"Oke dah. Jom. Ni dah kali ketiga aku ajak kau. Kalau kau tak nak bangun lagi aku dukung kau macam semalam." Dia ugut aku. Siap throwback pasal semalam lagi. Dia ingat tu kenangan manis ke?

Cepat-cepat aku bangun. Dia ni bukan boleh percaya sangat. Kami berjalan beriringan ke kereta dia.

Baru je tangan nak bukak pintu kereta, ada tangan lain yang menghalang. Dah kenapa dia ni? Tak nak bagi aku masuk pulak ke? Tadi bukan main nak hantar aku.

Dia terus bukakan pintu kereta tersebut untuk aku. Tapi aku hanya tercegat depan pintu tu dan pandang dia dengan muka yang berkerut habis.

"As a driver yang paling gentleman dalam dunia ni, aku kena la bukakan pintu kereta untuk kau kan?" Dia kenyit mata dekat aku.

Kenapa la dia hensem sangat masa kenyit mata tu. Cair lagi aku buat kali ke seribu. Aku buat tak layan dan terus masuk kedalam kereta. Dia tutupkan pintu kereta untuk aku dan masuk ke tempat pemandu.

"So my princess, apa kata kita pergi makan dulu nak?" Dia memecahkan kesunyian selepas 5 minit perjalanan.

"Tak nak la. Saya tak lapar." Aku betul-betul takde mood.

"Tapi aku lapar. So kau kena teman aku makan." Selamba dia menyuruh macam aku ni kuli dia.

"Kenapa macam tu pulak?" Protes. Aku memang tak suka dipaksa.

"Sebab aku tak nak makan sorang-sorang. Boring."

Habis tak nak makan sorang-sorang ajak la orang lain. Takkan aku sorang je kawan dia. Aku mengeluh.

"Please sweetheart..." Dia merayu bila nampak aku enggan mengikut. Kalau tak kenangkan yang dia banyak berjasa dekat aku memang aku tak nak pergi dah.

"Ye la." Terbit satu senyuman dibibir merah dia. Buat aku turut tersenyum. Alahai tengok dia tersenyum pun boleh buat aku tersenyum. Apa ni??

----

Kereta diparkir di kotak parking yang disediakan dihadapan sebuah cafe. Tapi aku tak nampak nama cafe tu disebabkan terlindung dengan bumbung kereta.

Aku terus buka pintu kereta dan keluar selepas Haikal matikan enjin.
Kepala terus dongak memandang signboard cafe tersebut. Dee's Cafe.

Cafe tu menggunakan kaca sebagai dinding dia. Dan sedikit cat berwarna biru di dinding batu. Orang luar tak boleh nampak orang dekat dalam. Privasi. Aku suka.

Kaki berjalan menuruti Haikal masuk kedalam cafe tersebut. Seorang wanita cantik tersenyum manis menyambut kedatangan kami.

Rekaan dalam cafe tu sangat cantik. Keadaan di dalam membuatkan aku terpikir. Tadi aku masuk cafe ke kedai bunga. Sebab bermacam jenis bunga menghiasi cafe tersebut. Dapat aku bau bunga2 yang harum.

Kami diiringi penyambut tetamu ke meja yang menempatkan 2 orang. Betul2 bersebelahan dinding kaca yang besar tu. Setelah mengambil pesanan dia beredar.

"Awak selalu datang sini ke?" Tanya aku curious. Dia nampak macam dah biasa dengan tempat ni.

"Always. Setiap kali free aku datang lepak sini. Boleh hilangkan stress." Betul. Aku setuju. Bunga2 yang banyak ni memang boleh mendatangkan ketenangan.

Mata masih ralit memerhati sekeliling cafe. Entah la tak puas dipandang. Mulut automatik tersenyum sendiri. Aku bukan jenis yang suka bunga pun tapi kalau ada orang bagi aku terima je.

Mata aku alihkan kepada orang depan aku pulak. Dah habis scan dah. Terkejut aku bila tengok dia tengah pandang aku sambil tangan tongkat dagu dia.

Mata tajam menikam mata aku. Buat aku blushing tiba-tiba. Terus aku berdehem dan alihkan pandangan kearah luar tingkap kaca. Cuba tenangkan jantung yang berkocak hebat.

HEY MR PHOTOGRAPHER ©Where stories live. Discover now