22

3.8K 91 36
                                    

Your husband was accident in front of mosque. Please come.

Telefon yang masih dalam genggaman tanganku terlepas dan menyembah ke permukaan tilam. Perlahan-lahan, air mataku turun membasahi pipi. Perasaanku tika ini bagaikan hampir sahaja jasad dan roh terpisah. Nafasku bagaikan terhenti sejenak setelah bibirku ligat membaca mesej yang tertera di skrin telefonku.

Inikah jawapan yang aku tunggu? Allahurabbi. Lantas aku menggapai tudung dan kardigan lalu mengambil kunci kereta along. Sesekali aku menggerling ke arah jam yang digantung di ruang tamu. 10 pagi? Kelihatan kakak dan adik juga masih berada di depan televisyen sambil menonton kartun.

"Kakak, nanti beritahu papa, maksu pinjam kereta tau. Nak beli barang." Ujarku seraya mencium pipi kakak dan adik.

Kebetulan, ibu pun tiada di rumah. Kelihatan motosikal ibu juga tiada di perkarangan rumah. Mungkin ibu ke pasar? Arr, balik nantilah aku beritahu ibu.

Lantas aku menghidupkan enjin dan menuju ke masjid. Hampir 10 minit, akhirnya aku sampai di hadapan masjid. Jap, tiada pun orang berkerumun dekat sini? Ke orang dah bawa Mikhail ke hospital?

"Err, aku lambat sangat kot?" Ujarku seraya membetulkan posisi beg tanganku di sebelah kiri yang hampir jatuh ke lantai kereta. Aku terpandang ke perkarangan masjid. Terlalu banyak kereta dan sepertinya ada sesuatu berlaku di dalam masjid.

Mikhail?

Allahuakhbar.

Bayangan di mindaku lantas aku tepis jauh-jauh. Tak mungkinlah Mikhail terus dibawa ke dalam masjid? Takkan dengan darah-darah terus dibawa ke dalam? Mungkin ada orang yang sedang gunakan masjid. Yelah, masjid untuk masyarakat kan?

Sekadar berfikiran positif untuk menyedapkan hati sahaja. "Ambil wuduk dulu then solat sunat baru boleh fikir dengan waras." Ujarku seraya mengambil beg tangan dan keluar dari kereta. Seusai mengunci kereta, perlahan-lahan aku melangkah ke perkarangan masjid. Mujur sahaja kepalaku tidak pening ketika memandu tadi.

Sesekali mataku mengerling ke arah dalam masjid. Oh, ada majlis nikah. Patutlah banyak kereta tadi. Sedang aku melihat tetamu yang hadir, mataku tertangkap pada pengantin lelaki yang sedang menghadap ke luar masjid. Tetapi wajahnya dilindung oleh badan tok kadi yang membelakangi aku. Err, asal macam familiar eh?

Baru sahaja aku ingin meneruskan langkah untuk masuk ke bahagian solat wanita, telingaku menangkap perbualan tetamu yang sedang melangkah masuk.

"Hensemkan pengantin lelaki tu? Muka dia tu buatkan aku nak jodoh macam dia jugak!" Ujar perempuan yang memakai tudung berwarna kuning cair.

"Well, bakal suami Zahra mestilah hensem. Dah dia cantik, suami dia mesti hensem jugak." Balas perempuan yang memakai dress berwarna kuning kehijauan.

Zahra?

"Kau nak tahu tak apa nama pengantin lelaki tu?" Kata perempuan yang memakai dress kuning kehijauan itu.

Perempuan yang memakai tudung itu mengangguk lembut dengan muka terujanya. "Nama dia Danish Mikhail."

Bash! Dan automatik beg tanganku jatuh menghempas ke tar. Kepalaku juga pening dan tekakku mula bekerja lebih masa. Lantas aku mencapai beg tanganku dan berlari masuk ke dalam untuk mengeluarkan isi perutku.

Allahuakhbar. Allahuakhbar. Kenapa Mikhail sanggup buat aku begini? Kenapa? Dia dah tak sayangkan aku? Dia dah tak sayangkan anak kami? Dia benci ke dengan baby ni?

Seusai itu, aku melangkah ke bahagian solat wanita. Niat di hati, ingin sahaja aku hamburkan tangisku di sini, namun aku kena kuat. Lantas, aku melangkah ke sudut belah kanan. Perlahan-lahan, tirai itu aku selak ke kanan dan kelihatan wajah Mikhail yang seperti tidak sabar untuk melafazkan ijab dan kabul. Wajahnya kelihatan berseri hari ini dan kelihatan lebih hensem daripada biasa.

Ayra SophiaWhere stories live. Discover now