Bab 5

604 14 0
                                    

AKU lihat Sarah sedang khusyuk memeriksa lejarnya ketika aku masuk ke dalam bilik kami. Agak tebal akaun yang perlu diperiksanya. Aku melangkah senyap kerana tidak mahu mengganggu tumpuannya.

"Lamanya pergi lunch, Tasha?" tegur Sarah. Eh! Perasan pula dia aku dah masuk. Aku jeling jam di dinding bilik. Uiks! Tak perasan dah 2.30 petang! Sesudah aku congak baru perasan, aku juga hilang dari pejabat ini hampir dua jam.

"Encik Syahrun pelawa I lunch dengan dia dan kakak dia pun ada, nak tolak segan pula," balasku.

"Wah! untungnya, you. First day kerja dah duduk semeja dengan anak-anak bos," ucap Sarah. Terangkat keningnya bila mendengar aku makan semeja dengan Najah dan Kak Safi.

"Alamak... Telefon bunyi pula. Sekejap ya, Sarah..." Telefon bimbitku yang berbunyi menghentikan perbualan kami seketika. Nombor telefon umi tertera di skrin.

"Assalamualaikum, umi... Rindu Tasha ke?" soalku girang.

"Waalaikumussalam... Rindu, risau semuanya ada. Tasha dah lunch?"

"Dah umi, dengan abang tadi..." jawabku seakan-akan berbisik, bimbang didengar Sarah.

"Itu aje yang umi nak tanya. Balik pukul berapa ni?"

"Mungkin lambat sikit kut. Nanti Tasha call umi kalau Tasha balik lewat, sebab hari ni Tasha kena belajar guna payroll systems."

"Okeylah, sayang. Take care."

"You too umi, love you!" Aku simpan semula telefon bimbitku ke dalam tas tangan. Aku kembali mencuba sistem yang sedang aku pelajari. Najah menyediakan satu akaun ujian untuk aku guna bagi memahirkan diriku dengan sistem itu. Aku mencubanya beberapa kali sehingga aku mampu untuk mengingati setiap langkah yang perlu.

"Macam mana Tasha, boleh guna sistem tu?" tanya Puan Khalijah yang sedang berdiri di sebelah Sarah. Aku terlalu khusyuk mencuba sistem itu sampai tidak menyedari kehadirannya di bilik ini.

"Alhamdulillah puan, saya sedang menyesuaikan diri dengan sistem ini. Sekarang nak familiarize and memorize all those steps."

"Good, Tasha. I am sure you can do it,"

Aku kembali dengan tugasku dan aku mula menyukainya. Dengan bantuan dan dorongan dari Najah, semua kerja menjadi mudah. Aku menyanyi kecil sambil menyemak hasil kerja yang telah aku cetak.

"Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati."

Berpantun pula Si Sarah ini. Aku tersenyum memandang teman baruku itu. Sarah mengingatkan aku kepada Emily Aishah Fitzgerald, teman akrabku merangkap kakak angkat Najah.

"I rasa Encik Syahrun tu memang suka dengan youlah, Tasha."

"Isy... Sarah ni, I baru aje masuk kerja hari ni. Manalah tahu dia dah ada buah hati? Tak pandang pada I ni. Bukan setaraf pun dengan dia. You dengar tak pagi tadi dia kata rindu buah hati dia?"

"Dengar... Hmmm, panjang umur dia. Baru sebut dah muncul," rujuk Sarah kepada Najah yang telah pun terpacak di hadapan bilik kami. Dia tidak masuk, hanya menjengah dari pintu.

"Macam mana, Tasha? Boleh?" tanya Najah dari luar bilik.

"Alhamdulillah, setakat ini tak ada masalah."

"Anything, you just give me a call. I need to go out for a while... I'll be back in two hours time," pesan Najah kepadaku. Dia memberikan 'sign' telefon sebelum berlalu pergi. Aku pasti dia akan menelefonku sebentar lagi. Sarah memerhatikan aku.

"Amboi... Siap beritahu kat you yang dia nak keluar sekejap. Dia bagi you nombor telefon ke?" tanya Sarah ingin tahu. Aku keluarkan business card Najah dari dalam laci lalu aku tayangkan kepada Sarah.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 16, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

JUJUR HATIKU UNTUKMUWhere stories live. Discover now