Bab 14

1.9K 191 38
                                    

"SERIOUSLY, Naim? Baju ice bear kau pakai?" Sakan Ariana gelakkan lelaki itu sebaik sahaja keluar dari tandas. Dahlah pakai baju ice bear, lepastu boleh pulak Naim main gelongsor sementara menunggu dia. Dari tadi lagi Ariana perhati gelagatnya.

Naim pula apalagi? Terus dia bangun dari gelongsor lalu menuju ke arah Ariana yang lagi sibuk gelakkan dia. Tajam matanya memandang wajah gadis itu.

          "Apa gelak-gelak? Kau bukak balik hoodie aku tu!"

          "Alaaa... sorrylah Naim. Aku tak sengaja tergelak," ujar Ariana seraya memujuk. Ketawanya ditahan agar tidak terlepas lagi. Kalau tidak, mahunya kena pulangkan balik hoodie yang dia tengah pakai ni.

          "Haa gelaklah lagi! Tak payah nak tahan sangat suara tu. Aku lagi suka," perli Naim.

          "Aku dah cakap sorry kan tadi. Hmm... jomlah beli marshmellow coklat tu. Aku lapar ni. Jomlah, jomlah."

          "Cepat sikit! Lambat aku tinggal."

Ariana sudah simpan senyum tatkala Naim berkata begitu. Kemudian kelibat si dia yang sudahpun berjalan menuju ke arah gerai marshmellow itu pula cuba dikejar.

          "Nak marshmellow coklat dua." Naim terlebih dahulu memesan.

          "Terima kasih," Duit pula dihulurkan buat penjual tersebut lalu marshmellow bersalut coklat itu diambil. Ariana yang setia menanti sedari tadi cuma mengikuti saja ke mana Naim pergi.

          "Hmm... tu untuk aku kan?" Ariana menunjukkan jarinya ke arah marshmellow coklat yang dipegang oleh Naim. Berharap lelaki itu akan memberinya.

          "Apa? Ni? Bila masa aku beli untuk kau? Dua-dua ni aku punya. Pergilah beli sendiri."

          "Laa... yeke? Ingatkan untuk aku. Takpelah. Aku pergi beli lagi satu."

Belum sempat Ariana ingin berpatah balik ke gerai tersebut, Naim terlebih dahulu menarik penutup hoodie yang dipakainya. Satu cup marshmellow coklat dihulurkan buat gadis di sebelahnya itu.

          "Nah! Aku saja je. Memang aku beli untuk kau pun."

          "Kau belanja aku kan? Thank you, Naim." Pantas huluran itu diambil oleh Ariana. Kemudian, dengan rakusnya marshmellow itu mula dijamah. Ariana tahu Naim sengaja je nak kenakan dia. Tanpa sedar, Ariana ketawa kecil. Langkah Naim dia ikuti saja dari belakang.

Entah di mana silapnya, tiba-tiba saja Ariana tersepak batu lalu tersadung. Naim yang berada di hadapannya juga turut terjatuh sekali. Habis tertumpah coklat cair pada muka Ariana dan belakang baju Naim. Nasib baiklah hanya kaki mereka yang bertindih dan bukannya badan.

Kemudian wajah Naim pula dipandang oleh Ariana. Muka serba salah ditayangnya. Sempat pandangan mereka bersabung seketika sebelum Ariana bersuara kembali.

          "Err... sorry, Naim."

          "Ariana... Ariana... tulah! Leka sangat makan sampai cuai," tutur Naim lalu terletus tawanya dan juga Ariana. Masing-masing dah bengang. Kali ini baju ice bear Naim pula tidak dapat diselamatkan.

Tanpa mereka sedar, Fasha yang terlihat adegan mesra itu terus saja mengambil gambar. Seterusnya, laju gambar tersebut dihantar kepada ahli Bling Gurlz yang lain.

𖧷 𖧷 𖧷

PERTANDINGAN debat pada pagi itu berjalan dengan lancar. Kumpulan debat dari Sekolah Menengah Sains Johor yang terdiri daripada Ariana, Naim dan Fasha telah merangkul tempat kedua dalam pertandingan tersebut.

Berakhir sahaja sesi penyampaian hadiah untuk para pemenang, sempat Naim, Ariana dan Fasha mengambil gambar berkumpulan bersama Cikgu Batiah buat kali terakhir di Hotel Acapella Suite. Buat kenang-kenangan.

          "Okey! Get ready semua. Satu, dua, tiga."

Klik!

          "Okey, cantik! Lagi sekali. Kalini freestyle pulak," arah jurukamera itu lagi. Sudah bermacam gaya sudah dia arahkan.

          "Naim! Jom buat gaya kenyit mata nak," ujar Ariana dengan teruja. Gembira sangat sebab dapat naib johan. Naim di sebelahnya pun hanya mampu mengangguk. Melayan saja karenah gadis itu.

          "Satu, dua, tiga!"

Klik!

Selesai saja mengambil gambar berkumpulan, lantas mereka bertiga menunggu di hadapan Hotel Acapella Suite untuk menanti kehadiran Cikgu Batiah bersama keretanya.

          "Kau ni asyik main phone je kerja. Takde kerja lain ke?" Ariana mula bersuara. Fasha yang sedang asyik dengan telefonnya itu hanya dikerling sekilas. Sepanjang berada di sini, dia banyak menghabiskan masa dengan telefon sahaja. Berborak dengan Ariana pun tidak. Dengan Naim adalah sikit.

          "Suka hati I lah. Yang you busy body sangat ni kenapa? Takde life eh?" balas Fasha. Wajah Ariana dijeling menyampah.

Ariana pula sudah menjulingkan mata ke atas. Dasar bajet retis. Sampai bergaul dengan Ariana pun tak nak. Naim tu pun sebab nak menggatal je.

          "You ingat muka you tu lawa sangat ke nak buat muka dekat I. Huh. Sibuk je tengok muka cantik I ni," tutur Fasha dengan perlahan. Namun, cukup untuk buat Ariana dengar dan panas hati.

          "Apa kau cakap? Tak dengar."

          "Sebelum aku campak phone kau dalam loji, baik kau letak phone tu sekarang. Mulut kau dengan loji tu pun dah lebih kurang sama. Dua-dua busuk." Dengan sarkastik Naim berbicara. Ambil kau. Setepek dia bagi!

Ariana di situ sudah menahan tawa. Biar padan dengan muka si minah sumi tu. Sekali kena dengan Naim, sentap terus. Habis masam mencuka muka minah tu dibuatnya.

          "Ish you ni Naim. Sama je macam perempuan tu. Tak nak back up I langsung. Huh." Fasha sudah memuncung sedepa. Tak puas hati. Ariana dan Naim sama saja baginya. Dua-dua menyakitkan hati.

          "Siapa entah nak back up sumi macam kau."

          "Ariana..."

Terbantut niat Ariana ingin ketawakan Fasha lebih lagi tatkala Naim sudah bersuara. Kang dia pulak yang kena setepek dengan mamat tu. Jadi, lebih baik dia diam sementara menunggu Cikgu Batiah.

Mu'azzin Paling AnnoyingWhere stories live. Discover now