Chapter 6

472 55 9
                                    

MAYA menyelimutkan tubuh Laura yang sudah berdengkur halus. Laura masih ditahan wad memandangkan kesihatannya masih belum pulih sepenuhnya. Lagipun, lebih baik dia disini kerana mudah untuk dia menjenguk Encik Yasser dan Puan Maria serta ada doktor dan jururawat dapat memantau keadaannya.

Selepas memastikan Laura benar-benar lena, Maya angkat punggung dan keluar. Pintu ditutup dengan rapat. Irsyad yang baru habis memeriksa pesakit lain mendekatinya.

“Laura dah tidur?”

Maya mengangguk.

“Hari ni dia macam mana?” tanya Irsyad.

Maya hela nafas panjang. “Macam tu jelah, Abang Syad. Menangis, meracau kadang-kadang dia termenung lama je.”

Irsyad pula hela nafas. “Maya kena sentiasa ada dengan dia. Jangan tinggalkan dia seorang diri. Bahaya. Sebab keadaan dia macam tu, kita tak tahu mental dia macam mana.”

Maya mengangguk faham. “By the way Abang Syad, keadaan mama dan papa Laura okey ke? Tak ada ke apa-apa cara boleh buat...”

“No, Maya. Tak ada. Kita hanya mampu berdoa yang baik-baik je.”

Sepi menguasai suasana di antara mereka. Irsyad menjenguk Laura dari pintu. Maya berdiri sandar pada dinding.

“Abang Syad.”

Irsyad menggumam. Matanya langsung tidak dikalihkan dari terus memandang Laura.

“Laura is too precious.”

Sesaat Irsyad memandang adik sepupunya itu. Dia tidak faham. Namun, masih menanti kata-kata Maya seterusnya.

“Dia terlalu berharga. Abang Syad tahu tak, Laura tak dapat sambung belajar kat luar macam orang lain. Uncle dan aunty terlalu protective dan bagi dia private class kat rumah je. Dia tak dapat capai cita-cita dia sebab uncle tak benarkan.”

“Why?” soal Irsyad. Pelik. Mengapa Encik Yasser dan Puan Maria terlalu mengongkong kehidupan Laura?

Maya senyum segaris. “Laura cakap, uncle bagitahu dia yang dunia luar terlalu bahaya untuk dia. Maya cakap dia berharga sebab tiada seorang pun macam dia wujud dalam dunia ni. Dia membesar dengan kucing gemuk dia dan manja sangat. Dia periang. Tak pernah la Maya nampak dia marah, menangis semua tu.”

Sepi.

Irsyad sedang memahami setiap kisah Laura yang diceritakan oleh Maya.

“Sampailah saat ini... uncle dan aunty kemalangan dan koma. Maya dah tak nampak senyuman dia. Wajah ceria dia macam hilang bagai debu ditiup angin. Dia berubah. Maya rindu... Maya rindu Laura yang dulu.” Sesekali Maya mengesat air matanya.

“Uncle dan aunty mesti sedih kalau tahu keadaan Laura sekarang ni. Jadi... Maya merayu kat Abang Syad... tolong dia. Tolong sembuhkan uncle dan aunty.” Maya menekup wajahnya dengan kedua belah tapak tangannya.

Tangisan Maya dan kisah Laura membuatkan pupuk mata Irsyad basah. “Sorry Maya. Abang tak boleh janji.”

“Maya tak boleh bayangkan kalau uncle dan aunty akan 'tinggalkan' Laura suatu hari nanti. Kalau sekarang keadaan dia macam ni, nanti mesti lebih teruk kan?” Kali ini Maya memandang sepasang mata Irsyad.

“Jangan fikir macam tu, Maya. InsyaAllah, suatu saat nanti Encik Yasser dan Puan Maria akan sedar dan sihat seperti dulu. Jangan berhenti berdoa. Faham?”

Maya mengangguk.

Seseorang mencuri dengar perbualan mereka berdua. Air matanya merembes, namun dia cuba tahan dari buat sebarang bunyi. Dia tak mahu sesiapa merisaukan dirinya. Dia tak boleh bayangkan hidupnya jika Encik Yasser dan Puan Maria benar-benar akan meninggalkannya suatu hari nanti.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 19, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

H1| The Noble PrincessWhere stories live. Discover now