Mana tak terkejut aku dah la betul-betul belakang aku. Sekali dengan pakej menjerit aku bagi. Kuat tak kuat bergema jugaklah satu dewan. Semua toleh pandang aku. Merah muka aku tahan malu.

Bila aku pandang belakang aku. Haikal pura-pura tilik camera dia. Masa semua orang pandang aku dia pun turut pandang aku jugak. Konon-konon terkejut jugak lah dengar aku jerit.

Kurang asam. Memang aku bagi 10 bintang lah untuk lakonan dia tu. Sekali dengan muka yang sok-sok suci dia tu ugh. Memang dia tak bergurau masa dia cakap nak kenakan aku balik tadi. Cis.

Masa aku pusing sekali lagi dia dah ready nak tangkap gambar aku. Huaa benci benci benci dia ni. Muka aku tu entah macam mana dalam gambar tu. Sekali dengan marah plus malu.

Dia tengok balik camera tu dan pandang muka aku. Aku jeling tajam dekat dia. Kemudian dia jalan mendekati aku dan berbisik sesuatu.

"You are so cute when you're angry. I like that." Dia kenyit mata dan terus blah. Arghh.. tak suka betul bila dia dah start perangai macam tu. Cair tahu tak cair!!

-----

Yeay dah hari ketiga. Tak sabau nak tunggu esok. Dah boleh balik. Lebar senyum aku pagi tu. Mood pun happy jer hihi.

Semalam pun bukan main lena aku tidur. Sebab dah boleh adaptkan. Bukan macam first day tu.

Aku dan Izzah turun beriringan ke dewan makan untuk sarapan. Sampai-sampai je Nadia dan Feeza dah ada dekat meja makan. Amboi awal pulak budak dua orang ni harini.

"Hai good morning kawan-kawan I yang cantik." Sapa aku acah-acah diva sikit.

"Pesal kau happy semacam harini Ana. Tahu lah semalam dapat prince charming kan." Aku terus tepuk lengan Feeza. Dia ni agak-agak lah nanti orang lain dengar macam mana?

Suka betul sindir aku. Benci lah. Ini semua sebab Haikal semalam. Boleh pulak kantoi dengan si Feeza ni. Dia nampak Haikal kenakan aku semalam. Siap usik-usik aku lagi eee.

"Aku happy sebab esok dah balik la gais. Takkan korang tak happy?" Tanya aku. Nampak murung je diorang ni. Dah kenapa?

"Happy tu happy jugak tapi sedih la wey nak tinggal kawan-kawan baru. Seronok kem ni tak macam kem-kem sebelum ni. Boring je." Luah Nadia yang dari tadi senyap je.

Kata-kata Nadia buat aku terpikir sekejap. Ya lah memang lah aku agak sedih nak balik sebab ahli kumpulan aku semuanya sporting. Sayang betul diorang.

Banyak juga kenangan aku dengan diorang. Masa main game semua duk bergelak ketawa je kerja. Tapi tak banyak sangat aku habiskan masa dengan diorang sebab aku banyak tertinggal.

Ya la.. selalu dengan Haikal je. Hm cakap pasal Haikal. Agak sedih juga lah nak tinggalkan dia dan kenangan kat sini. Mungkin lepas keluar hotel ni dia dah tak ingat dekat aku. Huaa nak nanges.

Eh wait wait. Apa benda aku melalut ni. Aku geleng-geleng kepala. Usir semua bayangan tu.

-----

Aktiviti hari ini agak boring sikit geng. Ceramah. Hm memang boring kan. Aku dah nampak dah bayangan aku 15 minit akan datang. Belum pape aku dah menguap lol.

Kami disuruh duduk random. Tak perlu duduk dalam kumpulan. Tapi yang pelik kenapa kawan-kawan aku ni excited nak duduk depan. Anak raja ke yang bagi ceramah nanti.

Aku cuma mengikut. Malas nak banyak soal. Yang paling aku geram bila dia tolak aku duduk depan sekali. Haih geram je aku dengan Izzah ni. Dia nak duk depan tapi suruh aku duk depan dia. Cerdik punya kawan.

Kami diminta buat laluan ditengah-tengah supaya senang orang nak lalu dan mudah photographer nak ambil gambar.

Haa cakap pasal photographer teringat dekat Haikal. Tak nampak pulak batang hidung dia harini. Aip... apa ni Rissa belum pape dah cari anak teruna orang.

Kemudian kedengaran suara MC majlis menyuruh semua berdiri. Maklumlah tetamu terhormat. Dengar-dengar orang yang bagi talk ni super bijak.

Nampak orang dia berjalan ke pentas kecik yang disediakan betul-betul depan aku. Hm nasib lah kau Rissa tak boleh tidur.

Nampak tag nama dia. Zulkarnain. Hm hensem nama. Sehensem tuan dia. Walaupun dah separuh umur tapi still nampak segak bergaya. Orang nya pun humble je. Senyum dari tadi.
Sejuk mata aku memandang.

Bila dia bagi salam. Masya Allah suara pun lembut je. Terserlah sifat kebapaan dia dekat situ. Ni yang tak jadi mengantuk ni. Dia siap senyum manis bila mata aku bertembung dengan dia. Baik betul uncle ni.

Dia bagi talk pasal kehidupan manusia. Banyak tips-tips menarik dia bagi kami. Dan bagi aku amat-amat berguna semua tu. Paling aku suka dia banyak kaitkan dengan ayat-ayat al quran.

Patutlah sejuk mata memandang. Penghafaz Al Quran rupanya. Dia banyak gunakan props sebab tu kot tak mengantuk aku. Hm maybe la.

Masa aku tengah khusyuk benor dengar talk Tuan Zul tu la Haikal tiba-tiba datang dengan camera dia duduk ditepi aku. Terkejut aku. Terus pusing kiri aku.

Tapi dia tak pandang pun muka aku. Hanya selamba dengan camera dia tu. Kenapa pulak dia duduk sini. Macam takde tempat lain je.

Wait. Yang aku nak salahkan dia kenapa? Aku pergi duduk tepi laluan ni dah kenapa? Dah tahu ni laluan untuk photographer pi jugak duduk. Argh damn. Terlajak perahu boleh diundur. Terlajak duduk, haa tunggu la apa jadi.

Nasib baik ruang tu takde lah sempit sangat so kedudukan kami takde lah dekat sangat. Fuh lega sikit. Okey Rissa, abaikan dia. Fokus balik.

Aku tongkatkan dagu aku dengan tangan. Sebab aku dah rasa bunga-bunga mengantuk ni gais. Haa camne ni? Muka pun dah boring habis ni. Aku siap menguap lagi.

Kemudian aku nampak figura sebelah kiri aku ni bergerak. Terus aku pusing kepala. Hampir ternganga aku bila tengok Haikal pusing camera dia dekat aku. What? Apa mamat ni buat?

Okey chill Rissa, chill! Mungkin dia ambil gambar orang sebelah kanan kau kan? Aku terus pusing kanan. Ohh damn! Takde orang. Aku terlebih kedepan atau orang lain terlebih kebelakang.

Aku terus pandang belakang. Nak tengok mana pergi kawan-kawan aku yang lain. Double damn! Aku terlupa yang Nadia dan Izzah pergi toilet. Tinggal Feeza je tapi dia duduk jauh dengan aku. Huaa!!!

Dah sah-sah la dia ambik gambar kau Rissa. Mana ada orang lain selain kau kat situ. Argh benci la Mr photographer ni suka buat aku awkward macam ni. Aku dah tak tau nak bagi reaction macam mana ni.

Bila aku pandang belakang lagi sekali, aku nampak semua orang pandang aku macam aku ni tengah buat photoshoot. Feeza pun bukan main senyum mengusik lagi dia tengok aku. Argh lagi-lagu kantoi dengan Feeza.

Terima kasih banyak-banyak diucapkan kepada Haikal sebab dah jadikan aku model paling hot abad ini. Aku rasa semua orang dah syak yang bukan-bukam lepas ni. Mungkin aku bakal jadi skandal terhangat Mr photographer kot haha.

Aku pandang makhluk dekat sebelah aku ni. Muka dia macam biasa. Takde perasaan. Eee aku pulak yang geram nak gi tumbuk muka dia. Aku jelimg tajam dekat dia kemudian terus pandang depan.

Sekali lagi aku benci Mr photographer ni huh!

p/s : ya itu dia aku mengarut entah kemana. sorry genk. i takde idea huhu. issokey don't forget to vote yaa

HEY MR PHOTOGRAPHER ©Where stories live. Discover now