“Untuk aktiviti malam ni, setiap kumpulan akan diberikan sebatang lilin dan tiga batang mancis. Lepas tu korang kena masuk dalam hutan sana dan cari jalan keluar berdasarkan
checkpoint yang dah ditampal pada batang pokok. Selagi korang jumpa penanda tu, maksudnya korang di laluan yang betul.  Faham?” Ujar Petugas disitu.

Lilin dan mancis diberikan kepada Syauqi selaku orang hadapan dalam barisan.

Cabaran yang diberikan cukup untuk membuat hati Fahim melonjak teruja.  Maknanya, semua pelajar perlu keluar dari hutan sebelum sumber cahaya habis. Api akan terus memakan lilin hinggalah tiada lagi sumbu untuk dibakar. Saat api terpadam, segalanya akan jadi gelap gelita.

"Menarik-menarik." Fahim terangguk sendiri.

“Kau nak pegang lilin tak?” Syauqi mempelawanya.

“Tak nak lah. Aku jadi orang kanan kau je.” Sengih Fahim.

“Nain, kau tak nak lead ke barisan kita?” Syauqi berpaling kepada Iskandar.

Nama yang baru disebut Syauqi menarik hati Fahim Luth. Nama 'Nain' agak popular dalam kalangan pelajar tingkatan empat. Ramai memujinya jika disabitkan dengan kepimpinan, berdisiplin dan berani.

"Siapa Nain? Mana satu?" Fahim mengerutkan dahinya. Teringin pula untuk bersua dengan satu-satunya pelajar sekolah yang sudah
ke kor kadet polis peringkat kebangsaan.

“Kau je la. ” Iskandar menolak lilin itu kepada Syauqi.

"Eh? Kenapa Iskandar pula yang jawab? Mana Nain?" Bisik hati Fahim. Keningnya bertaut seketika.

Syauqi mula melangkah apabila petugas itu berjalan untuk menuju ke trek permulaan.

“Weh, Iskandar dan Nain tu orang yang sama ke?” Bisiknya  pada Syauqi.

“Yela. Nama dia Iskandar Dzulkarnain. Apa lah kau ni, dah enam bulan pun tak kenal lagi batchmates.” Geleng Syauqi.

Fahim mencebik. “Dia yang sombong. Manalah aku nak tahu nama penuh dia.”

Langkahnya diteruskan sehinggalah Syauqi berhenti. Nampaknya, barisan mereka telah tiba di permulaan trek denai. Fahim terpana dengan laluan hutan di hadapan. Satu cahaya pun tidak kelihatan tatkala petugas mematikan lampu suluh.

“Selamat mencari jalan keluar.” Ujar lelaki lewat 30-an itu sebelum lenyap dalam kegelapan malam.

Fahim tersenyum kelat. Suasana seram mematikan perasaan terujanya.

Mancis pertama digunakan Syauqi untuk menyalakan lilin. Biasan api lilin sedikit sebanyak hanya menerangi kawasan
di sekitar Syauqi sahaja. Mujurlah cahaya rembulan masih menerangi. Dapatlah Fahim melihat wajah-wajah ahli kumpulannya.

“Okay, semua dengar sini.” Iskandar mengambil tempat di sebelah Syauqi lalu menghadap mereka yang lain.

“Syauqi akan ketuai kita. Kita akan gerak dalam satu barisan tanpa putus. Orang selepas Syauqi ialah Fahim dan diikuti dengan budak-budak perempuan. Aku dan budak lelaki yang lain akan sambung barisan belakang. Cuma pastikan ada kerjasama tu, aku rasa kita sekejap je boleh keluar ni. Kalau ada apa-apa
masalah boleh inform pada Syauqi. 10 orang masuk hutan ni, pastikan 10 orang juga yang keluar. Aku tak nak terkurang atau
terlebih.” Arahan Iskandar dibalas Fahim dengan anggukkan kecil.

"Patutlah orang asyik puji dia." Gumam Fahim sendirian. Sedikit kagum terhadap Iskandar.

Barisan mula dibentuk kembali seperti mana yang disuruh oleh Iskandar atau nama penuhnya Iskandar Dzulkarnain. Beruntung Fahim jadi orang yang kedua dalam barisan. Sekitarnya diterangi lilin yang dipegang oleh Syauqi.

Aᴋᴜ, Isᴋᴀɴᴅᴀʀ Dᴢᴜʟᴋᴀʀɴᴀɪɴ✓[TERBIT] | كاونWhere stories live. Discover now