Chapter 4

597 70 5
                                    

RIUH rendah teratak Encik Yasser kerana mulut murai Laura. Tidak henti dia merengek kepada Encik Yasser dan Puan Maria. “Laura nak ikut!”

“Tak boleh, Laura. Papa dengan mama ada urusan penting. Lagipun, kitaorang keluar sekejap je. Pukul sembilan malam nanti kitaorang balik. Laura duduk rumah elok-elok. Pembantu kita dah bali.” Puan Maria memujuk anaknya.

Laura memuncung. Masam wajahnya. Dia terlalu bosan duduk di rumah dan apabila kedua orang tuanya mahu keluar, dia turut mahu ikut.

“Tapi mama...”

Kali ini Encik Yasser memandang ke arahnya. “Duduk rumah, sayang. Apa-apa nanti call papa okey? Papa dengan mama dah lewat ni.”

Dengan bibir memuncung, Laura mengangguk kepala. Memang dia tiada pilihan lain kalau papa dengan mamanya memang tak mahu bawa dia. Entah urusan apa yang penting sangat pun dia tidak tahu.

“Good. Anything call okay? Kunci pintu semua. Take care.” Puan Maria mengucup dahi anaknya dengan penuh kasih sayang.

Encik Yasser memeluk anaknya dan mengucup pipi Laura. Entah mengapa, saat ini jantung Laura berdegup kencang. Baru Puan Maria dan Encik Yasser mahu masuk ke dalam kereta, Laura berlari ke arah mereka. Tubuh kedua orang tuanya dipeluk erat.

“Balik cepat tau, Laura bosan duduk rumah seorang. I love you.” Pipi Puan Maria dan Encik Yasser dia kucup.

“We love you more, Laura. Lepas habis urusan, kami terus balik. Take care, my little princess.”

Kemudian, Laura memandang kereta Alphard berwarna hitam yang dipandu oleh pemandu keluarga Encik Yasser berderum keluar dari perkarangan rumah. Pagar automatik tertutup sendiri.

+++

“NO!”

Air matanya mengalir laju. “Ple... pleaseee don’t leave me alone!” Kepalamya menggeleng laju bersama juraian air mata.

“Mama! Papa!” jerit Laura. Serentak dengan itu, sepasang mata Laura yang terkatup rapat terus terbuka luas. Dia melihat sekeliling. Televisyen masih terpansang dan ruang tamu masih sunyi. Lilo si bulus elok tidur terkangkang di atas karpet.

Jam yang tergantung di dinding, Laura kerling. Pukul sepuluh malam. Serta merta jantung Laura berdegup sangat laju. Dadanya tiba-tiba terasa sesak. Telefonnya dicapai lalu mendail berkali-kali nombor telefon mama dan papanya.

Masuk voicemail. Laura cuba berkali-kali namun hasil tetap sama. Hatinya tidak tenang selagi tidak dapat dengar suara kedua mama dan papanya.

Baru dia hendak menelefon pemandu Encik Yasser tiba-tiba skrin telefonnya menyala. Terpapar nombor tidak dikenali sedang menghubunginya. Ibu jarinya terketar-ketar untuk menggesek ikon hijau. Telefon dilekapkan pada telinga.

“He... Hello?”

“Ini Cik Laura Audrey ke?”

“Ya, saya. Boleh saya tahu ni siapa?” Dengan bergetar, dia bertanya.

Dan, kata-kata suara lelaki selepas itu membuat dunia Laura bergegar dengan maha dasyat. Petir berdentum seakan berlawan di langit nan hitam. Tangkai hatinya bagai direntap dengan kasar. Rohnya bagai mahu lari dari tubuh badan.

+++

SEPASANG kaki berlari tidak cukup tanah. Keadaannya yang basah lencun langsung tidak dipedulikan. Orang ramai memandang pelik ke arahnya pun langsyng dia tidak hiraukan. Bibirnya terkumat kamit menyeru dua nama. Air matanya tidak berhenti merembes.

“Mama... papa...”

Selepas mendapat tahu keberadaan mama dan papanya. Dia berlari menuju ke arah seorang lelaki berjubah putih dengan steteskop yang tergantung di lehernya dalam hujung 20-an. Lelaki itu sedang berbual dengan seorang jururawat.

“Dok... Doktor...” Lelaki itu berpaling menghadap Laura.

“Cik Laura?”

Laura tidak mengiyakan mahupun menidakkan. Dia terus menerkam ke arah doktor tersebut. “Macam... macam mana dengan mama dan papa saya? Mana diorang? Mama dan papa saya? Ma... mana diorang?” Kedua tangannya mencengkam kolar doktor tersebut.

“Bawa bertenang, Cik Laura.”

“Macam mana saya nak bertenang kalau mama dan papa saya kemalangan?! Bagitahu saya... macam mana saya nak bertenang?!” tempik Laura. Jururawat yang mahu menghalang Laura dari terus menggertak doktor tersebut dilarang oleh doktor itu.

Doktor Irsyad memegang pergelangan tangan Laura. “Keadaan Encik Yasser dan Puan Maria sangat kritikal. Mereka terpaksa ditahan dalam ICU buat masa ini. Dan...”

Tika ini, Laura merasakan skru lututnya longgar. Bila-bila saja dia akan rebah. “Dan... apa?”

“Peluang untuk mereka sedar amat tipis.” Serentak dengan itu guruh berdentum dengan dasyat. Dapat didengari hingga ke dalam hospital. .

Laura hampir rebah namun sempat disambut oleg Doktor Irsyad. “Cik? Cik Laura? Nurse, sediakan bilik kosong segera.”

Laura yang dalam keadaan lemah dipangku oleh Doktor Irsyad. “Mama... papa...” Tanpa berlengah, Doktor Irsyad membawa Laura ke bilik yang kosong.

“Doktor... mana mama? Papa?” soal Laura dengan nada perlahan dan sangat lemah.

“Calm down, Laura. You must be a strong daughter for your parents.”

“Mama... papa...”

Seketika Laura mula pejam mata. Doktor Irsyad meletakkan dia ke atas katil. Seorang jururawat membantunya. “Tukar kan baju dia dengan cepat. Dia boleh kena demam dengan baju basah macam ni,” arah Doktor Irsyad.

Belum sempat Doktor Irsyad melangkah pergi tangannya digenggam seseorang. Dia berpaling memandang Laura yang mati pejam mata.

“To... tolong selamatkan... mama... dan papa.” Air matanya mula mengalir laju.

Doktor Irsyad mengenggam tangan Laura, “I can’t promise that. But, please be strong.”

Selepas memujuk Laura, Doktor Irsyad melangkah keluar dengan keluhan panjang. Dua pesakitnya yang terlibat dalam kemalangan tadi benar-benar mengejutkannya kerana pasangan itu pernah membantunya suatu ketika dahulu.

Keadaan Encik Yasser dan Puan Maria sangat parah dan dia tak mampu nak ungkapkan kata itu kepada Laura. “Doktor.”

Doktor Irsyad memandang jururawat yang membantunya tadi ketika merawat pesakitnya itu. “Oh, Tihah. Kenapa?”

“Kasihan saya tengok anak pesakit kemalangan tu. Dari tadi dia meracau. Doktor nak buat apa sekarang? Maksud saya... mangsa kemalangan tu?”

Doktor Irsyad mengeluh, “Tak ada yang saya boleh usahakan lagi. Pembedahan tu berjaya cuma peluang untuk sedar tu amat tipis. Kondisi mereka sangat teruk dan bila-bila saja mereka akan...”

Tihah menunduk, “Meninggal dunia. Kan?” Doktor Irsyad mengangguk.

Dan... dia tak mampu untuk beritahu perkara itu kepada Laura.



To be continued...




H1| The Noble PrincessDove le storie prendono vita. Scoprilo ora