Part 1

1.4K 71 6
                                    

Daneen memeluk erat tubuh Dariel yang turut memeluk tubuhnya, dapat dirasakan rambutnya diusap lembut lelaki itu.. Sekali sekala tubuh mereka digerakkan ke kanan dan ke kiri

"I love you baby" Daneen tersenyum manis disebalik dada Dariel.. Lelaki itu mencium ubun-ubunnya

"I love you too sayang" pelukan dieratkan lagi oleh Daneen, saat-saat begini yang dia nantikan dan sekarang dia akan bahagia bersama Dariel buat selamanya

Tiba-tiba wajahnya dihempap oleh sesuatu, terus matanya terbuka luas bersama dengan nafas yang tercungap-cungap.. Dariel di cari, bawah selimut, tepi katil, hujung bilik namun tiada

"Dariel mana Dariel?" cuak wajah itu mencari kekasih hatinya

Dua gadis yang sama umur dengannya terkebil-kebil memandang wajah Daneen.. Terus mereka berdua berdiri tegak sebelum kedua-dua terjatuh ke lantai.. Gelak dihambur kuat hingga basah pipi dengan air mata

"Korang kenapa!" marah Daneen kuat

Terus terhenti gelak Syah dan Viviana, mereka berpandangan sebelum meluru ke arah Daneen yang masih bertapa di atas katil

"Kau mimpi apa sampai tersenyum-senyum macam kambing tadi" bibir Viviana diketap mengelakkan dirinya menghamburkan tawa lagi

"Korang kacau aku tidur!" bantal yang dihempap ke mukanya tadi dibaling semula ke muka Viviana

"Kau mimpi Dariel eh?" usik Syah dengan jari telunjuknya dibengkok bengkok beberapa kali.. Daneen menarik sengihnya sebelum mimpi tadi menjelma kembali ke dalam minda

"Eee kau mimpi apa siot? Takut aku tengok kau sengih macam tu! Creepy kau tahu" Syah menyekeh kepala Daneen terus gadis itu mencebik

"Pergi mandi cepat! Kita nak pergi sekolah dah" Daneen berdecit, malasnya! Badan dibaringkan di atas bantal sambil mata melirik ke arah Syah dan Viviana yang sudah siap tersarung seragam sekolah

"Cepatlah!" tangan Daneen ditarik oleh Viviana tetapi gadis itu hanya mengeraskan tubuhnya.. Angkat lah kalau boleh! Bluek!

Viviana berdecit geram.. Eh perempuan ni, kecil besar kecil besar je aku tengok kau! Jijak kang! Penyet terus

"Kau pergi mandi, hari ni kan kau dah masuk kelas kitaorang.. Boleh jumpa Dariel dengan lebih dekat" pujuk Syah, hari pertama sekolah Daneen dah buat lengai.. Tak pasal-pasal kena denda kejap lagi

Daneen terus bangkit dan berlari masuk ke dalam tandas.. Dia nak mandi cepat! Dia nak pergi sekolah wuhuu

"Syah! Ambil tuala aku" sempat lagi Daneen berpesan sebelum memboloskan diri ke dalam tandas

Masuk sahaja Daneen ke dalam tandas, Syah dan Viviana terus membaringkan tubuh ke atas katil.. Penat memujuk puteri seorang tu

"Vivi, Syah.. Daneen dah bangun?" soal Puan Sarah di depan muka pintu bilik anak sulungnya

"Dah!" jawab Viviana dan Syah dengan ibu jari diangkat ke atas.. Mereka masih terbaring di atas katil

"Jom turun bawah, breakfast dengan aunty" ajak Puan Sarah

"Jom!" teruja Viviana bangkit dan berlari ke arah Puan Sarah, tangan tua itu digamit untuk turun ke tingkat bawah bersama mereka berdua.. Ditinggalkan Daneen di dalam bilik seorang diri.. Sempat Syah letakkan tuala Daneen di tepi pintu tandas.. Pandai-pandai kau lah

Daneen IskandarWhere stories live. Discover now