Bab 16

3.3K 319 17
                                    

" No choices, kita kahwin."

" Ka-kahwin ? " tergagap-gagap ayat yang keluar dari mulut aku. Pantas aku mengelengkan kepala.

" No and never ! Awak fikir kahwin ni perkara yang main-main ke ? "

Aku berkata terus. Yalah, perkahwinan bukannya suatu perkara yang boleh dibuat main. Ianya melibatkan hubungan antara lelaki dan perempuan.

Lelaki itu merenung aku tanpa bicara. Tangannya yang sedari tadi asyik berada di dalam poket seluar mula dikeluarkan.

Jari telunjuknya diarahkan ke arah perut aku yang berselindungkan baju blouse cotton itu lalu dia menyentuhnya perlahan. Jari telunjuknya ditolak sedikit mengenai perut aku yang sedikit buncit itu. Tanda adanya satu nyawa di dalam rahim wanita itu.

" habis kau nak tanggung seorang diri ? Nak biarkan budak dalam ni tak berbapa, macam tu?  " ucapnya terus.

Mata Jimin tajam memandang ke arah aku. Sampaikan aku naik lemas dengan pandangan matanya.

" I-i don't know."  ucap aku keliru. Fikiran aku bercelaru pada waktu ini.

" kau ada masalah aku pun ada juga. Aku tahu kau perlukan seseorang. Trust me, lambat laun juga baby dalam perut ni nak tahu siapa bapa dia. Lagi satu kalau ikut keadaan sebenarnya kita saling memerlukan antara satu sama lain. Kau sedar tentang itu Hwayoung? "

Jimin mula jauhkan jari telunjuknya daripada menyentuh perut aku. Tangannya kembali dimasukkan ke dalam poket seluar.

Keadaan menjadi jeda seketika. Aku dan Jimin saling bertatapan mata untuk beberapa saat. Dan kemudian Jimin semakin menghampiri aku dengan senyuman smirk dia.

" I know we are stranger but we have no choice

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" I know we are stranger but we have no choice. Aku beri kau dua pilihan, sama ada nak gugurkan kandungan ni ataupun berkahwin dengan aku. "

Aku jadi mati kata. Dia beri pilihan yang paling sukar untuk aku pilih.

" kenapa mesti gugurkan kandungan kalau saya tak mahu berkahwin? "

" jadi kau sayangkannya? "

Aku terdiam. Ibu yang mana tak sayangkan anak. Pabo.

" berkahwin sahajalah dengan aku Hwayoung, aku janji aku akan jaga kau sebaik mungkin. Tak semestinya perlu bercinta untuk  berkahwin."



🍂🍂🍂


" Pilihan yang bijak kau terima sahaja lamaran dia. Park Jimin lelaki yang bekerjaya kot. Ada rumah, ada kereta, ada syarikat sendiri. Kau nak apa lagi? "

" tapi aku tak kenal dia." sambung Hwayoung.

Irene dah garu kepala tidak gatal.

" aku kan nak cakap kau bodoh tapi tak sampai hati pula. Memanglah kau tak kenal dia. Orang yang kau bertahun kenal pun tak semestinya baik tahu? Tu Mingyu tu bukannya kau kenal dia juga. Kenal gitu-gitu je. Jadi kata akhirnya tak semestinya perlu kenal untuk bercinta. Cinta selepas berkahwin tak salah."

" aku bukan apa, aku cuma takut. " aku sentuh perlahan perutku yang sedikit membuncit itu.

" kau takutkan apa? "

" dia mungkin boleh buang aku? Lepas dah dapat anak ini mungkin dia pisahkan aku dengan anak dia? "

" Lee Hwayoung, kau ni overthinking tahu. Tak salah kau fikir jauh but ada masanya kau kena positif. Sebab tu cinta tu buta. Perlukan kepercayaan. Itu yang paling penting. " ucap Irene macam doktor cinta pula.

" jadi perlu ke aku beri dia peluang? "

" tak salah. Lagipun mungkin korang berdua ada jodoh."

Hwayoung tak membalas kata-kata Irene. Cadangan yang diberikan oleh Jimin benar-benar buatkan dia teragak dengan tindakan sendiri. 

" I know we are stranger but we have no choice. Aku beri kau dua pilihan, sama ada nak gugurkan kandungan ni ataupun berkahwin dengan aku. "


Kahwin atau gugur?

Hwayoung sudah mula buntu.




🍂🍂🍂

" Tuan Jimin, ada seseorang yang ingin berjumpa."

" baik, bagi dia masuk."

Setelah intercome ditekan, pintu bilik pejabat terus dibuka dari dalam. Kelihatan seorang wanita yang hanya berpakaian dress lace labuh berwarna peach dihadapan matanya.

Senyuman mula ditayang di bibir lelaki itu.

" cik Lee Hwayoung, mana tahu pejabat saya? "  tanya Jimin. Perempuan dihadapanya kini sudah menjadi tatapan dia. Macam ada tarikan.

" saya setuju."

" maksudnya? "

" saya pilih untuk berkahwin dengan awak."


Park Jimin tersenyum lebar.

" Pilihan yang tepat. Aku janji aku tak akan sia-siakannya."

" jangan main-main dengan janji Jimin. Takut nanti janji yang akan makan diri."

Hwayoung dan Jimin saling berpandangan antara satu sama lain. Hwayoung tidak pasti mengapa dia berasa lega. Mungkin Jimin adalah penyebabnya.



Our Mistake🍂

Bersambung.



Saya kembali semula selepas dari cuti sakit beberapa hari. Huhu tekanan darah rendah dan saya perlu banyak makan lepasni.

Rindu saya tak?
Huhu.

Btw saya ada update story baru.
Sila jemput tengok💛

ᴏᴜʀ ᴍɪsᴛᴀᴋᴇ | ᴊɪᴍɪɴ ✔Where stories live. Discover now