Beberapa orang pengawal tentera yang  lainnya pula mula berkawal dan berdiri tegak di hadapan bawah pentas bersama perisai dan pedang masing-masing dalam posisi pertahanan untuk melindungi Permaisuri mereka.

Paderi diraja mula berucap dan memulakan upacara pertabalannya. Tania masih lagi tertunduk duduk di atas takhtanya. Riak wajahnya suram. Mendung, semendung cuaca pada pagi itu.

Felix dan Taehyung masing-masing  berdiri di sebelah kiri dan kanannya. Felix menyentuh bahunya perlahan, menyedarkan Tania dari lamunannya.

Taehyung hanya memandang melalui ekor matanya.

Paderi itu kemudiannya menjemput Tania kehadapan bagi menyempurnakan upacara pertabalannya dengan menyerahkan sebilah pedang milik mendiang Permaisuri Bima Sakti yang lama.

Tania menerima huluran pedang itu di atas kedua telapak tangannya. Dia  berpaling memandang rakyat jelatanya. Riak muka mengejek dan tidak puas hati, jelas terpancar pada setiap wajah mereka.

Memori Permaisuri mangkat bersama tusukan pedang itu mula bermain semula di mindanya. Tania mengenggam erat pedang di tangannya. Tik tik..

Darahnya jatuh  ke lantai.

Felix terkejut lalu bergegas mendapatkannya.

"Jangan mendekat !," Kata Tania tegas membuatkan langkah Felix terhenti.

Tania terdiam buat seketika. Para penduduk saling berpandangan dan mula  berbisik antara mereka.

" Aku...benCI.. pedang ini ! ," Katanya sambil melentur pedang tersebut dengan kuat.

Pak!!

Pedang itu patah, darahnya mengalir laju membasahi pedang itu. Pedang itu kemudiannya terlepas daripada genggamannya dan jatuh ke tanah.

Tania tiba-tiba memegang dadanya, nafasnya mula tidak sekata. Dia sukar untuk bernafas, dadanya terasa sesak dan pandangannya mula berpinar-pinar.

Uhuk uhuk.. Tania terbatuk. Darah tersembur keluar dari mulutnya.

Penduduk Bima Sakti mula panik dan berundur jauh dari pentas.

Taehyung, Leo dan Felix segera merapati Tania. Leo menyambut tubuh Tania yang lemah.

" Why you have to hate him right now?please calm down." Kata Leo kepadanya.

"I'm..I'm not.." kata Tania tersekat-sekat. 

Leo bertambah panik mendengar pengakuan Tania. Dia buntu. Tanpa berfikir panjang dia memeluk erat tubuh Tania.

"That's... sword ..curse.." Bisiknya  lemah ke telinga Leo. Tanpa amaran tubuh Leo  ditolak dengan kuat membuatkannya terdorong ke belakang dan jatuh ke bawah pentas.

"My Queen!," Teriak Leo. Tania yang  jatuh ke bawah pentas segera bangun walaupun lemah.

"Back off.. everyone stand back !!," Teriak Tania.

"Ahh!.." Tania terduduk semula menahan kesakitan. Belakang badannya terasa sakit yang teramat sangat.

Felix mula mendekati Tania dan cuba membantunya.

"No!! Go away Felix !," Tania memarahi Felix yang merapatinya. Langkah Felix terhenti apabila dimarahi Tania. Dia panik dan bingung.

Kesemua mereka yang ada di situ terkejut melihat pedang yang patah tadi mula bercantum semula dan mula terapung di udara.

"Aaaaaaaaaaaaaahhhh!! ," Teriaknya. Belakang badannya terasa teramat sakit. Belakang gaun yang dipakainya terkoyak, sayap hitamnya mula tumbuh keluar, namun hanya separuh sahaja yang lengkap.

 TANIAWhere stories live. Discover now