Bab 46

2.5K 265 37
                                    

Sebuah apartment mewah milik kediaman Jeon Jungkook,  mereka semua sudah berkumpul kecuali seorang sahaja yang belum hadir. 

Siapa lagi kalau bukan Park Jimin?

" Yah Kim Taehyung,  mana kawan baik kau ni?  Dia fikir aku tak ada kerja selain daripada nak tunggu dia je?  " Suga sudah panas.  Dia memang pantang jika ada orang yang sengaja lewat. 

" Haahlah weh,  dah nak setengah jam kut kumpul.  Mana dia?  "  Jung Hoseok menyampuk sambil mulutnya sedang mengunyah kekacang. 

Kini mereka berenam sudah berkumpul awal setengah jam daripada tadi.  Jungkook, Taehyung, Namjoon,  Suga, Jin dan Hoseok. Tinggal Park Jimin sahaja tidak muncul-muncul. 

" Jammed lah kot. " balas Taehyung acuh tak acuh.  Dia sebenarnya dah agak,  Jimin memang tak akan datang.
Tak semena-mena kepala Taehyung diketuk dengan remote tv oleh Jungkook.  Taehyung terus mengusap-usap kepalanya yang sakit.

" Agak-agaklah nak jammed waktu-waktu 12 tgh malam macam ni. Apa busy sangat ke kerja dia tu kat pejabat?  " Tanya Jungkook geram. 

" Ke frust menonggeng lagi?  " Namjoon menyampuk. 

" Kau jangan macam-macam joon.  Frust menonggeng sebab bini ni lain macam aura dia. Jimin tu hampir-hampir nak jadi duda tahu?  " Taehyung menjawab bagi pihak Jimin. 

Selain dari Jimin dan Taehyung,  mereka semua masih lagi bujang.  Nak dikatakan tidak laku,  masing-masing ada kerjaya dan rupa tersendiri. Dan Jungkook sahaja yang nak mengikut jejak langkah Jimin dan Taehyung yang mahu mengikat tali pertunangan.

" Tae,  amacam kahwin?  Best tak?  " Seokjin tiba-tiba bertanya.  Dah mereka semua pandang Taehyung dengan muka excited.

Well, namja.  Biasalah tu byuntae.

" Setakat ni okay. Tapi bab first night aku taknak story. " luah Taehyung.  Yang lain dah buat muka bosan. 

" Potong lah Tae.  Kongsi sikit pun tak boleh ke?  " Namjoon tanya.

" Tak boleh,  kook masih teruna. Aku nak dia merasa sendiri macam mana first night. "

" Apa kaitannya dengan aku sial.  Aku bukan bawah umur. "

" Kau antara ahli yang paling muda dekat sini.  Aku kena protect anak buah aku. Dah shuhh."

Taehyung terus menarik kepala Jungkook lalu dimasukkan di antara celah ketiaknya.  Selepas itu sepakkan manja dari Jungkook buatkan Taehyung terus menjerit kalah bak first night dia. 

" Tapi Jimin apa kes siot.  Dia kahwin pun senyap-senyap.  Dia memang tak nak share ke apa? " tanya Hoseok.

Ya,  mereka masing-masing berada di luar negara sejak menghabiskan pelajaran di sekolah tinggi.  Ada pun inilah masanya untuk mereka berkumpul. 

Jungkook dan Taehyung terus diam. Hanya mereka berdua sahaja yang tahu kejadian yang menimpa Jimin. 

" Memang aku taknak beritahu.  Kenapa?  Tak suka?  "

Serentak 6 jejaka itu berpaling kepala bila ada satu suara yang menyahut. Jimin sudahpun datang.  Dia tahu password lock pin pintu apartment Jungkook kerana dia pernah datang dahulu. 

" Wehh anak Park!  Muncul pun macam babi. Tiba-tiba 'oink oink'.  Bagilah salam ke apa.  " Suga menegur Jimin selamba. 

Jimin dengan wajah yang dingin mula duduk menghampiri mereka semua.  Kini cukuplah 7 orang sekawan.

" 'Awal' betul kau sampai eh.  Fikir sesat tadi tak jumpa rumah Jungkook. "  Taehyung menegur Jimin sambil tangannya menghulur segelas bir.  Jimin hanya menyambut.

" Sorry,  aku busy dekat office. Banyak kerja. " balas Jimin.

" Ji,  semangatlah sikit.  Lesu je muka kau.  " Seokjin tegur sambil memeluk bahu rakannya. 

Jimin hanya diam.  Sambil dia teruskan minum bir. 

" Okay!  Memandangkan semua dah ada aku nak beritahu bahawa next month aku akan bertunang!  "  excited
Jungkook memberitahu.  Yang lain buat muka bangga.  Tak sangka ahli termuda dah nak tunang. 

" Mana dia Kook?  Aku fikir dia akan datang sebelum Jimin tadi. "

" Dia kata ondway. Biasalah perempuan. "

" Kau Jimin,  disebabkan kau lambat datang.  Aku nak kau yang bukak pintu bila bakal tunang aku tu sampai.  Aku malas tho nak berjalan sebenarnya. " Jungkook bersandar malas di atas sofa.  Bersebelahan dengan Taehyung. 

" Apasal aku pulak yang kena? " Jimin tanya tak puas hati. 

Ding

Dong

Sejurus selepas Jimin bersuara, bunyi lonceng rumah Jungkook mula kedengaran.  Serentak 7 orang lelaki itu terus diamkan diri. 

Maka perang sepakkan dan tolak menolak terjadi.  Jimin yang jadi mangsa.  Tak guna. 

" Pergi Ji!  " Namjoon mula sepak bontot Jimin menyebabkan lelaki itu tidak tahan dan terus bangun. 

" Sekejaplah setan!  Aishh. "

Tanpa banyak bicara,  Jimin terus bergerak ke arah pintu masuk rumah Jungkook.  Terus pintu dibuka. 

Pandangan pertama yang dia nampak adalah seorang wanita. 

Dia berambut pendek diatas bahu. 

Bersama dengan senyuman di bibir gadis itu sepertinya aku pernah acap kali lihat. 

Dan mata Jimin sedikit membesar.  Bibirnya sedikit terbuka tanda terkejut. 

" R-Rose?  "


🍂🍂🍂



" Tahniah.  Untuk kau dengan Jungkook. "

" Thanks Jimin.  Sorry tak beritahu awal-awal.  Yalah,  kau pun manalah nak jumpa aku sejak 5 tahun lepas?  Still bencikan aku lagi Jimin?  Janganlah benci lagi.  Aku sayang kau tau. "  ujar Rose.

Kini mereka ada di luar rumah Jungkook. Yang lain masing-masing dah pulang. 

" Kenapa.. Kau potong rambut?  " tanya Jimin terus.  Pernampilan Rose yang dahulunya berambut panjang kini sudah pendek.

" Sebab nak move on?  Alah normallah tu Jimin.  Orang perempuan kan nak perubahan. Lagipun aku dah ada Jungkook.  Jungkook pun awalnya terkejut aku yang aku ni sepupu kau. "
" Oh ya.  Mujurlah kalau begitu.  "

" I'm sorry. "

" Sebab? "

" Sebab kelakuan aku dulu?  Disebabkan akulah hubungan kau dengan Hwayoung tercalar.  Maafkan aku ya?  Oppa?  " kata Rose.  Panggilan Oppa itu aku dah terbiasa.

Aku hanya tersenyum nipis. 

" Oh ya,  macam mana dengan Hwayoung?  Semuanya baik-baik bukan?  "

Soalan Rose tidak dijawab.  Sebaliknya Jimin diam sambil menunduk melihat ke arah jalan raya. 
Rose sepertinya dapat mengagak apa yang berlaku.  Pantas bahu Jimin disentuh perlahan. 

" Kalau tak keberatan,  aku boleh jumpa dia. Boleh pulihkan keadaan semula. "

" Sia-sia sahaja Rose. Dia bukan bencikan sebabkan kau sahaja,  tapi aku. "

" Jimin, jangan macam tu.  Aku boleh-"

" Aku balik dulu.  Kirim salam pada Jungkook yang dah mabuk kat rumah tu. Tahniah sekali lagi atas pertunangan korang bulan depan. " Jimin mula potong ayat Rose dan terus meninggalkan Rose disitu. 







Our Mistake🍂
Bersambung.. 

Double update💜
Goodnight🌙

ᴏᴜʀ ᴍɪsᴛᴀᴋᴇ | ᴊɪᴍɪɴ ✔Where stories live. Discover now