Bab 5: Setahun Kemudian

184 8 0
                                    

Bab 5

Setahun kemudian..

"SELAMAT datang!"

Qaisya menyambut pelangannnya dengan senyuman manis terukir di bibir. Ya, buanglah Airis Qaisya ke mana pun. Pasti dia akan hidup dan tersenyum juga. Berilah apa jenis dugaan sekali pun. Pasti dia akan bangkit juga dan teruskan hidup. Begitulah hidup Qaisya selepas setahun mama dan papa meninggal dunia. Dan, Naira hilang tanpa khabar. Namun, Qaisya masih mampu tersenyum.

Dia hanya berpura-pura bahagia kerana hanya itu yang mampu dia lakukan. Selepas Naira pergi, mama dan papa pula meninggal dunia, tidak ada lagi yang tersisa untuknya dalam kehidupan ini. Dua bulan selepas kematian mama dan papa, Qaisya terpaksa menguruskan harta peninggalan keluarganya supaya dapat melunaskan hutang-hutang bank Encik Rahman dan Puan Sarimah.

Duit pampasan insurans dia gunakan untuk membayar baki hutang kereta Vellfire milik papa. Qaisya berjaya membayar semua hutang papa dan mama dengan bank menggunakan wang pampasan yang diperolehi daripada syarikat insurans. Tetapi, wang itu tidak cukup untuk membiayai yuran pengajiannya yang masih berbaki dua semester. Qaisya terpaksa mencari kerja separuh masa di kafe berdekatan untuk menampung yuran pengajian ijazah sarjananya.

Baru setahun mama dan papa meninggal dunia, hidup Qaisya sudah tunggang terbalik. Itulah padahnya apabila dia terlampau bergantung harap pada mama, papa dan Naira sewaktu mereka masih ada. Bulan-bulan pertama dia bekerja di kafe itu, Qaisya masih mampu untuk menampung belanja bulanannya. Walaupun sering membayar yuran sedikit lambat berbanding kawan-kawan yang lain, Qaisya masih tetap bekerja keras untuk mencari wang.

Qaisya masih lagi mengukir senyuman. Berpura-pura gembira saat mengambil pesanan daripada pelanggan yang baru masuk. Kemudian, dia bergegas menyediakan pesanan pelanggan itu pula. Saat dia kembali ke kaunter untuk memberikan kopi yang dipesan, Qaisya akhirnya tersenyum manis saat melihat ada Kamelia yang sedang beratur. Tiba giliran Kamelia, gadis itu mula melihat menu yang tertera di hadapan kaunter.

"Satu iced Americano dan boleh ke saya nak bersembang dengan kawan saya ni sekejap?" tanya Kamelia sambil mengenyitkan mata.

Qaisya tergelak kecil dan menggeleng tidak percaya. Dia memerhatikan Kamelia yang pergi duduk di meja. Qaisya bergegas menyiapkan pesanan Kamelia sebelum mengatur langkahnya ke meja Kamelia. Dia meminta rakannya untuk menggantikan tugasnya di kaunter sekejap supaya dia dapat berbual dengan Kamelia untuk beberapa minit. "Here you go," kata Qaisya sambil meletakkan iced Americano yang dipesan Kamelia tadi di atas meja.

"Kau apa khabar, Sya?" Kamelia menanya sambil menghirup minumannya.

"Mel, kita baru aje jumpa dekat kelas semalam." Qaisya tertawa kecil.

"Aku tahulah. Tapi, itu semalam. Hari ni aku tak jumpa kau lagi. Lagi pun, kau nampak macam tak fokus dekat kelas. Banyak ponteng juga," ujar Kamelia dalam nada perlahan. Dia risau melihat keadaan Qaisya sebenarnya. Sejak orang tua Qaisya meninggal dunia, Qaisya seperti sudah hilang arah.

"Aku kena kerja, Mel. Untuk biaya yuran pengajian aku. Ingat murah ke nak habiskan post-graduate study ni? Duit insurans mama dan papa pula dah habis aku guna untuk bayar hutang-hutang bank."

"Aku faham, Sya. Tapi, aku risaukan kau.."

"Aku okey aje, Mel. I promise you, I'm fine."

Qaisya mengeluh berat. Pengajiannya di kolej hanya berbaki dua semester saja lagi. Kalau bukan kerana mama dan papa yang hendak melihat dia genggam segulung ijazah sarjana, Qaisya sudah pasti mengalah. Dia tidak sanggup hendak menyambung pengajiannya di saat kewangannya sekarang tidak kukuh. Wangnya banyak dihabiskan untuk membayar hutang. Kini, dia hidup kais pagi makan pagi saja. Tidak seperti dahulu yang mewah serba-serbi.

Setelah Kita Bertemu [ TERBIT ]Where stories live. Discover now