Wajah bayi itu mulus sekali. Pipinya tembam dan merah. Dia asyik merengek meminta susu dari ibunya.
Suasana di hospital itu sepi sekali. Hanya kedengaran suara bayi sahaja.
Dewi merenung wajah bayinya yang comel itu. Bibirnya terkumat-kamit berzikir dan berselawat. Dia bersyukur kerana dapat melahirkan bayi perempuan secomel ini. Wajahnya persis bapa kepada bayi ini.
Tapi sayang, bapa kepada bayi ini terpaksa berkahwin dengan orang lain. Keluarga mereka tidak merestui hubungan mereka. Dewi redha. Mahu menyesal pun tak ada gunanya lagi. Nasi sudah jadi bubur. Dia sudah pun melahirkan di luar nikah. Kasihan bayi ini.
Sesekali air matanya mengalir kerana asyik memikirkan kisah silamnya itu. Bayi perempuannya lena tidur selepas dia memberi susu tadi.
Dewi mengusap bayinya lembut. "Sayang... Ibu namakan anak ibu ni Karlisa. Semoga jadi anak yang solehah ya sayang..."
Dia senyum sambil memeluk erat Karlisa.
Selepas dua hari ditahan wad, Dewi dan juga Karlisa dibenarkan pulang ke rumah. Umi Dewi menyambutnya dengan baik. Dia mengendong cucunya itu. Dia sama sekali tidak kisah Karlisa ini anak luar nikah atau tidak, yang penting Karlisa tetap cucunya, darah dagingnya juga.
Dewi melepaskan keluhan berat.
"Kenapa?" Soal Mak Milah kepada anak perempuannya yang seorang itu.
"Entahlah umi. Dewi rasa Dewi nak teruskan karya Dewi balik." Getus Dewi . Dia meraup wajahnya perlahan.
"Dewi nak menyanyi lagi?" Tanya Mak Milah yang sudah masak dengan perangai anaknya. Sememangnya Dewi sering dijemput untuk menyanyi di acara-acara tertentu dan dia juga pernah menjadi guru muzik di sekolah menengah dulu.
Dewi menganggukkan kepalanya. Dia harus bangkit. Hidup perlu diteruskan. Kisah silam memang akan jadi kisah silam tapi dia mesti kuat demi Karlisa.
"Kalau itu yang Dewi mahukan. Teruskan saja nak..." Balas Mak Milah sambil menidurkan Karlisa.
Malam itu hujan turun dengan lebat sekali. Seperti biasa selepas menyusu Karlisa terus tidur. Senang jaga Karlisa kerana dia tidak selalu meragam seperti bayi lain.
Dewi mengatur langkah ke dapur untuk memanaskan sup ayam yang dimasaknya petang tadi. Selesai dia kembali ke bilik.
"Umi!!!!" Laungnya. Dia menggigil apabila mendapati Karlisa tiada di dalam bilik.
"Kenapa jerit-jerit ni?" Soal Mak Milah. Mak Milah terkejut. Matanya melilau mencari kelibat cucunya di dalam bilik Dewi.
Kosong. Dewi merintih lalu terduduk.
"Ya Allah mana anak Dewi..."
Dewi meraung. Dia menangis semahu-mahunya. Mak Milah juga turut terkesan. Dia tidak menyangka bahawa cucunya Karlisa hilang sekelip mata.
"Anak ibu pergi mana.... Lisa jangan tinggalkan ibu nak..Cukuplah ayah dah tinggalkan kita."
YOU ARE READING
TALISA
Non-FictionMengisahkan dua beradik yang terpisah sejak dari bayi lagi. Mereka kembar seiras tetapi berlainan sifat dan gaya tersendiri. Seorang ganas dan sosial manakala seorang lagi lemah lembut dan disukai ramai. Benarkah mereka adik beradik kandung? Mengap...
