24

4K 90 19
                                    

Mujur sahaja, kandunganku tidak apa-apa. Cuma berlaku sedikit pendarahan dan aku telah dibenarkan pulang. Sebaik sahaja sampai di rumah, aku mulai menyendiri dalam bilik. Ketukan pintu aku biarkan sahaja. Bukan malas mahu melayan, tapi aku tak tahu apa aku kuat ketika berhadapan dengan ibu.

Seminggu sudah berlalu dari kejadian itu. Panggilan serta mesej dari Mikhail aku biarkan sahaja. Kadang kala, hati aku ingin sekali mendengar suaranya, dan ingin sekali mendengar perkataan maaf dari bibirnya namun kejadian tempoh hari menjelma di mindaku, semua niat itu aku hapuskan serta merta.

Sudah hampir seminggu aku kurungkan diri aku dalam bilik. Puas ibu memanggilku untuk bertanya namun tidak aku endahkan. Mujur sahaja along tidak memberitahu ibu tentang apa yang dia lihat. Mujur sahaja along memahami aku.

"Ara? Boleh along masuk?" Ujar along di balik pintu. Aku tahu, alonglah satu-satu yang boleh aku luah apa yang aku rasa. Hanya dia sahaja yang memahami aku tika ini.

"Masuklah." Ujarku seraya mengesat air mataku yang sedari tadi asyik mengalir.

Along melangkah menuju ke arah aku dan kemudiannya melabuhkan punggungnya di hadapan aku. Along memandangku seraya menggelengkan kepala. Mungkin dia tak percaya yang berada di hadapannya ini ialah adiknya.

"Ara tahu tak, Ara dah makin kurus. Muka pun pucat je. Tak sayang pada baby ke?"

Aku mendengus. "Sayang baby? Anak Mikhail? Ara tak nak baby ni. Biarlah Ara tak ada anak pun, janji Ara tak nak ada anak dengan dia."

Along mengenggam tanganku. "Along tahu, Ara benci Mikhail. Tapi, baby tu anak Ara. Ara sendirikan nak anak? Along dah kata, bagi along uruskan Mikhail tu, Ara tak bagi. Ara kata biarkan dia. Sampai bila, Ara? Sampai isteri kedua Mikhail tu mengandung baru Ara nak jumpa Mikhail?"

Kata-kata along menyentakku. Tak dapat aku bayangkan jika kata-kata along menjadi nyata. Elly mengandungkan anak Mikhail dan aku juga. Allahurabbi, pedihnya rasa.

"Mesti Ara tak nak semua tu jadi kan? Jadi, kenapa Ara nak menyendirikan diri? Ibu risau tahu tak? Ara dahlah mengandung lepastu makan pun jarang-jarang. Hari tu, baru je pengsan sebab stres. Kali ni, Ara nak dengar berita dari doktor pulak ke? Nak dengar berita yang anak Ara tak dapat diselamatkan dan Ara takkan boleh mengandung lagi? Nak? Kalau rasa tak sayang pada diri sendiri, sayanglah pada anak tu. Anak tu anugerah Allah. Sampai bila nak menidakkan takdir Allah?"

Aku tahu, aku tak sepatutnya pentingkan diri sendiri. Aku kena fikir pada nyawa dalam kandunganku. Kasihan dia, kalau dia pergi sebelum sempat melihat dunia kerana perangai mamanya yang macam budak-budak.

Lantas aku peluk along. Satu-satunya abang yang sangat memahami adiknya. Terima kasih, along.

"Makan sikit ye?" Ujar along seraya menunjukkan sesudu nasi padaku. Aku angguk dan along menyuapku makan.

"Sedap?" Soal along. Cara along sama macam cara Mikhail suapkan aku makan ketika aku sakit. Allahuakhbar, aku rindu. Tanpa sedar, titisan air mata kian mengalir.

Along meletakkan pinggan dan memelukku erat. "Shh, tak perlu fikir pasal orang yang dah lupakan kita. Sekarang, Ara fikir pasal diri Ara dengan anak tu dulu. Pasal Mikha, biar along settle."

Aku terus mendongak dan memandang along. "Tak, along takkan pukul dia. Along cuma nak settle baik-baik dengan dia. Okay? Sekarang kita makan dulu ye?"

Aku angguk. Aku tak kisah sama ada along nak pukul Mikhail ataupun tidak. Aku dah tak kisah. Cuma sekarang, perasaan rindu aku pada dia, semakin membuak-buak. Aku rindu nak jumpa dia. Aku rindu dengan semua kenangan aku dengannya. Kenapa dengan aku ni?

Ayra SophiaWhere stories live. Discover now