e m p a t b e l a s

Start from the beginning
                                    

Bagi yang membunuh raja dan pemaisuri itu, patik tidak pasti jika benarkah itu angkara keluarga Jeon juga."

Terang dayang istana Kim seringkas dan sepadat yang mungkin kepada Puteri Junghee juga Jungkook. Jungkook hanya tersenyum nipis mendengarkan nama keluarganya meniti di bibir dayang istana Kim iyu.

Puteri Junghee memandang Jungkook lalu dia tersenyum nipis memandang Jungkook dan tangan yang digenggam Jungkook itu pula bertukar kepada tangannya yang menggenggam tangan Jungkook.

"Jadi, mengapa dilibatkan juga dengan beta? Mereka bagaikan tidak mahu melepaskan beta setelah apa yang mereka telah lakukan kepada ayahanda dan bonda." Soal Puteri Junghee pula bagi menjelaskan lagi pemahamannya terhadap kejadian perit baginya pada malam itu.

"Orang yang diburu mereka sebenarnya adalah tuan puteri dan bukannya raja serta pemaisuri. Patik masih tidak tahu kenapa mereka terlalu taksub ingin membunuh tuan puteri namun ketaksuban mereka itu ada kaitan dengan satu-satunya anak lelaki keluarga Jeon."

"A-apa maksud dikau?" Terkebil-kebil Puteri Junghee usai mendengarkan kata-kata dayang istana Kim itu.

"Maaf, tuan puteri. Patik takut patik tidak mampu menjawab persoalan itu." Keluhan dilepaskan dari dua ulas bibir milik Puteri Junghee.

Jungkook masih diam membisu usai habis mendengarkan penerangan daripada dayang istana Kim itu.

Apa kaitan aku dengan Junghee?

-

Jungkook mula melangkah keluar dari kawasan rumah tumpangan yang disewanya buat Puteri Junghee dan dayang istan Kim itu.

Mana dia dapat duit yang bermata wangkan syiling yang itu? Dia ambil dari biliknya di rumah keluarga Jeon.

Dah ada banyak, buat apa simpan kalau kita boleh berbelanja, bukan?

Dia kini berniat untuk mencari kembali lelaki yang bernama Hwang Tae yang pernah dia terserempak di pasar tempoh hari.

Dia betul-netul ingin tahu dengan lebih mendalam tentang rahsia keluarga Jeon bersama keluarga diraja sehinggakan mereka boleh bermusuh.

Tiba-tiba, matanya menangkap satu susuk tubuh yang terasa amat dikenalinya.

Hwang Tae!

Terus sahaja dia mengekori lelaki itu dan tanpa sedar, dia kini tiba di dalam sebuah hutan dan langkah kaki Jungkook terhenti apabila Hwang Tae memasuki sebuah rumah.

Rumah apa yang ada di tengah hutan belantara ni?

Tanpa berlengah lagi, Jungkook terus melangkah mendekati rumah itu dan sekali lagi langkahnya terhenti betul-betul di hadapan pintu itu apabila sebahagian daripada perbualan manusia di dalam rumah itu apat didengarinya dengan jelas.

"Jadi, maksudnya sekarang, tugas kita cari dayang istana Kim, Puteri Kim Junghee dan Tuan Jungkook?"

"Eh? Haritu aku baru terserempak dengan Tuan Jungkook. Tak bagitau awal-awal nak cari Tuan Jungkook sekali."

"Apa bengap sangat kau ni? Kan dah cakap misi kita sekarang nak selamatkan Tuan Jungkook dan Puteri Kim Junghee? Dayang istana Kim mesti tahu keberadaan mereka sebab tu kita cari dia. Tahu-tahu pula dia hilang sebab melarikan diri malam haritu."

Langkah Jungkook bagaikan mula terkebelakang satu per satu lalu tanpa sengaja, dia terpijak ranting kayu yang berada di atas tanah, memberhentikan perbualan manusia-manusia di dalam itu.

"Weyh siapa tu?"

Jungkook disebabkan terlalu gelabah, terus sahaja dia berlari sekuat hati untuk keluar dari hutan belantara tersebut.

Junghee perlu tahu tentang benda ni.

-

"Apa yang dikau tercari-cari itu, dayang istana Kim?" Soal Puteri Junghee lalu dayang istana Kim yang kelihatan gelabah mereka sesuatu pada tubuhnya terus mengangkat pandangan resahnya kepada Puteri Junghee.

"R-rantai milik tuan puteri itu. Patik yakin patik simpan di dalam baju patik sebelum ini. Tetapi, sekarang sudah tiada."

Kata-kata dayang istana Kim terus memebuatkan Puteri Junghee memegangkan lehernya. Baru dia perasan bahawa rantai yang sering dipakainya sejak dari kecil itu kini sudah hilang, tidak lagi terikat di lehernya.

"Dayang istana Kim. Boleh beta bertanyakan sesuatu?"

"Ye, tuan puteri. Patik sudi jawab jika patik mampu." Dayang istana Kim itu terus berhenti mencari rantai itu lalu dia memandang Puteri Junghee untuk menghormati sang puteri berkata-kata.

"Dayang istana Kim ingat tak rantai tu dari siapa? Beta tak dapat ingat macam mana beta boleh dapat rantai itu." Soal Puteri Junghee, masih dalam usaha mengingati kembali bagaimana rantai itu boleh berada padanya.

"Ouh, tuan puteri masih kecil ketika itu. Dan, rantai itu diberikan oleh seorang dukun ketika sedang membuat tilikan nasib tentang masa depan tuan puteri." Terang dayang istana Kim membuatkan Puteri Junghee terangguk-angguk.

"Ouh, patik baru teringat akan sesuatu. Katanya, tuan puteri akan dijodohkan dengan seseorang yang mempunyai tanda lahir yang persis buah rantai tuan puteri."

•••

Tow! Satu hint yang sangat jelas dah bagi tu. Jelas sangat. Lainlah kalau korang tak baca dengan teliti chapter lepas😂

Okaylah. Nak tahu apa jadi dan kenapa Hwang Tae tu nak selamatkan Jungkook dengan Puteri Junghee? Tunggulah next update😜

Btw, korang. Idae ada publish ff Tae yang baru. Hehe, fantasy jugaa. Memandangkan dah fall in love nak buat ff fantasy ni, apa salahnya kita cuba Taehyung punya pulak. Hehe😍

Title : Ghost MarriageCast : Kim Taehyung, Ryu DaeheeSimple Synopsis : mengahwini gadis yang sebenarnya telah meninggal dunia?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Title : Ghost Marriage
Cast : Kim Taehyung, Ryu Daehee
Simple Synopsis : mengahwini gadis yang sebenarnya telah meninggal dunia?

Hope korang mampu menghujani ff baru Idae itu dengan support korang. Uwuu😍💜

|√| Blind Fate - JJKWhere stories live. Discover now