Bab 31

3.1K 300 17
                                    


Setelah 4 jam duduk berlama di dalam pesawat kapal terbang akhirnya sampai juga ke destinasi yang dituju.

Maldives, adalah sebuah negara pulau yang mengandungi gugusan kepulauan terumbu karang yang indah. Sesuai untuk percutian bersama keluarga ataupun berbulan madu. Tapi bagi aku tempat ni lagi sesuai untuk orang yang nak pergi honeymoon.

Bercakap tentang berbulan madu, aku mula teringatkan lelaki itu. Kalau ikutkan perjanjian Jimin berjanji untuk bawa aku melancong ke luar negara. Tapi itu semua kenangan. Tak perlu dikenang rasa, menyakitkan hati je.

" Halaveli Island.. I coming ! "

Aku hanya mengelengkan kepala sahaja bila melihat telatah Irene yang sudah excited itu. 
Aku tarik beg roda milik aku dan Irene. Irene pula bawa beg yang lain. Beg Irene ni berat semacam.

" Kau ni bawak baju ke batu, Irene? " kataku sambil berusaha menarik beg Irene. Dahlah jalan tidak rata, dengan aku pakai tumit tinggi pulak tu. Kalau tahu aku pakai sport shoes je tadi.

" Kita dekat sini dua minggu okay? Dah tentulah aku bawa banyak baju. "

Aku cebikkan bibir. Dia senang lenang angkat beg ringan manakala aku pula disebaliknya. Nasib kau ni kawan, kalau lawan aku cepuk beg ni kat muka dia !

" Cepatlah jalan ! Bilik kita dekat hujung sana tu! "

Irene dah berlari teruja meninggalkan aku di belakang dimana atas jambatan panjang yang dibawahnya merupakan air laut pulau yang membiru. Disekelilingnnya pula merupakan resort bagi pelancong yang ingin menginap.


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Ish sabarlah! "

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Ish sabarlah! "

Macam je resort tu boleh hilang. Irene dengan sikap tidak penyabarnya itu buatkan aku naik darah. Nasib baik aku tidak mengandung sekarang ni, kalau tidak boleh terkena jangkit perangai Irene dekat anak aku.

Dengan gigihnya aku tarik beg roda dengan kedua-dua tangan aku, akhirnya aku dah sampai bilik kami berdua. Tempat dia memang cantik. Kalau hari malam lagi cantik aku rasa pemandangan disini.

ᴏᴜʀ ᴍɪsᴛᴀᴋᴇ | ᴊɪᴍɪɴ ✔Where stories live. Discover now