Teacher Parames tersenyum melihat aku, dan menjemput aku duduk di sebelahnya.

"ok Rahmi, so hari Jumaat ni pihak kaunseling sekolah akan adakan kem untuk PRS. Jadi saya nak kamu joinlah program kami ni. Mana tahu kamu berminat untuk masuk PRS."

Teacher Parames memang dari haritu lagi ada suruh aku masuk PRS cuma aku rasa, aku dah banyak sangat jawatan dalam sekolah ni. Nanti apa pulak orang cakap.

Aku tengok teacher dah keluarkan borang kebenaran ibu bapa dari dalam lacinya.

"ini borang kebenaran so nanti klau parents kamu izinkan, hantar pada saya selewatnya hari Khamis lah sebab kami nak proceed apa semua. Yuran just RM10 je."

"ok teacher, btw saya nak tanya. Teacher nak lagi orang ke untuk pergi kem ni? "

"kalau boleh ajak lagi dua orang atau tiga orang lah sebab kelas L6 Dinamis dah ada empat orang and upper 6 pon ada ramai gak. "

"owhhh okk nanti saya cari as soon as possible lah teacher. "

Lepas je amik borang tu aku cakap thanks dekat teacher and bangun keluar dari bilik kaunseling. Kalau tak silap aku pukul 1.20 hari ni sepatutnya waktu Peng. Perniagaan,tapi Mr. Chuah dah amik waktu Cikgu Mazlifah sebab cikgu tak datang.

Sampai je kelas aku tengok Mr. Chuah dah salin nak hampir separuh whiteboard. Mr. Chuah ni memang terkenal dengan gelaran tak cukup whiteboard. Pernah sekali tu ada kawan aku cadang nak sorok dia punya penmarker. Hahaha.

"good afternoon Mr. Chuah, sorry i'm late bcs Pn. Parames called me. "

"selamat petang,owh takpe-takpe,kamu boleh duduk. "

Mr. Chuah ni jugak memang kalau students dia cakap Bahasa Mandarin or English dia still akan cakap dalam Bahasa Melayu.

Baru je buka buku and nak start tulis tiba-tiba aku rasa yang luka aku macam terkoyak. Feeling dia macam luka kau kena tarik isi kiri kanan tu.

"ahhh, ya allah sakitnya. " Aku pegang tangan aku.

"weyh kau kenapa ok ke tak?"

Syahir yang focus menyalin di buku latihannya memandang aku yang masih menahan sakit.

"takde apa weyh, aku ok je, cuma crampt sikit. "

"kalau kau tak ok aku bagitahu dekat Mr. Chuah,lepastu kau takyah lah salin,nanti amik aku punya buku ni je. "

Aku menolak pelawaan dari Syahir tu. Bukan apa,aku rasa sakit ni kejap je. Nanti slow-slow oklah.

"ok kelas bangun, kita sambung esok."

Kelas Sejarah dengan Mr. Chuah dah habis and sekarang dah waktu balik,aku terus pergi dekat kawan aku yang selang dua baris dari tempat duduk aku.

"weyh Eyka, Zati. Tunggu jap, aku nak tanya korang ni. Korang nak tak ikut pergi kem kaunseling ni. Hari Jumaat petang sampai Ahad. Then tido dekat sekolah je. Bayar RM10. Kalau nak ni hah aku bagi borang ."

Panjang lebar aku explain dekat Eyka dengan Zati. Aku tahu mesti diorang on punya. Sebab diorang ex student METH and sebelum ni pon geng PRS gak.

"boleh gak, kau pergi kan Rahmi?  Kalau kau pergi kiteorng on gak."

Eyka dan Zati memandang aku.

"haah aku pergi, tadi teacher Parames yang bagi ni."

Aku menghulurkan borang kepada mereka berdua.

"ok,so nanti borang ngan duit tu bagi hari Khamis selewatnya tau. Kita hantar sesama ah dekat bilik kaunseling."

"owh ok Rahmi,boleh je. Thanks ajak kiteorng tau. "

PINDAHWhere stories live. Discover now