Bab 42

27.4K 1K 17
                                    

Pintu besi  almari yang berwarna koko gelap itu dibuka. Baju kemeja yang tersangkut di dalam almari itu diambil lalu dipakai. Nafas dihela seketika. Memikirkan masalah yang berada di benak fikiran.

"Weyh, asal monyok je?" sergah seseorang yang baru masuk di bilik persalinan itu selepas mereka berdua baru sahaja selesai dari melakukan operation.

"Tak lah, muka aku kan memang macam ni?" sengihan palsu ditayangkan pada Azfar. Zariq mengemaskan pakaiannya.

"Eh, kau takyah nak tipu aku la. Aku bukannya baru kenal kau semalam. Lagi, asal kau selekeh sangat ni? Dengan baju kotor." Azfar memandang Zariq atas bawah. Penampilannya sangat berbeza dari selalunya. Nampak sangat kusut.

Zariq garu belakang tengkuknya. Berfikir-fikir untuk menceritakan hal sebenar atau tidak.

"Aku ada problem sikit." berjeda suara Zariq.

"Problem? Pasal apa? Pasal Dhiya?" tak putus-putus soalan yang dilontarkan oleh Azfar. Zariq mengangguk.

"Kau gaduh dengan Dhiya ke?" tekaan Azfar tepat sekali. Zariq dan Azfar keluar dari bilik persalinan tersebut setelah masing-masing selesai menukarkan pakaian biasa.

Kaki dibawa ke koridor bangunan hospital. Zariq diam sebelum membuka bicara. Azfar bingung dengan keadaan Zariq yang tertekan dengan masalah yang dialaminya. Pasti ada sesuatu yang disorokkan oleh Zariq.

"Dhiya nak aku lakukan operation dekat seorang patient ni." luah Zariq. Sekurang-kurang tenang sedikit hatinya yang dari tadi gusar dengan masalah. Mujur ada juga teman yang menjadi pendengar setia.

"Yang hidap Ateroklerosis tu ke?" teka Azfar. Sudah dia agak pasti ada kena mengena dengan apa yang disoal Dhiya tempoh hari pasal penyakit itu. Tapi apa masalahnya?

Zariq mengangguk.

"Jadi apahalnya? Bukannya kau tak pernah handle patient yang hidap penyakit tu?" kening bertaut. Hairan. Zariq specialist doktor kot?

Keluhan berat kedengaran dari Zariq. "Masalahnya patient yang aku bakal handle tu anak kepada Dato' Nizam." dengan lantangnya Zariq bersuara. Riak wajah Azfar bertukar tidak percaya. Ya, Azfar memang sudah sedia maklum tentang Dato' Faizal.  Sebabnya dulu Zariq dan Azfar sama-sama baru bergelar doktor. Lebih tepat rakan sepasukannya dahulu.

"Dato' Nizam yang dah tuduh kau macam-macam 10 tahun yang lepas? Bapa kepada seorang patient pertama yang pernah kau incharge?" Azfar seakan tidak percaya. Sungguh tidak menyangka Zariq bakal merawat pesakit pertamanya dahulu semula.

"Jadi, betul la apa yang kau cakap dulu tentang penyakit yang patient kau bakal hadapi kalau tak lakukan pemeriksaan dengan lebih lanjut?" Azfar terkejut. Wajah Zariq ditilik.

"Aku tak sangka pesakit pertama yang aku rawat dulu muncul semula. Dan lagi, Dhiya bersungguh-sungguh nak aku rawat semula Nazira tu." fikiran Zariq makin berserabut. Ya, Zariq masih ingat akan nama pesakit yang pernah dirawat olehnya.

"Dhiya tahu pasal latar belakang Nazira? Dia tahu yang kau kenal Nazira?" Zariq geleng. Memang dia tak pernah beritahu Dhiya yang dia dah lama mengenali Nazira.

"Kenapa kau tak beritahu perkara sebenar?" Azfar hairan.

"Aku tak sampai hati. Dhiya memang berharap sangat aku rawat Nazira. Setiap hari dia merayu supaya aku merawat Nazira." Zariq buntu. Mulut bantah sekeras-kerasnya tapi hati luluh dengan rayuan si isteri.

"Tapi, aku rasa kau patut lupakan dengan apa yang berlaku 10 tahun lepas. Kau nak ke si Nazira tu terseksa? Kau nak dia makin teruk ke?"

Zariq diam. Buntu. Perasaannya berbelah bahagi sama ada mahu melupakan peristiwa 10 tahun lepas atau masih menyimpan perasaan amarahnya terhadap  Dato' Nizam.

Mr. Doctor untuk Miss Practical ✔Where stories live. Discover now