Bab 69

26.7K 1K 35
                                    

Hari ini. Hari yang paling mendebarkan bagi aku. Hari di mana aku harus bertarung nyawa demi anak aku. Dari malam semalam sehinggalah pagi ini Zariq menemani aku. Hanya doa aku mampu tuturkan saat ini. Mohon dipermudahkan segala urusan.

"Sayang dah ready ka?" suara itu datang Zariq yang muncul di muka pintu bilik rawatan. Zariq sudah lengkap berpakaian pembedahan.

Aku hanya tersenyum. Zariq mendekati aku. Kepalaku diusap lembut.

"Semuanya akan okay. Hubby doakan sayang dan anak kita selamat."

Jantung aku berdebar. Perasaan ini tak mampu aku terangkan. Hanya Tuhan sahaja yang tahu. Hari ini aku bakal menghadapi dua pembedahan. Hal ini kerana keadaan aku sudah ke tahap kritikal kalau dibiarkan begitu lama.

Setelah itu, jururawat muncul untuk membawa aku ke bilik pembedahan. Zariq masih disisiku. Jemarinya aku genggam erat tak mahu lepaskan.

"Hubby"

Zariq pandang wajah aku.

"Ye sayang?"
Mataku sudah bergenang dengan air mata. Mengundang kebimbangan dari Zariq. Seraya Zariq menyeka air mata aku.

"Maafkan Sayang kalau ada salah dan silap selama ni. Halalkan makan dan minum sayang. Walau apa pun yang berlaku, selamatkan anak kita dulu. Janji dengan sayang untuk selamatkan anak kita."

Zariq jadi sebak. "Sayang jangan risau, hubby akan pastikan sayang dan anak kita akan selamat. Jangan menangis lagi ye? Semuanya akan okay. Ingat, hubby akan selalu ada di sisi sayang."

Genggaman aku akhirnya terlepas apabila sudah tiba di hadapan bilik bedah. Aku kuatkan hati. Mulutku tak henti menuturkan selawat sebagai penenang hatiku. Aku menghela nafas panjang. Semuanya bakal berakhir.

"Dhiya dah masuk bilik bedah ke Zariq?" suara itu datang dari Dato' Ghazali. Dato' Ghazali tiba dengan seorang jejaka. Dato' Ghazali menuju ke arah Zariq yang berada di luar bilik bedah.

"Baru aje pa. Ini siapa?" Zariq hanya memandang lelaki itu. Kalau dilihat usianya sama sahaja dengan Zariq.

"Ini doktor Hafeez yang papa beritahu tempoh hari. Dia akan bantu kamu dalam pembedahan Dhiya nanti." Zariq berjabat tangan dengan Hafeez.

"Mama dengan yang lain dah on the way ke sini."

"Oh, iye?"

Dato' Ghazali perhati Zariq dari tadi. Zariq seakan tidak tenang. Dato' Ghazali mendekati Zariq. Tubuh Zariq didakap. Belakang tubuh Zariq ditepuk perlahan.

"Riq tenang okay? Semuanya akan baik-baik sahaja. Kita doa aje semuanya dipermudahkan."

Zariq mengetat pelukan. Dia akhirnya menitiskan air mata. Tak mampu ditahan lagi.

"Zariq tak kuat pa. Dhiya tengah bertarung nyawa dekat dalam. Zariq takut."

Dato' Ghazali meleraikan pelukan. Wajah menantunya itu dipandang. "Kamu kena kuat Zariq! Jangan lemah. Zariq, kamu kena yakin!"

Zariq menghela nafas. Dia kentalkan hati. Aku tak boleh lemah. Aku kena kuat demi Dhiya dan anak aku. Ya Allah kau kuatkanlah isteri untuk lahirkan anak kami.

.

.

.

"Doktor boleh masuk sekarang. Baby dah boleh sambut." seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan itu mengejutkan Zariq. Zariq segera masuk ke bilik pembedahan itu dengan topeng muka.

Semua ahli keluarga Dhiya dan Zariq mengehela nafas lega sebaik mendengar baby sudah mahu dilahirkan.

Sebaik sahaja masuk ke bilik pembedahan itu, Zariq dipanggil oleh doktor Darina untuk menyambut baby. Doktor Darina sengaja memanggil Zariq agar peluang ini bakal menjadi kenangan manis bagi para suami. Beberapa minit kemudian, baby sudah selamat dilahirkan. Tangisan bayi kedengaran di seluruh ruang bilik pembedahan itu. Zariq menitiskan air matanya saat melihat sekujur tubuh yang kecil berada dalam genggamannya.

Mr. Doctor untuk Miss Practical ✔Where stories live. Discover now