"Awak nampak ke tadi?" Aku nampak dia angguk. Aku mengeluh sekali lagi.

"Dia.. ex boyfriend saya. Dia curang. Dengan bestfriend saya. No I means ex bestfriend saya. Klise kan? Tapi ini lah reality. Saya tak sepatutnya jadikan ex bestfriend saya tu sebagai orang tengah kami." Perlahan suara aku bercerita.

Haikal hanya senyap dan pandang muka aku. Menunggu aku sambung cerita.

"Suatu hari sebelum kami putus, dia ada WhatsApp saya bagitahu dia nak putuskan hubungan dia dengan saya. Saya tanya dia kenapa tapi dia tak jawab soalan saya."

"Benda yang paling saya sedih kenapa dia tak bagi tahu apa salah saya? Kenapa? Dia buat saya rasa macam saya ni tak berguna. Macam hubungan kami yang dah 1 tahun lebih tu tak bernilai dimata dia." Luah aku beremosi. Dah tak kesah dengan Haikal yang tengah pandang aku.

Sekarang ni aku rasa nak buang je semua ni dari hati aku. Aku dah penat pendam seorang diri. Air mata pun dah tak segan menuruni pipi.

"Saya dapat tahu dia ada hubungan dengan ex bestfriend saya bila ex bestfriend saya tu menjauhkan diri dia dari saya. Masa tu saya rasa down gila sebab kena tikam belakang dengan orang yang saya paling percaya." Sambung aku. Rasa macam ulang tayang balik diri aku masa semua ni berlaku. Tak ubah macam orang yang ada 2 personality. Depan orang happy, belakang orang...

"And tadi dia tiba-tiba cakap dia nak sambung balik hubungan kami. Saya rasa macam nak tumbuk muka dia masa tu jugak. Senang je dia cakap. Kurang ajar." Aku genggam penumbuk. Patutnya aku bagi je satu secara percuma tadi.

Aku nampak bibir dia naik sikit. Eee nak gelakkan aku lah tu.

"Kau masih sayangkan dia ke?" Tanya dia selepas lama berdiam diri.

"No. Not anymore. Cuma saya rasa agak terkilan juga lah sebab dia buat saya macam ni. Rasa macam saya ni banyak kekurangan. Mungkin sebab tu kot dia tinggalkan saya." Aku gelak hambar diakhir ayat.

"Remember you are never a bad person for loving the wrong person the right way." Pesan dia dekat kau. Aku senyum senyum tawar.

"Kau dah tak payah pikirkan pasal dia. Just stay silent and let he realize how will he be without you in their life. That's what we called kifarah. Biar dia rasa balik apa yang kau rasa." Mendatar dia bercakap. Aku hanya mengiakan. Nampak muka dia serius maut.

Nampak macam dia pulak yang berada dekat tempat aku sekarang ni. Bukan main serius lagi. Aku tergelak kecil. Dah hilang dah rasa sedih tadi.

"Kenapa kau ketawa?" Nampak muka dia berkerut habis pandang aku. Mungkin takut aku dah tak betul kot. Tadi menangis ni ketawa pulak.

"Awaklah yang kelakar. Macam benda ni berlaku dekat awak pulak." Aku masih lagi ketawa.

"I'm always concern about people that I love." Terhenti tawa aku bila dengar dia cakap macam tu. Mata dia pandang mata aku. Rasa macam keikhlasan dia tu sampai ke hati.

Aku terus larikan pandangan. Tak sanggup nak pandang lama-lama. Boleh cair kuasa sepuluh aku macam ni.

"So let's do something else to throw away your sadness. Kau nak buat apa?" Tanya dia.

Aku berpikir sejenak. Nak buat apa ya? Macam lah banyak benda boleh dibuat dalam hotel ni. Tiba-tiba aku terpandang alat-alat musik dekat belakang kami. Haa muncul satu idea.

"Awak pandai main alat musik?" Tanya aku. Bersinar mata berharap dia jawab ya.

"Yes." Jawab dia sepatah. Makin lebar senyum aku.

HEY MR PHOTOGRAPHER ©Where stories live. Discover now