Bab 13

2.1K 218 20
                                    

SAMPAI sahaja di Hotel Acapella Suite, Shah Alam, Ariana lantas keluar dari kereta Cikgu Batiah. Beg galasnya diambil dari but kereta lalu mengikuti cikgu debatnya itu menuju ke lobi hotel. Fasha yang lagi terkial-kial membawa luggage besarnya itu buat dia ketawa kecil manakala Naim pula sudah laju menapak ke arah pintu masuk hotel tersebut.

Tiba di lobi hotel, terlopong mulut Ariana tatkala melihat keadaan sekelilingnya yang dipenuhi dengan wakil-wakil debat dari sekolah lain.

Ariana dan Fasha kemudiannya mula mengambil tempat untuk duduk di lobi tersebut manakala Naim pula terpaksa berpecah untuk duduk di bahagian pelajar lelaki. Acara pada tengah hari itu, dimulakan dengan taklimat oleh penganjur.

          "Untuk pembahagian bilik pula, maksimum tiga orang ahli untuk satu bilik. Pihak penganjur menggalakkan ahli-ahli tersebut merupakan wakil dari sekolah yang sama untuk memudahkan sebarang urusan."

Suasana di lobi hotel itu kembali riuh dengan suara para pelajar. Namun, lain pula bagi Ariana. Dia hanya beriak tenang mendengar kata-kata penganjur tersebut.

          "Ish. Ingatkan dekat hotel ni I tak payah hadap muka you." Fasha mendecit. Wajah Ariana dijelingnya.

          "Kau ingat aku nak sangat tengok muka kau. Huh." Giliran Ariana pula menjeling. Kemudian, dia sambung melihat hadapan semula untuk mendengar arahan selanjutnya.

𖧷 𖧷 𖧷

SELESAI mendengar taklimat yang diberikan oleh penganjur, Naim lantas bangun dari duduk lalu menggalas beg sandangnya. Dia mula tersenyum tatkala mengingatkan yang dia tidak perlu berkongsi bilik.

          "Hai! Tadi aku terserempak dengan budak sekolah kau."

Seseorang tiba-tiba menepuk bahu Naim lalu membuatkan lamunannya terhenti. Serta-merta badannya berpaling menghadap gerangan suara tersebut. Lelaki yang berdiri di hadapannya kini diteliti atas bawah.

          "Ohh... ya?"

          "Budak perempuan tu cakap kau sorang je lelaki dalam group," bicara lelaki itu lagi.

          "Betullah tu. Kenapa?"

          "Hmm... aku pun sorang je lelaki ni. Takde partner bilik. So, kalau kau tak kisah, boleh aku join?" ujarnya lagi lalu mengusap perlahan belakang lehernya.

          "Err... okey. Boleh je." Naim tayang senyum kelat. Hancur harapannya nak conquer katil sorang-sorang malam ni.

          "Nama kau siapa? Dari sekolah mana?" tanya lelaki itu dengan teruja.

          "Ahmad Naim. Dari Sekolah Menengah Sains Johor. Kau?" Kemudian, Naim menghulurkan tangan kanannya untuk bersalam sebagai tanda perkenalan.

          "Aku Daniel. Dari SMK Seri Permaisuri."

𖧷 𖧷 𖧷

"EH! Naim. Baju kita sama warnalah. Macam sweet couple," ujar Fasha sebaik sahaja Naim tiba di lobi hotel. Teruja dia tatkala hoodie Naim juga berwarna kelabu, sama seperti blouse yang dipakainya.

          "Siapa nak sweet dengan kau? Baju pun over. Ingat kau retis ke?"

Ariana tergelak kecil tatkala mendengar perlian Naim. Fasha yang sedang menjelingnya pun hanya dibuat tak nampak. Cikgu Batiah pula sudah menggeleng-gelengkan kepala melihat karenah anak-anak muridnya.

Mu'azzin Paling AnnoyingWhere stories live. Discover now