Part 7

7.7K 391 1
                                    

Setelah diberi kebenaran oleh Miss Ji Hyo, mereka bertiga menuju ke pokok besar yang ditunjukkan oleh Tiffany sebentar tadi.

"Wow! besarnya pokok ni. Kalau nak tebang pokok ni mesti susah" Kata Tiffany dalam keadaan teruja

"Ya lah. Besar"Kata Jessica sambil merakam video

"Agak-agaknya berapa umur pokok ni ya?"Tanya Taeyeon

"30 tahun rasanya" Balas Tiffany sambil memegang dagunya

"Aku rasa tak mungkin 30 tahun besar macam ni. Maybe 70 tahun ke atas" Balas Jessica

"Baiklah pelajar kumpulan 3, sila berkumpul disini. Kita perlu pergi ke tapak perkhemahan sekarang" Kata Miss Ji Hyo

"Alah. Cepatnya. Sekarang jam berapa?"Tanya Tiffany

"Jam 6.40 petang"Balas Taeyeon sambil melihat jam tangan berwarna putih di pergelangan tangan kirinya

"Hmm.. Cepatnya masa berlalu"Kata Jessica sambil berhenti merakam video

Setelah Miss Ji Hyo mengira jumlah pelajar. Mereka bergerak ke tapak perkhemahan seperti yang diarahkan

*****************

"Pelajar sila berikan perhatian" Kata Miss Yuri

"Seronok tak tadi?"Tanya Miss Sunny kepada para pelajar yang menyertai aktiviti perkhemahan di Gunung Bukhan

"Seronok" balas para pelajar.

"Baiklah. Kamu semua boleh berehat. Sila berkumpul di dewan terbuka yang terdapat di sebelah kanan anda pada jam 9 malam nanti. Jangan lambat" Kata Mr Kwangsoo

"Kamu semua boleh bergerak ke khemah kamu sekarang" Kata Mr Jongkook

***************

Di dalam khemah Tiffany, Jessica dan Taeyeon

"Aku nak tengok video yang kau rakam tadi boleh tak Jessica" Tanya Tiffany

"Boleh. Ambil je kamera tu" Kata Jessica sambil menunjukkan Kameranya yang berada di sebelah Taeyeon

"Aku pun nak tengok juga"Kata Taeyeon sambil mengambil kamera Jessica

"Taeyeon, kalau dah sampai part pokok besar tu panggil aku tau sebab aku nak tengok part pokok besar tu je." kata Tiffany

"Okay" Kata Taeyeon sambil membuka rakaman video.

"Jessica. Agak-agaklah kan, apa aktiviti yang Cikgu kita nak buat malam ni?"Kata Tiffany mengalihkan pandangannya kepada Jessica

"Entahlah selalunya malam-malam macam ni selalunya ada aktiviti masuk dalam hutan" Kata Jessica

"Masuk dalam hutan? Malam-malam ni? Buat apa?" Tanya Tiffany yang kurang pengalaman berkhemah memandangkan ini adalah kali pertama dia menyertai aktiviti berkhemah

"Kita masuk dalam hutan tu untuk..."

"Eh. Tiffany, Jessica. Cuba tengok video ni" Kata-kata Taeyeon tersebut menghentikan perbualan Jessica dan Tiffany

"kenapa?" Tanya Tiffany dan Jessica serentak

My Boyfriend is a VampireWhere stories live. Discover now