"Awak boleh kata yang Doyoung yang tak nak saya pergi..?" Aku tergelak perlahan.

"Lebih kepada dia yang tak nak tinggalkan aku," celah Doyoung yang baru sahaja keluar.

Aku pandang dia sebelah mata sebab dia baru saja cakap perkara yang tak betul. Aku masih ingat lagi yang dia halang aku daripada berhenti kerja. Ingatan aku kuat, okey.

"Huh, aku hampir terlupa kau dengan Sohee."

"Wait- what?" Mata Jaehyun sedikit melebar selepas mendengar ayat itu keluar daripada mulut Taeyong. Taeyong berdecit sebelum berjalan ke lif dan Jaehyun mengikutinya dengan reaksi keliru yang bersisa.

"Aku ada kerja luar sampai petang. Kalau aku tak balik pejabat semula sampai waktu pulang, kau balik sendiri boleh?" pesannya, suaranya perlahan supaya tidak didengari pekerja lain.

"Baiklah, Encik Kim."

Aku menahan gelak melihat reaksinya sebelum membisik, "Okey, Doyoungie."

Kali ini dia tidak percaya dengan apa yang baru keluar daripada mulut aku kerana ini kali pertama dia macam mendengar aku memanggilnya begitu. Tetapi kemudian mulutnya tersenyum segan.

"You're cute. Ingat, habis waktu kerja balik terus. Jangan tunggu aku."

Aku mengangguk sambil tersenyum nipis. Selepas dia pergi, aku tumpukan perhatian pada kerja aku semula sampaikan tak sedar hari sudah menjadi gelap.

Badan aku tegakkan, regangkan tangan selepas berada dalam kedudukan sama dengan lama. Mata aku tertancap pada jam dihujung skrin komputer. Pukul 7:58 malam. Patutlah aku rasa penat. Air kopi aku habiskan sebelum pergi ke bilik rehat untuk bersihkan cawan yang aku guna. Aku masuk ke dalam pejabat Doyoung untuk letak fail yang memerlukan tanda tangannya di atas meja. Aku duduk seketika di sofa sambil termenung ke luar. Menyedarkan diri aku, cepat aku bangun untuk keluar untuk pulang tetapi aku sedar ada seorang lelaki serba hitam yang memakai topi berada di hadapan pintu. Kekeliruan melanda diri aku tapi belum sempat aku lontarkan soalan, dia sudah menerpa ke arah aku. Laju.

"Apa ni?!"

Tangannya memegang bahu aku, menyebabkan aku bergelut dengannya untuk menjauhi. Aku menjerit meminta pertolongan sekuriti tapi hampa tiada balasan. Dia semakin bertindak agresif dengan menekup mulut aku dan menolak aku ke kerusi. Disebabkan tangan aku yang terkapai menghalang perbuatannya, topinya terjatuh menampakkan keseluruhan wajahnya lalu mata aku melebar kerana aku mengenali lelaki ini.

Dengan kekuatan yang aku ada, badannya aku tolak kuat lalu sempat menamparnya sebelum berlari menuju ke pintu keluar tapi nampaknya pergerakan dia lebih pantas kerana dia awal lagi sudah menarik rambut aku menyebabkan aku terdorong ke arahnya semula. Tarikannya terlalu kuat sampaikan aku menjerit kesakitan tapi senyap selepas itu apabila kepala aku berlanggaran dengan bucu meja yang tajam.

Benda terakhir yang aku lihat adalah darah di tapak tangan aku setelah menyentuh di belakang kepala.

◦ ✾ ◦

Sakit..

Kepala aku sakit..

"Sohee? Kau dah sedar?"

Muka aku berkerut-kerut menahan denyutan di kepala. Aku cuba membuka mata tapi tidak berdaya dan aku hanya dapat dengarkan suara seseorang memanggil aku. Dengan kudrat yang aku ada, akhirnya aku mencelikkan mata. Pemandangan serba putih menerpa penglihatan aku dan aku baru menyedari bau ubat-ubatan di sekeliling aku.

Really Bad Boy » DoyoungWhere stories live. Discover now