Bab 35

30.4K 1.2K 29
                                    

Jam menunjukkan 12 tengah hari. Masa lunch telah tiba. Perut pon dah berkeroncong minta diisi segera. Dhiya menuju ke kafeteria untuk menjamu selera. Tiba2 seseorang memanggilnya dari jarak jauh sambil tangan dilambaikan.

"Dhiya!!" Tania dan Liya berlari anak menuju ke arah Dhiya sambil mendepakan kedua belah tangannya. Pandangan mata orang lain yang memandang ke arah mereka diabaikan.

"Eh, Tania! Liya! Lamanya tak jumpa korang." Dhiya, Liya dan Tania saling berpelukan antara satu sama lain. Amzar dan Syaikal hanya menggelengkan kepala melihat adegan yang berlaku di depan mata mereka. Nak peluk sekali tak boleh. Hesy..

"Korang ni memang drama betulla. Banyak terpengaruh dengan drama la tu." Syaikal ketawa sambil tangan dimasukkan ke dalam poket seluar.

"Biasa la perempuan." Amzar menambah sambil tangan disilangkan. Amzar kini sudah berubah 360° menjadi seorang yang lebih mesra. Dirinya bukan lagi seorang yang pendiam.

"Korang ni busybody je la. Jangan sibuk lah!" Tania memberi jelingan tajam kepada dua orang lelaki di hadapannya.

"Entah, jangan nak mengacau kitorang nak melepas rindu dekat Dhiya. Dah pergi sana. Shuh! Shuh!" Liya berkata sambil tangannya seperti mengusir serta mulut dimuncung seperti itik.

"Ha, takpe-takpe kitorang blah sekarang!" Nada Syaikal seperti tersentap lalu mengacah untuk meninggalkan mereka diikuti dengan Amzar.

"Apa korang ni? Gaduh-gaduh pulak. Aku nikahkan korang nanti baru tahu." Dhiya menggeleng kepala sambil tersengih melihat rakan sekerjanya. Kerinduan terhadap mereka sedikit terubat selepas akhirnya mereka bersatu semula.

"Amboih kau, tahu la kau tu dah kahwin dengan Chief Zariq tapi ni dah lebih sampai nak nikahkan kitorang." Tania berkata sambil berpeluk tubuh. Mentang-mentang dah jadi isteri orang suka hati dia je nak nikahkan orang.

"Ha'ah, tahu la kau tu dah dapat title 'Puan'. Tapi, tak payah la rasa diri tu dah boleh nak nikahkan orang. Kau masih belum layak nak jadi tok kadi tahu." Liya membuat muka menyampah sambil anak mata dilarikan ke atas.

"Weyh.. Jom la makan! Dari tadi asyik tercegat dekat sini je? Perut aku dah berdandut lagu Syantik Gila dah ni!" Sarkastik Syaikal sambil mengusap perutnya. Mereka berempat terhambur ketawa mendengar ayat yang ditutur Syaikal.

"Amboih kau, sejak bila perut kau dah set lagu Syantik Gila? Selalu bobo di mana?" Amzar menambah.

"Sekali sekala apa salahnya?" balas Syaikal. Okay, dua-dua dah wayar putus.

Mereka berlima membawa langkah menuju ke kafeteria untuk lunch. Banyak perkara yang dibual oleh mereka. Naik pening Dhiya untuk menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh mereka kerana mereka masih hairan mengapa Dhiya menyembunyikan identitinya sebagai anak pengarah hospital.

"So, kau tak nak beritahu yang kau anak pengarah hospital sebab kau tak nak diberi layanan istimewa?" soal Tania. Selepas Dhiya selesai memberi penerangan.

"And, aku tak nak jawatan sebagai doktor pakar sebab aku rasa aku tak layak sebab pengalaman yang aku ada belum cukup untuk jadi seorang doktor. Tapi, papa aku tu ha beria-ia nak aku jadi doktor pakar." tambah Dhiya lagi. Semua mengangguk.

"Tapi papa kau kan pengarah hospital ni? So, no hal lah kalau dia nak jadikan kau doktor pakar?" Syaikal berkata sambil tangan disilang.

"Yes, papa aku memang pengarah hospital tapi dia tak boleh sesuka hati je jadikan aku doktor pakar. Macam aku cakap tadi, aku still tak layak untuk jadi doktor pakar. Sebab? Sebab aku masih tak cukup pengalaman dan belum cukup pengetahuan. Faham?" Dhiya menjelaskannya lagi.

"Betul jugak eh? Buatnya kau operate orang sesuka hati kau kang tak pasal2 arwah orang tu. Meringkuk dalam jail kau jawabnya." Syaikal menggeleng kepala sambil tersengih. Semua terhambur ketawa.

Mr. Doctor untuk Miss Practical ✔Where stories live. Discover now