BAB 17

6.9K 282 4
                                    

“Sayang buat apa tu? Fikirkan abang ya?”

Danial menegur Rosalinda yang sedang hanyut ditenggelami khayalannya. Rosalinda menoleh dan menjarakkan sedikit tubuhnya daripada duduk bersebelahan dengan Danial.

“Tadi,sayang makan dekat warung ya?”soal Danial. Dia memandang isterinya yang sedang berpura-pura sibuk memberi dedak kepada ayam-ayam yang dibela.

Rosalinda masih tidak memberi respon. Dia terus membuat Danial seperti tidak wujud. Sesekali dia bercakap dengan ayam seperti Danial tiada di situ.

Danial tersenyum. Dia menarik sedikit tudung Rosalinda dengan niat mahu bergurau.Namun,gurauannya membawa padah pula.

“Janganlah tarik tudung saya. Tak ada adab ke?”marah Rosalinda. Berkerut dahinya dan membetulkan tudungnya semula.

Danial dijelingnya dan bekas dedak diletakkan di tepi. Masam mencuka wajahnya ditayang.

“Maaflah,Ros. Abang cuma nak bergurau. Dah lama abang tak tengok sayang gelak..” Danial cuba mengambil hati isterinya namun masih belum berjaya. Rosalinda semakin sakit hati dengan kata-kata Danial.

“Gelak? Awak ingat,saya boleh gelak ke dalam situasi sekarang? Awak dah rosakkan hubungan saya dengan Emir lepas tu awak nak saya gelak? Eh,Danial. Dengar sini baik-baik. Saya bukan macam awak yang boleh jadi hipokrit dan talam dua muka. Jadi,jangan sesekali awak fikir yang saya akan terima awak dengan mudah macam dulu!” Rosalinda merengus dan berlalu pergi meninggalkan Danial di pangkin.

Langkahnya dilajukan dan dihentak-hentak sedikit tanda protes.

Danial menahan rasa sakit di hati. Dia tak mampu nak menahan Rosalinda daripada terus memarahinya. Itu hak Rosalinda sebab dirinya yang menjadi punca Rosalinda jadi sebegitu.

Datin Sophea yang menyaksikan semuanya dari jauh memandang anak lelakinya yang jelas kelihatan kesal. Bukannya dia tak mahu membantu, tapi dia risau Rosalinda akan membenci dirinya pula.

Datin Sophea melangkah ke arah Danial yang menyambung kerja Rosalinda tadi. Dedak diberikan kepada ayam hanya untuk menutup rasa gusar di hati.

“Danial,okey tak ni?”

Datin Sophea mengambil tempat di sebelah anak lelakinya.

“Okey,mummy.” Danial mengukir senyuman. Semakin libu hati seorang ibu melihat anaknya tersenyum sedangkan di dalam hatinya menanggung beban dan kekesalan.

“Kenapa mummy tanya?”

“Tak ada apa. Eh,Danial tolong mummy belikan barang dapur sikit boleh?”pinta Datin Sophea. Dia mengubah topik,mencuba untuk mengurangkan rasa sedih di hati anaknya.

“Bukan ke dah beli tadi?”

“Itu barang dapur lain. Mummy nak buat kek.” Datin Sophea tersenyum.

“Kek? Untuk apa?”

Datin Sophea ketawa kecil. Dia menepuk lengan anak lelakinya.

“Belum tua pun dah lupa. Esok hari lahir Hariz. Takkanlah tak ada kek untuk dia,kan? Kita sambut sama-sama.”

Terbeliak terus mata Danial. Aduhai,Danial! Hari lahir anak sendiri pun boleh lupa ke?

“Oh ya! Okey,Danial pergi beli sekarang. Danial ingat,nak belikan dia hadiah sekali.”

“Baguslah kalau macam tu. Pergi beli sekarang. Ada duit tak? Kalau tak ada, mummy boleh bagi.” Datin Sophea mahu mengeluarkan duit namun ditahan oleh Danial. Dia tersenyum lebar sehingga ke telinga.

“Tak apa. Danial ada duit. Ini hari lahir anak Danial. Jadi,biar Danial uruskan semuanya. ”

Datin Sophea tersenyum. “Yelah. Pergi beli apa yang patut. Ni senarai barang.”

Sehelai kertas yang tertulis senarai barang dihulur. Danial mengangguk tanda mengerti.

“Danial pergi dulu.”

Bibir Danial tersenyum. Tak sabar mahu menyambut hari lahir anak kesayangannya.


SUARA tangisan anak kecil semakin kuat kedengaran dari dalam rumah. Pekikan daripada seorang ibu membuatkan si kecil semakin takut.

Merah padam wajah si kecil akibat menangis tanpa henti. Sebelum perkara menjadi lebih buruk,lebih baik anak kecil itu dijauhkan daripada ibunya sendiri.

“Nayra,bawa mengucap! Kenapa nak mengamuk tak tentu pasal ni?”

Nayra merengus. Tajam matanya memandang ibunya yang sedang memujuk anak kecilnya daripada terus menangis.

“Ibu jangan masuk campurlah. Tahu tak,budak ni dah melampau? Budak ni bawa bala dekat kita!”herdik Nayra.

“Ya Allah,sabar! Ni anak kamu! Tak baik cakap macam tu!”

“Anak? Eh tak gunalah kalau ada anak tapi tak dengar cakap orang! Aira,tadi mama cakap apa? Kemas bilik kan? Susah sangat ke nak dengar cakap mama?  Nak mama rotan?” Nayra terus memarahi anak perempuannya.

Anak kecilnya yang bernama Aira tersedu-sedu akibat menangis. Dia menyembamkan wajahnya pada neneknya dan dipeluk erat.

“Sudahlah tu,Nayra! Aira ni kecil lagi. Dia mana tahu nak kemas bilik. Sepatutnya kamu yang kemas bilik. Dua hari tak balik rumah. Kamu pergi mana? Tinggalkan anak sesuka hati. Macam ni ke nak jadi ibu?” Puan Fathiah memarahi anak perempuannya pula. Nayra memang dah melampau!

“Suka hati Nayra nak pergi mana pun. Tak perlu ambil tahu. Ibu jagalah budak yang bawa malang dekat kita ni sampai mati. Nayra pun tak ingin nak jaga dialah. Menyusahkan orang!”herdik Nayra sebelum dia melangkah keluar daripada rumahnya.

Panggilan anak kecilnya yang terus menerus menyapa gegendang telinganya hanya dibiarkan. Tangisan Aira semakin kuat tatkala melihat ibunya pergi tanpa menoleh ke arahnya walaupun sedikit.

Ucapan sayang? Ciuman kasih sayang? Itu hanya dulu. Hidup Aira sebagai anak kepada perempuan yang bernama Nayra hanya memberi dan menambah penyeksaan buatnya.

Aira dipeluk erat oleh neneknya sendiri. Dicium dan dipujuknya dengan penuh kasih.

“Tak apa,nenek ada. Nanti nenek panggil babah datang sini ya? Aira duduk dengan babah..”kata Puan Fathiah.

Air mata anak kecil itu dikesat. Sejak kecil lagi dia sudah hidup susah.

Puan Fathiah kesal dengan sikap anaknya.








Sorry for late update! Sis busy sikit. So, enjoy this chap! ❤️

Kembalinya Seorang Bidadari [C]Where stories live. Discover now