Entah pape la. Takkan lah Haikal tu nak minat dekat aku. Dia dengan aku? Huh, jauh langit dengan bumi weh.

"Mana kau tahu perasaan orang Ana. Entah-entah dia sengaja datang selamatkan kau pagi tadi sebab nak kenal lebih rapat dengan kau. Kalau kau tak nak bagi aku je la. Aku seratus kali sudi tau." Haa Nadia dah mula dah teori-teori tak guna dia tu. Aku dah malas nak layan. Lagi dijawab lagi diorang bantai.

✿┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈✿

Malam itu selepas solat isyak hanya ada satu activity je. Tu pun sampai pukul 10.30 jer sebab pengetua bagi kami rest. Katanya dia tak nak kami penat-penat sangat hari first. Wah terharu betul dengan abi ni. Sweet sangat. Patut lah sangkut dengan umi haha.

"Our next activity is 'Radio Buruk'. Mesti semua orang dah pernah dengar kan game ni. So tak perlu lah saya nak terangkan lebih lanjut kan?" Tanya fasi Aina.

Fasi Aina ni memang cantik sebab tu ramai pelajar laki yang mungkin dah berangan-berangan kawin dengan dia kut sekarang ni. Tapi aku paling benci dia ni gedik sangat. Tak menjaga batas pergaulan pulak tu. Eee menyampah je aku tengok.

"So boleh kita mulakan. You gais jangan lupa ya setiap game yang kumpulan u olls menang ada hadiah menarik tau masa majlis penutup nanti. So grab this change now." Fasi Aina mengingatkan kembali hadiah misteri yang dijanjikan pengetua pagi tadi.

"Kita mesti menang game ni. Baru lah mata kumpulan kita banyak." Sampuk Haziq. Nampak lah dia bersemangat nak menang tu.

Setiap orang hanya dibenarkan pas maklumat yang diberitahu selama 15 saat je. Aku jadi orang kedua last. Bila sampai je maklumat tu kat telinga aku, terus berkerut dahi aku.

Takde masa nak pikir aku terus pas dekat orang last. Orang terakhir setiap kumpulan kena pergi kedepan untuk bagitahu jawapan dia.

"So kumpulan 5, boleh bagitahu jawapan awak." Arah fasi Aina dekat Maya ahli kumpulan aku.

"Pak Anjang suami Mak Anjang. Pak Anjang, Mak Anjang berlari lari." Semua bantai gelak lepas dengar jawapan Maya. Aku pun join sekaki lah dah memang kelakor. Kenapa orang tua tu nak berlari-lari pulak adoii.

"Kelakar betul korang ni kan. Meh saya baca jawapan sebenar dia. Pak Anjang suaminya Mak Anjang. Mereka tinggal dirumah panjang. Pak Anjang suka masakan Mak Anjang. Mereka hidup bahagia bersama." Tang mana pulak datangnya berlari-lari tu woi haha.

Kemudian kami mendengar jawapan dari kumpulan lain pulak. Masa aku tengah syok ketawa tu lah tiba-tiba ada cahaya dekat tepi ni. Terkejut lah jugak aku. Ingatkan kilat.

Aku terus pusing sebelah kanan aku. Dan masa tu jugak mr photographer ni ambik gambar lagi sekali. Woi apa ni ambik gambor anak dara orang tak mintak. Eee aku bagi kaki jugak pak cik ni.

Aku nampak dia tilik balik gambar yang dia tangkap tadi. Lepastu dia angkat muka dan buat thumbs up dekat aku dengan muka takde perasaan dia tu.

Kemudian dia terus kedepan ambil gambar peserta lain pulak. Amboi dia buat aku macam patung je cis. Macam mana kalau muka aku hodoh tadi. Argh benci betul pak cik tu!

✿┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈✿

Akhirnya dah boleh blah dari dewan ni. Aku dah rimas dengan Haziq ni. Dari tadi lagi dia pandang aku dengan pandangan yang aku tak dapat nak tafsir maksud dia. Fuh.. berdiri bulu roma aku.

Okey sekarang ni semua orang dah nak balik ke bilik masing-masing. Aku memang dah mengantuk tapi aku ni jenis yang susah nak adapt dengan bilik baru. Sebab tu aku malas nak datang kem ni mesti susah nak lelap.

HEY MR PHOTOGRAPHER ©Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz