l a p a n b e l a s

Începe de la început
                                    

ZASS!

Dengan sekelip mata, tubuh Tuan Jeon rebah ke tanah dan kepalanya yang dipenggal oleh anaknya sendiri itu terus bergolek sehingga melanggar kakinya.

Dia berdiri kembali di tempat asalnya sebelum tubuhnya mula terangkat dan kepalanya terdongak ke langit dengan mata merah menyalanya.

"Arghh!" Jeritnya sekai lagi apabila terasa sesuatu cuba keluar dari tubuhnya dan terus tubuhnya terjatuh ke tanah dan rebah tidak menyedarkan diri.

"Jeon Jungkook!"

-

Puteri Junghee meletakkan herba ubat-ubatan yang disediakan oleh dayang istana Kim pada lengan kanan mklik Jungkook yang mempunyai luka belahan pedang itu.

"Jadi, pertemuan kita memang sudah ditakdirkan?" Puteri Junghee menyoal dirinya sendiri, masih tidak percaya bahawa Jungkook ialah jodohnya seperti yang dikatakan oleh Tuan Jeon juga dayang istana Kim.

Tanda lahir lelaki itu. Memang benar tanda lahir itu persis buah rantai yang diterima olehnya daripada dukun seperti yang diberitahu oleh dayang istana Kim.

"Adakah Jeon Jungkook berada di sini?" Soalan seseorang dari luar rumah tumpangan yang dihuni oleh Puteri Junghee serta Jungkook itu kedengaran.

Terkebil-kebil Junghee apabila pintu bilik itu terus dibuka luas oleh seorang lelaki dan beberapa orang lagi lelaki berada di belakangnya.

"Tuan Jungkook!" Terus diterpa oleh mereka ke arah Jungkook yang sedang terbaring lemah.

Mereka semua melutut dalam barisan, menayangkan wajah yang penuh dengan kerisauan terhadap lelaki yang mereka gelar, 'Tuan Jungkook' itu.

"K-kamu semua ini siapa ya?" Soal Puteri Junghee teragak-agak kepada lima orang lelaki yang berada di dalam bilik itu bersamanya dan Jungkook.

Mereka berlima mengangkat wajah mereka serentak, memandang tepat ke arah Puteri Junghee membuatkan Puteri Junghee menelan liurnya payah.

"Tuan puteri. Ni saya ada bawakan ma-"

Terus terhenti ucapan dayang istana Kim apabila melihat lima orang lelaki juga turut berada di dalam bilik rumah tumpangan itu.

"Ouh. Adakah ini Puteri Mahkota Kim Junghee?" Soal salah seorang daripada mereka yang merupakan lelaki pertama yang membuka pintu bilik tersebut sebentar tadi.

"Erm, ye, saya?" Puteri Junghee mula dilemma ingin meneruskan cara percakapannya dalam bahasa biasa ataupun dalan bahasa istana.

"Ah! Senanglah kerja kita!" Ujar lelkai itu dan mula bersorak bersama lelaki-lelaki yang lain.

"K-kerja?"

"Eh. Tuan puteri jangan risau. Kami ni orang baik. Kami merupakan satu kumpulan di bawah jagaan Tuan Jungkook iaitu Danko Corps. Kami ditubuhkan oleh Tuan Jungkook untuk menyelamatkan sesiapa sahaja yang teraniaya di pekan Hanyang ni."

Terang lelaki itu satu per satu kepada Puteri Junghee membuatkan sang puteri terangguk-angguk, faham. Dayang istana Kim pula sibuk membetulkan selimut pada tubuh Jungkook dan meneruskan aktiviti memulihkan luka pada lengan Jungkook yang terbantut oleh Puteri Junghee itu.

"Biar saya kenalkan diri saya. Saya, Hwang Tae. Yang ni, Heo Shin. Yang sebelahnya, Ha Jung. Lepastu adik kembarmya, Ha Min. Dan yang terakhir, Dae Hyun."

Terang llekai bernama Hwang Tae tu pula. Seronok Puteri Junghee mendengar pengenalan daripada lelaki itu. Maklumlah, selain Jungkook, dia tiada sesiapa yang mampu dia jadikan sebagai kawan dan teman berbual.

"Jadi, kamu semua ni ada satu pertubuhan? Macam kelab?" Soal Puteri Junghee lalu mereka menganggukkan kepala mereka laju.

"Bagusnya misi kamu semua. Menyelamatkan orang yang dianiaya." Ujar Puteri Junghee, kagum dengan mereka termasuk Jungkook yang merupakan pengasas pertubuhan tersebut.

"Ya. Kami tubuhkan semuanya sebab Tuan Jungkook. Dia yang mulanya membantu kami ketika kami susah an kami ini hanya ingin membalas budinya. Lagipun, misi kami sekarang adalah untuk menyelamatkan tuan puteri dan Tuan Jungkook."

Terang mereka lagi membuatkan pamdangan dayang istana Kim mula terarah ke mereka berlima. Berkerut seribu dahi milik Puteri Junghee mendengarkan omongan Hwang Tae itu.

"Apa masuk kalian?" Soal dayang istana Kim kepada mereka dan mereka hanya tersenyum.

"Kami tahu yang Tuan Jungkook sebenarnya datang dari masa hadapan. Dan, kami juga sedia maklum bahawa tuan puteri pernah menjejakkan kaki ke masa hadapan dan bertemu Tuan Jungkook di sana."

•••

Pergh. Tea lagi satu nak dispillkan. Macam mana diorang tahu eh? Any idea?😂

Nak tahu? Ha, tunggulah next update esok pagi😜

|√| Blind Fate - JJKUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum