"Alah, tak apa beli je apa nak beli ya? Umi benarkan. Beli baju sukan 10 helai ke, buku, makanan dan apa-apa sahaja yang Khalif rasa nak pakai tapi jangan mubazir! Kalau beli make sure Khalif kena pakai. Okey sayang?" Terasa pipinya diusap oleh umi.

"Okey umi." Ringkas sahaja balasan Khalif sebelum menyimpan wang saku tersebut ke dalam beg duitnya.

"Sebelum tu tadi kerani ada pesan yang Khalif dapat kelas nombor tiga, kira okey lah kan? Kelas 5 apa ya tadi abi namanya?" Soalan umi membuatkan abi berkerut. Minda tuanya juga ingat-ingat lupa.

"Abi cuma ingat 5 Ce sahaja. Tak pasti Cerdik ke, Cempaka ke apa. Nanti Khalif boleh tanya kawan-kawan kat sini ya? Ini abi dengan umi dah lambat ni. Kami gerak dulu. Khalif jaga diri, jaga hati selalu ya? Apa-apa boleh call abi dan umi." Pesanan abi diterima baik. Lantas tubuhnya ditarik kedalam pelukan abi. Sempat abi menepuk belakang badannya.

"Jadi anak soleh selalu untuk abi dan umi."

"Ya abi."

Begitu juga dengan Puan Sri Khalisa, menarik Khalif kedalam pelukan dan mencium dahi anaknya walau terpaksa menjengket sikit.

Melihat kepergian umi dan abi membuatkan Khalif melepaskan keluhan. Mana asramanya? Tak akan nak masuk kelas bawak beg semua ni? Tak pasal-pasal orang fikir dia apa pula.

"Budak baru?"

Khalif tersentak. Mata terus memandang ke arah gerangan yang bersandar di dinding sambil menyilangkan tangan.

"Haah, ana budak baru, anta boleh tolong ana carikan asrama tak?" Khalif memberikan senyuman.

Seketika terdengar pelajar lelaki itu ketawa. Entah, Khalif sendiri tak pasti itu ketawa palsu atau sinis.

"Ana? Anta? Ini Malaysia bro, bukan Arab. Perkenalkan nama aku Qayeed, Syed Qayeed. Kau boleh panggil aku Qayeed atau Yeed."

Qayeed memandang beg yang dipikul oleh Khalif. Tak banyak namun besar juga.

"Sini aku tolong bawakan barang kau pergi asrama."

Khalif hanya membuntuti lelaki itu, tadi agak sentap apabila lelaki itu ketawakan dia kerana menggunakan panggilan ana dan anta namun Khalif abaikan. Mungkin mereka tak biasa.

"Mak bapa kau bagitahu tak kau duduk dorm apa? Kelas apa?"

"Er.. kalau kelas ana eh saya tahu, kalau dorm tak tahu."

Qayeed berhenti jalan, beg Khalif dihulur semula.

"Kau tunggu sini, aku pergi tanya kerani tu balik."

Setelah beberapa minit menunggu, Qayeed datang bersama kunci di tangan kanannya. Sempat kunci itu dilambung sambil bersiul senang hati.

"Kau dapat Block A, jangan risau kat situ budak aku ramai. Nanti kau kenal-kenal lah," Qayeed kembali mengambil beg galas di tangan Khalif sebelum mengatur langkah ke asrama.

Terteguk air liur Khalif mendengar perkataan 'budak aku' dari mulut Qayeed. Sampai sahaja di Block A, Qayeed membuka pintu dorm menggunakan kunci di tangannya.

"Ramai betul ponteng harini?" Soal Qayeed sebaik sahaja memasuki dorm tersebut.

"Rilek lah Yeed, sekolah tu mana penting!" Seloroh seorang lelaki yang hanya memakai seluar pendek sambil bermain telefon bimbit.

Bicara lelaki itu disambut dengan gelak ketawa oleh empat orang temannya. Semua sekadar bermain telefon bimbit sambil baring. Sungguh santai.

"Banyak lah kau, ini aku kenalkan Khalif, hari ini dia akan duduk dengan kau orang. Macam biasa, tahu nak buat apa kan?" Sinis Qayeed melihat Khalif.

"Budak baru ya? Hmm bersongkok dan dari gaya muka kau ni nampaklah sinar sinar orang beriman. By the way, nama aku Aiman. Salam kenal!" Lelaki bernama Aiman menghulurkan tangan untuk bersalam dengannya.

Wajah Aiman dilihat. Bagi Khalif Aiman mempunyai kulit sawo matang. Sedikit gelap dari yang lain namun senyumannya paling manis.

"Aku Idan."

Tangan Idan disambut. Wajah Idan sangat lembut pada pandangan Khalif. Lelaki itu mempunyai aura soft spoken. Mungkin Idan akan menjadi tempat luahannya. Fikir Khalif.

"Amad."

Amad ini orangnya tinggi lampai. Paling tinggi dan hampir menyamai ketinggiannya. Amad sedikit berkumis dan nampak garang sahaja pada pandangan Khalif.

"Aku Paan."

Wajah kacukan cina Paan membuatkan Khalif tersenyum. Lelaki itu memiliki mata sepet dan kulitnya lebih putih dari yang lain.

"Chan."

Baru sahaja tangan Khalif mahu menyambut salaman tangan Chan, jeritan Chan mematikan segalanya.

"Chantaik kau lah, acah cina pula setan ni!" Kepala lelaki itu diketuk oleh Aiman.

"Eee.. ya lah! Aku Asiddiq, jangan panggil aku Asid, aku tampar muka kau kalau kau berani-berani nak panggil aku Asid. Faham?" Amaran dari Asiddiq membuatkan Khalif sedikit tersenyum. Wajah Asiddiq sangat kebudakkan dibandingkan dengan yang lain. Ketinggian juga paling rendah.

"Dan aku, Syed Qayeed."

Khalif sekadar melemparkan senyuman. Terasa bernyawa bila ada yang sudi berkenalan dengannya.

"Nama ana Ahmad Khalif."

Kelima-lima di dalam dorm itu terdiam sebelum tergelak terbahak-bahak, paling beria Asiddiq. Sudah terguling-guling di atas lantai.

"Weyh, ana bhai! Hahahahah..."

Khalif menggosok batang lehernya, salah ke bahasakan diri ana anta? Dia sudah biasa dari kecil lagi. Rasa tak sopan pula nak guna aku kau.

"Dah, sikit-sikit je. Khalif ikut aku. Aku nak tunjukkan kelas kau. Yang lain makesure nak ponteng kena clean ya?"

Khalif mengangguk lalu meletakkan begnya, sempat diambil beg sling yang sudah siap sedia ada buku tulis dan kotak pensel. Kasut dipakai semula.

Sebelum keluar Qayeed memastikan Khalif leka. Sempat dirinya menggunakan bahasa isyarat untuk menyelongkar beg Khalif.

Dan mulai detik itu, kehancuran seorang Ahmad Khalif bakal bermula.

***

Edit : 11 Jul 2023

Romance : Ahmad Khalif ✓Where stories live. Discover now