21

3.7K 61 7
                                    

Seperti yang dijanjikan ibu, tengah hari itu along datang mengambilku. Perkara pertama yang disebut adalah,

"Dah gemuk adik along ni. Ada apa-apa ke?" Sengih along seraya menolongku membukakan pintu kereta.

Aku tilik diri aku. Nampak biasa je? Nampak kurus je? Lalu aku pandang ke sebelah kiri, aku tilik badan along pula. Kalau dulu, along kurus. Tapi sekarang badannya semakin membesar. Ops, bukan gemuk tapi lebih kepada sado. No wonder..

"Puas dah tilik along? Along tahu along makin sado. Sebab sado nilah kak Rya jatuh cinta." Along menyelak rambutnya dan kemudian menayangkan muka belagak.

Aku sekadar menjeling dan menerobos masuk ke dalam kereta along. Masuk sahaja aku dah rasa mual di pangkal leher. Aduh baby, jangan meragam sekarang.

Aku cuba menahan mual di kerongkong namun gagal. Lantas aku keluar dari kereta dan berlari menuju ke sinki belakang. Mujur sahaja sempat keluarkan isi ke sinki. Kalau tidak, jemu aku nak membasuhnya.

"Uwekk."

Along yang aku kira masih berada di dalam kereta, kini berada di sampingku. Riak wajahnya cemas. Tapi itu pada mulanya sahaja. Setelah itu, senyuman gatal menghiasi bibirnya.

"Apa?"

Aku dah agak dah. Dia memang ada je akal nak usik aku. Ee..

"Ara mengandung kan?"

Cepat-cepat aku menggeleng. Aku nak bagi kejutan untuk keluarga. Kalau aku bagitahu sekarang mahunya kena bantai gelak oleh along.

"Tipu. Along tahulah Ara mengandung. Dulu kak Rya pun macam Ara lah. Mual-mual bila masuk kereta. Haaa along faham sekarang. Patutlah Ara tak nak drive pergi rumah ibu. Rupanya..." Senyuman sinis diberi buatku.

Aku menjelingnya tajam. Malas nak layan. Kalau aku layan pun, aku tetap kalah. Lalu aku melangkah kembali menuju ke kereta along. Baru sahaja aku ingin meneroboskan diriku ke dalam, along menahanku.

"Kejap."

Diambil botol kecil di dalam keretanya dan diberi padaku. "Sapu dulu minyak angin kat kepala tu. Masuk je kereta, jangan gatal nak lilaukan mata. Duduk diam-diam dan pejamkan mata. Jangan buka mata selagi tak sampai rumah ibu. Kalau tak nanti Ara mual lagi. Habis kereta along."

Tekun sahaja aku mendengarnya. Dengar sahaja barisan ayat di belakang sekali, aku kembali mencebik. Tengok tu! Ada je nak usik aku.

"Dah." Ujarku seraya memberi kembali minyak itu kepada along.

Masuk sahaja dalam kereta, aku ikut pesanan along yang panjang lebar itu. Mata dipejam rapat dan menyandarkan kepalaku menghadap along.

"Berapa bulan dah?"

Hmm?

Dengan mata terpejam, aku bukakan mata dan memandang along.

"Aih, along kata apa? Pejam mata tu. Just jawab guna mulut bukan guna mata."

Eeeeee. Nasib aku pening kepala sekarang ni. Kalau tak, memang kena cubit dengan aku.

"Berapa bulan apanya?" Soalku kembali. Tiba-tiba otakku blur pula.

Along gelak. Dengki tau dia ni. "Ara kan mengandung. Berapa bulan dah?"

"Bilanya Ara mengandung? Memandai je along. Ara cuma kurang sihat je hari ni." Ujarku bersahaja. Mata dipejam rapat dan sesekali ingin sahaja aku membuka mata. Tak selesa bercakap tanpa melihat empunya suara yang menyoal. Namun, aku pula malas nak dengar along membebel. Jadi, aku ikutkan sahaja katanya.

"Kalau Ara tak nak mengaku, along bagitahu ibu yang Ara dah mengandung tapi tak nak bagitahu keluarga."

Aku dah agak. Dia kalau tak dapat jawapan, mesti ugut yang digunakan. Kalau tak ugut tak boleh ke? Ingatkan dah jadi bapak orang, semakin matang. Rupanya masih sama macam dulu.

Ayra SophiaWhere stories live. Discover now