Chapter 1

2.5K 187 28
                                    

BAM!

Йой! Нажаль, це зображення не відповідає нашим правилам. Щоб продовжити публікацію, будь ласка, видаліть його або завантажте інше.


BAM!

"Laura! Apa benda yang jatuh tu?" Puan Maria menjerit dari tingkat bawah. Risau mula bertandang di hati apabila terdengar bunyi jatuh dari tingkat atas.

Bunyi tapak kaki yang sedang lari kedengaran. Muncul seorang gadis dengan rambut yang serabai. Satu sengihan dipamerkan buat Puan Maria.

"Sorry, ma. Laura jatuh tadi." Laura memohon maaf seraya sengih dan dua jarinya diangkat. Peace!

Puan Maria menggeleng kepalanya perlahan lalu mengusap dadanya. Satu helaan nafas dilepaskan dengan perasaan lega. Haih, budak bertuah ni.

"Haih kamu ni buat mama risau je. Macam mana boleh jatuh?" soal Puan Maria dengan masih kerisauanya sebagai seorang ibu. Sudip di tangannya masih digenggam erat.

Laura menggaru kepalanya yang tidak gatal dengan satu sengihan melebar.

"Laura erm... err... panjat kabinet sebab nak tangkap cicak untuk Lilo." Laura terus menunduk kerana risau Puan Maria bakal memarahinya. Kedua tangannya digenggam erat.

"Astaghfirullah al azim! Berapa kali mama nak kena pesan ni? Laura tu perempuan, sayang. Bahaya tau main panjat macam tu lainlah kamu tu ada kuasa spiderman nak melekat kat dinding! Buat apa kamu nak bagi cicak kat Lilo?" Puan Maria mula membebel sambil sudip di tangannya mula gerak ke sana ke sini di awangan. Fuh, bahaya kalau terkena kat kepala orang ni.

"Sorry, mama. Laura saja nak takutkan Lilo. Yalah, Lilo kan takut dengan cicak." Mulut Laura memuncung tanda merajuk.

"Dah tu, kamu dapat tak cicak tu?" Tertanya juga sama ada anak nakalnya ini dapat cicak tu?

"Dapat! Mama nak tengok? Laura ada simpan dalam bekas tadi. Jap, Laura ambil!" Baru sahaja Laura mahu mula melangkah.

"No! Never! Mama tak nak! Eee geli tahu tak, Laura? Kamu main je cicak tu dengan Lilo. Lepas main, buang! Jangan ada bangkai cicak pula." Bebel Puan Maria lalu masuk ke dapur semula. Laura hanya melihat Puan Maria pergi sehinggalah bayangnya hilang.

Laura tersenyum. Bebel dan marah macam mana pun Puan Maria terhadap dirinya, tetap Puan Maria sayangkan dia. Anak kesayanganlah katakan. Laura berjalan riang ria menuju ke kawasan rehat di tingkat atas untuk mengambil bekas cicak yang ditangkapnya tadi.

"Hmm... mana Lilo eh? Lilo! Lilo! Lilililili Lololololo! Lilo!" Laura mencari Lilo yang gebu itu. Pasti Lilo akan meraung apabila nampak cicakman ini. Laura tersengih jahat. Hehehe.

Kaki Laura mula melangkah di kawasan lapang banglo keluarganya. Menjadi kebiasaanya Laura tidak memakai selipar atau kasut apabila berjalan di luar kawasan rumah kerana dia suka memijak rumput yang sungguh lembut.

"Lilo! Janganlah main sorok-sorok! Laura penat tau cari! Laura ada hadiah untuk Lilo!" Jerit Laura sambil matanya dicerlungkan setiap sudut untuk mencari si Lilo.

H1| The Noble PrincessWhere stories live. Discover now