti tag namanya

Syah Sophia

Daneen hanya diam memerhati Syah membetulkan lencana emasnya, tidak pelik apabila hanya gadis itu seorang memakai lencana berwarna emas berbanding pelajar lain yang memakai lencana berwarna silver. Syah, pelajar kesayangan cikgu lah katakan.

"Eh apa pulak salah aku!" Viviana menjeling Syah yang berada di sebelah kirinya

"Salah kau lah! Kau yang langgar tong sampah tu! Kau yang gelek penyakar pakcik kebun tu sampai patah" Viviana mengeluh melihat wajah dingin Syah, kemudian dikalihkan memandang Daneen, gadis itu elok mengangkat keningnya supaya Viviana mengaku salah

"Yelah yelah! Korang menang" Syah tersenyum sinis sebelum bertepuk tampar dengan Daneen di sebelah kanan

Tok! Tok!

Pintu kaca yang diketuk tadi dibuka seseorang dari luar, muncul pelajar junior selepas itu

"Hye Yara!" seorang pelajar dari kelas 5 Crystal menegur gadis manis comel itu

"Hye Kak Afira"

"Nak jumpa abang ke?" Yara hanya mengangguk sebelum melangkah ke arah abangnya

"Abang!"

"Kau buat apa kat sini" Yara mencebik, kerusi kosong di sebelah Rykal diambil

"Ni nak bagi benda alah ni" beberapa botol minuman nescafe diletakkan elok di atas meja

"Nah ni abang Dariel punya" espresso yang jauh lebih sedap dari nescafe yang lain diserahkan pada Dariel.. Tersenyum lelaki itu

"Thank you Yara" Dariel mengenyitkan matanya sekilas.. Yara terdiam sebelum menggigit bibir bawahnya perlahan. Apa ni?

Daneen IskandarWhere stories live. Discover now