"Haa tengok? Kan dah kena panggil. Kau pergi la klinik sekarang. Yusuf!" aku panggil Yusuf yang tengah berdiri sebelah budak lelaki yang aku tak kenal tu sambil bangun.

"Bawak dia pergi klinik. Aku ada acara. Thanks!" terus aku berlari pergi ke tengah padang meninggalkan Zafhan dengan Yusuf. Kiah dan Ton pun dah ada kat situ sambil buat muka menyampah tahan panas.

Ok, aku bertaruh untuk sebiji kapal private. HWAITINGG!!

       JUJUR aku kata, saingan tahun ni sengit betul. Aku tak jangkakan budak IcyBlade ada yang pro memanah. Almaklum la sebelum ni tak pernah cuba acara ni.

Tapi aku rilek je. Empat hari training non stop dengan angah si atlet antarabangsa dan peminat Robin Hood, alhamdulillah aku dapat emas ahakk!

Tak jangka betul. Sipi-sipi je nak kalah dengan budak IcyBlade tadi. Nasib baik pusingan akhir dia tersasar dan dapat 5 mata je. Ton kata dia terkentut time tu. Mentang-mentang kau duduk sebelah dia ye Ton? Habis aib dia tersebar melalui mulut kau.

Lepas habis acara memanah, ada satu lagi acara yang kami nanti nantikan. Acara yang memeningkan kepala kami sepanjang persiapan hari sukan dilakukan.

Sukan Kemuncak Harapan Bangsa.

Sukan yang penuh misteri, dan rahsia. Agaknya sebab tu la semua pelajar disuruhkan balik sebelum kami mula bertanding. Cuma tinggal peserta acara je.

Sebab tu jugak, setiap tahun acara pemberian hadiah dibuat lepas bukak sekolah. Lepas cuti dua hari tu. Kasi rehat apa semua, baru best nak bersorak.

Ok sambung.

Kami berkumpul di padang tertutup sebab matahari dah tegak. Kang hangit pulak budak-budak ni. Ada yang kena strok haba karang, tak pasal pasal kena saman.

Peserta SKHB ni ada la dalam lapan orang. Setiap rumah ada dua orang wakil. Rumah PreciousGems diwakili aku dan Fathi, budak kelas aku yang aku tak pernah bersembang atau tahu kewujudan dia.

Partner Ton kalini memang menguji kesabaran dia. Terkadang aku tertanya-tanya, mengapa Furqan ditakdirkan masuk rumah sukan FireBlood. Tak pasal-pasal Ton dah muncung sedepa.

Kiah rilek je kat lane hujung sebab partner dia ialah crush ke enam dia, Adam Karamelo. Budak form 4.

Aku malas cerita panjang pasal wakil IcyBlade sebab budak tu ialah si Sophea gedik dengan Jamal Capang, pakwe baru kepada bekas awek Daniel yang viral pasang empat haritu.

Entah apa-apa.

Oh ya, tertanya-tanya jugak, kenapa Shaun Raymond tak masuk kalini ek? Ke, memang boleh masuk sekali seumur hidup je?

Cikgu Mahmud Ahmad Razali yang berdiri depan kami mula on kan mikrofon dia. Nak buat taklimat la tu. Akhirnya aku akan dapat tau apa dia Sukan Puncak Harapan Bangsa ni!

"Haa semua ni atlet SKHB ke?"

Kami semua mengangguk. Dah tu buat apa tercangak tengah padang ni? Main masak masak?

"Saya dengar, juara tahun lepas tarik diri saat akhir. Tapi tak apa, dia dah carikan pengganti. Baik. Saya nak cakap siap-siap disini. Kamu tak dibenarkan untuk beritahu orang lain tentang cara permainan, syarat dan hadiah yang disediakan dalam permainan ni.." dia berhenti seketika sebelum menukar pandangannya menjadi tajam macam pemangsa.

"..atau kamu tahu akibatnya"

Pehh series betul cikgu ni. Jadi hadiah 5000 yang aku dengar haritu betul ke tipu? Kalau betul, apa dah jadi dengan orang yang bocorkan rahsia tu? Masih hidupkah?

"Sekarang, seorang dari setiap rumah sukan datang kedepan dan pilih nombor giliran" kata cikgu Mahmud sambil menggoncang kotak air fryer yang mungkin milik isterinya dan seluk tangannya ke dalam kotak tu.

Memandangkan Fathi jebon tu tolak aku kedepan, maka aku la yang kena pergi. Ton pulak main tolak-tolak dengan Furqan sebelum dia sendiri yang berjalan ke depan sambil hentak kaki. Kiah hanya senyum kat crush dia dan dibalas lelaki tu sebelum berjalan ke depan dengan rela hati. Si Sophea gedik pun berjalan ke depan dengan pinggang yang sengaja dilentikkan buatkan aku rasa nak baling dia dari tingkat 15 menara Petronas.

Cikgu goncang empat gulungan kertas yang dia dapat dar dalam kotak tadi sebelum dicampak ke atas lantai.

Ok jadi kami kena kutip ke sekarang?

Cikgu ni memang mintak penampar. Nasib baik cikgu.

Aku kutip satu kertas sebelum balik ke tempat sendiri. Tertera nombor 2 bila aku bukak gulungan kertas tu.

"Ok. Now, rumah mana yang dapat nombor 1, akan lawan dengan nombor 2. Nombor 3 akan lawan dengan nombor 4. Sila ke meja yang disediakan"

Meja segi empat merah kami tuju. Dah la tak sediakan kerusi. Apa benda ni? Sekolah kerajaan pun banyak kerusi lebih tau. Takkan sekolah macam ni tak mampu beli? Coway tu boleh pulak letak sebijik dalam setiap kelas.

"Syarat permainan ni, kalau sorang dalam kumpulan tu dikalahkan, orang kedua akan ganti dan kalau dua-dua kalah, kamu akan berlawan dengan satu lagi kumpulan yang kalah. Antara dua-dua kumpulan yang menang dalam pusingan kedua, mereka akan berlawan lagi dan siapa yang menjadi juara bertahan akan dapat tempat pertama" terang cikgu Mahmud lagi

Aku mengangguk paham tapi masih clueless. Ada satu lagi benda yang dia belum explain kat kami.

"Main apa cikgu?" Jamal Capang beranikan diri bertanya. Ya! Itu yang saya mahukan! Terima kasih abang Jamal!

"Ohh.. Senang je.. Main..

















... gunting, batu, kain"

Eh madafaka?

Yourself ✔Where stories live. Discover now