Hilman lantas menghampiri pintu rumah itu. Perlahan-lahan Hilman mengetuk pintu rumah. Sesekali, dia menutup wajahnya. Mana tahu, Mikhail masih ada di rumah?

Belum sempat Hilman ingin mengetuk lagi, pintu itu dikuak dari dalam. Terlihatlah figura yang tiba-tiba sahaja menghilang dan langsung tiada perkhabaran. Mata Hilman ralit memerhati Ayra dari atas hingga ke bawah. Perut Ayra juga sudah makin membuncit dan wajahnya yang agak pucat itu menjelaskan semuanya.

"Cari siapa, encik?"

Hilman mencabut mask yang dipakainya dan memberikan senyumannya kepada Ayra. "Hai, Ara."

Aku terkejut. Aku tidak sangka Hilman akan mencariku di rumah ini. Lantas aku mengajaknya untuk duduk di meja kecil di hadapan rumahku. "Macam mana awak masuk?"

Belum sempat Hilman menjawab soalanku, aku terlebih dahulu membidas. "Awak panjat pagar ke?" Ujarku seraya memerhati bajunya yang agak basah.

Hilman mengangguk lembut seraya menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Awak okay tak?"

"Macam yang awak tengok jela."

Hilman memandangku serius. "Kenapa awak hilangkan diri? Telefon awak mana? Saya call tak dapat?"

Aku melemparkan pandanganku ke perkarangan rumah. Sesekali aku menarik nafas yang agak dalam. Entah kenapa aku tidak ingin membuka cerita langsung soal Mikhail. Aku ingin membebaskan mindaku tanpa ada namanya. Namun soalan yang diajukan Hilman membuatkan hatiku berombak-ombak ingin meluahkan segalanya yang terpendam.

"Mikha jahanamkan telefon saya. Laptop saya pun dia ambil. Saya tak ada apa-apa dah nak contact sesiapa. Telefon rumah pun ada beberapa nombor je yang boleh dihubungi. Saya tak tahu nak buat apa lagi. Mikha pun suruh saya buat semua kerja rumah sampaikan saya rasa macam saya ni orang gaji je."

"Kenapa awak tak nak keluar je daripada rumah ni? Awak sanggup ke nak kena seksa lagi."

Aku mengeluh. "Kalau saya mampu, dah lama saya keluar, Izz. Tapi sebab saya tak mampulah, saya redha je. Saya malas nak gaduh dengan dia. Saya pun malas nak sesakkan minda saya dengan benda macam ni. Lagipun, sebelum saya pergi nanti, saya nak anak saya tahu siapa ayah dia."

Hilman menyandarkan badannya di kerusi. "Awak nak anak awak tahu ayah dia jahat ke? Awak sepatutnya keluar daripada sini. Awak boleh duduk dengan ibu awak. Awak pun boleh tinggal dengan Maya kalau perlu."

Aku menggeleng. "Tak boleh, Izz. Saya tak nak susahkan sesiapa. Tak lama je lagi. Empat bulan je, lepastu saya bebas daripada semuanya."

"Awak pernah fikir sesuatu tak, Ara?"

"Fikir? Fikir tentang apa?"

"Fikir yang awak boleh diselamatkan tapi anak awak yang tak boleh diselamatkan. Selama ni, awak cuma set your mind yang awak akan pergi. Tapi sekarang, cuba awak fikir, kalau anak awak yang pergi macam mana? Awak akan bebas daripada semua ni ke?"

Soalan Hilman membuatku terkedu dan mindaku ligat berfikir. Kenapa selama ni aku tak terfikir eh? Tapi...

"Tapi doktor Ameer yang cakap, harapan untuk saya hidup tipis. Peluang untuk anak saya hidup lebih tinggi daripada saya. Jadi, untuk apa saya fikirkan benda yang saya sendiri tak yakin."

"Awak tak boleh bergantung harap pada jawapan Ameer je. Dia cuma doktor dan bukan Tuhan. Awak kena ingat, keajaiban boleh berlaku bila-bila sahaja. Mungkin kenyataan yang awak terima, awak akan mati. Tapi, qada dan qadar yang Allah dah tetapkan untuk awak lain. Kita tak tahu, Ara. Kita tak pernah tahu. Nak tak nak awak kena fikir jugak."

Aku diam lagi. Tak tahu nak balas apa. Tapi aku tabik dengan cara pemikiran Hilman. Cara dia berfikir buatkan aku juga berfikir. Bayangkan kalau yang mati nanti bukan aku, tapi anak aku. Macam mana?

"Dan kalau ditakdirkan bukan awak yang mati, macam mana? Awak akan tetap terikat dengan Mikhail yang perangai dia sendiri pun awak tak faham. Macam tu ke, Ara?"

Belum sempat aku ingin membalas, Hilman terlebih dahulu menjawab. "Saya cuma tak nak awak sedih. Saya pun tak nak awak terseksa macam ni. Tengoklah keadaan awak sekarang ni. Tak terurus macam ni. Awak pun dah lama tak checkup kan? Awak kena checkup, Ara. Awak kena pastikan anak awak sihat. Awak tak boleh macam ni. Sesekali awak kena pertahankan hak awak. Mikha dikira dayus tau layan awak macam ni."

Aku diam lagi. Semua yang dikatakan Hilman benar semuanya.

"Saya tak mampu, Izz. Serius, saya tak mampu."

"Tak mampu atau tak sanggup? Awak terlalu cintakan dia sampai awak tak sanggup langsung nak tinggalkan dia. Tapi awak pun kena tahu sesuatu. Tiada istilah cinta yang menyakitkan. Tiada juga istilah cinta yang mengorbankan. Awak nak korbankan siapa untuk cinta yang awak dambakan? Kalau Mikha cintakan awak, dia tak akan seksa awak macam awak bukan isteri dia."

"Ye, Izz. Saya memang cintakan dia. Saya tak sanggup nak tinggalkan dia. Saya tak sanggup langsung nak buat macam tu. Separuh jiwa saya ada dengan dia, Izz. Yes, I do love him."

Akhirnya, air mataku menitis lagi. Hari ini sudah berapa kali aku menangis. Aku menangis rindukan ibu. Aku menangis rindukan aku yang dulu. Aku menangis rindukan Mikha yang dulu.

Ya Allah..

"Dan awak juga kena tahu. Cinta tidak semestinya memiliki. Kadang kala, cinta harus ditunjukkan dengan melepaskan orang yang kita cintai agar tetap bahagia bersama pilihannya."

"Jangan seksa diri awak dan anak awak dengan lelaki macam Mikha. Awak kena tahu, awak layak bahagia. Anak awak pun rindu nak dengar gelak tawa ibu dia. Anak awak pun tak nak ibu dia sakit. Bayangkan kalau anak awak hidup, dan bila dia tahu selama ibu dia mengandungkan dia, ibu dia sedih, apa perasaan dia? Sedih kan? Jadi saya nak awak happy. Awak kena happy untuk lahirkan seorang bayi yang akan buat awak tersenyum sampai bila-bila."

Hilman memandangku. Memandangku dengan pandangan yang agak mendalam. "Anak awak akan bahagia kalau dia tahu ibu dia bahagia. Dan anak awak akan sedih kalau dia tahu ibu dia sedih. Dan anak awak akan jadi benci pada ayah dia sendiri kalau dia tahu ibu dia sedih kerana ayah dia."

"Saya balik dulu. Ni kad saya, apa-apa awak boleh telefon saya."

Aku menyambut kad itu. "Tolong bagitahu doktor Ameer, saya minta maaf sebab tak dapat datang buat checkup."

Hilman mengangguk. "Kalau pihak hospital ada kirimkan ubat atau vitamin untuk awak, nanti saya hantarkan ye? Saya hantarkan hari yang sama macam saya jumpa awak ni. Tapi kalau boleh, awak keluarlah rumah. Jangan bagi saya panjat pagar lagi."

Kata-katanya membuatkan aku ketawa tanpa sengaja. Hilman memang kelakar orangnya.

"Tapi awak kena janji sesuatu perkara dengan saya ye?"

"Apa dia?"

Ayra SophiaWhere stories live. Discover now