Chapter 5

639 75 13
                                    

MATANYA cuba dibuka luas. Suasana yang sunyi dan siling yang putih membuat dia sedar di mana dia sekarang. Perlahan-lahan dia duduk dari pembaringan.

Kemudian, matanya terbuntang luas apabila teringatkan kedua mama dan papanya. “Mama! Papa!”

Kelam kabut Laura mahu turun dari katil dan pintu bilik ditempatkannya ditolak dari luar. Maya.

“Laura? Kau dah sedar?” Maya terus merempuh ke arahnya.

“Eh, kau nak pergi mana ni?” tanya Maya dengan riak risau.

“Mama dan papa aku...” Baru saja Laura mahu memakai selipar, tubuhnya dihalang oleh Maya.

Maya menggeleng. “Kau kena rehat sekarang ni, Laura. Keadaan kau lemah.”

“No, Maya! Keadaan aku langsung tak penting sekarang ni. Mama dan papa aku... diorang... kemalangan! Kau nak aku duduk sini macam tak ada apa-apa yang berlaku? Mama dan papa aku... they need me!” Pantas tubuh Maya ditolak kasar. Baru dia mahu mencapai tombol pintu, Doktor Irsyad muncul.

“Cik Laura nak pergi mana?” tanya Doktor Irsyad lembut.

Laura mencerlung ke arah Doktor Irsyad, “Mama dan papa saya... diorang okey kan? Diorang dah sedar kan? Diorang...”

“Cik Laura kena rehat.”

“Answer me, Doctor! Saya ni tak penting! Saya sakit atau tidak, itu semua tak penting sekarang ni. Mama dan papa saya lebih penting!” Laura bengang. Mengapa semua orang mahu dia berehat? Dia dah cukup rehat. Dan, dia mahu bertemu dengan Puan Maria dan Encik Yasser.

Malas mahu menghadap Maya dan Doktor Irsyad, dia buka langkah besar.

“Your parents...”

Kedua kaki Laura kaku dan tidak bergerak. Menanti kata-kata Doktor Irsyad seterusnya.

“Laura... saya sepatutnya bagitahu semalam tapi keadaan awak tak mengizinkan saya.”

Jeda.

“Mereka mungkin tak akan sedar seketika atau beberapa tempoh masa yang tak pasti. Pendek kata, koma.”

Laura jatuh terduduk di hadapan pintu. Maya terus menerpa ke arahnya dan memeluk tubuh Laura. Erat.

Laura jatuh ke dalam pelukan kawan baiknya. Dia menghamburkan tangisannya disitu. “Ma... Maya...”

“Mama dan papa aku...”

“Maya, pastikan dia makan dan rehat secukupnya.”

Maya memandang Doktor Irsyad merangkap abang sepupunya. “Okey, Abang Syad.”

“Nak jumpa mama dan papa,” rengek Laura.

“Lepas kau sihat, kau jumpa. Okey?”

“No! Aku nak jumpa sekarang! Laura cuba bangun dan gagahkan dirinya. Baru selangkah.”

“Are you lost your mind, Laura Audrey?! Nak jumpa parents awak dalam keadaan macam ni? Apa, awak ingat lepas awak jumpa diorang akan bangun dan peluk awak? Get some rest!” Doktor Irsyad menempik. Geram dengan kedegilan Laura.

Laura senyum sinis.

“Yes, i'm crazy. Saya gila, sebab mama dan papa saya kemalangan! Mereka koma. Saya gila! Saya gila! Pernah ke awak rasa di tempat saya, Doktor? Pernah ke parents awak kemalangan? You know what...”

Laura merapati Irsyad.

“Kalau diorang mati, saya juga mati. I have nobody else if they leave me alone in this cruel world!” Bisiknya dengan air mata berjuraian.

H1| The Noble PrincessWhere stories live. Discover now