Part 3

9.4K 450 7
                                    

"Perhatian para pelajar. Di sini ada satu pengumuman. Minggu hadapan, pihak sekolah akan mengadakan aktiviti perkhemahan di Gunung Bukhan selama 5 hari 4 malam. Siapa yang ingin menyertai perkemahan ini, sila berjumpa dengan Miss Hyoyeon untuk mendapatkan borang. Tempat adalah terhad. Sekian terima kasih" Ucap Miss Sooyoung sebagai guru yang bertugas.

"Macam mana Tiffany, Taeyeon. Nak join tak camp tu?" tanya Jessica kepada dua sahabat baiknya

"Aku nak join lah. Macam best je. Kau macam mana Tiffany? Nak join ke tak?"balas Taeyeon

"Erm. Entahlah. Aku tak pernah join aktiviti perkhemahan" Balas Tiffany

"Alah. Tiffany. Jomlah pergi camp ni. Taeyeon dah confirm. Aku pun nak pergi juga. Kau ikutlah. Suasana dekat sana mesti nyaman. Bolehlah kau tenangkan fikiran kau yang bercelaru tu. Tak apa, aku dengan Taeyeon jaga kau dekat sana nanti" kata Jessica cuba memujuk Tiffany untuk mengikuti aktiviti perkhemahan tersebut.

"Okaylah. Aku join camp ni" kata Tiffany setelah membuat keputusan.

"Yeay! Finally" Kata Jessica kegembiraan

"Jomlah jumpa Miss Hyoyeon sebelum borang habis" Kata Taeyeon mengingatkan bahawa mereka perlu mengisi borang untuk menyertai aktiviti perkhemahan tersebut.

"Oh. ya lah. Jom cepat" kata Jessica

*******************

"Tak sabarnya rasa nak pergi camp tu nanti" kata Jessica yang kelihatan teruja setelah selesai mengisi borang untuk menyertai aktiviti perkhemahan tersebut.

"Kau fikir kau seorang je yang excited nak pergi? Aku pun exited juga nak pergi"Balas Taeyeon

"Entah lah si Jessica ni. Macam dia seorang je yang exited nak pergi camp tu"Balas Tiffany.

"Jomlah masuk kelas. Nanti Miss Seohyun marah pula kita lambat masuk kelas Sains dia" Taeyeon mengingatkan Tiffany dan Jessica.

"Oh. Aku hampir lupa yang kita ada kelas dengan Miss seohyun"Kata Tiffany

My Boyfriend is a VampireWhere stories live. Discover now