" Dari riak muka kau aku dapat baca sesuatu. Aku nasihatkan kau untuk padamkan semua rancangan bodoh tu. Jangan pernah keluar dari rumah ni! " Naik seoktaf suaranya bagaikan memberi amaran.

" Kalau saya keluar juga? " Cabar Zarah berani. Dia turut memandang wajah bengis lelaki itu. Rahang Shahfik bergerak-gerak bagaikan menahan amarah yang ingin meletus.

" Don't try me. Jangan cabar aku kalau kau tak nak rasa baran aku. Kau belum kenal siapa aku Zarah!" Penuh dengan amaran bicara Shahfik. Tangan Zarah menggigil ketakutan melihatnya. Terasa aura seram keluar dari badan Shahfik membuatkan suasana menjadi seram.

" Hoi makan tak ajak!" Sampuk satu suara. Kelihatan Ajai tersenyum ketika melihat Zarah sebelum melabuhkan duduk di meja makan.

" Fuh sedap betul sarapan hari ni. Kenapa korang belum makan? Tunggu saya ke? Sweetlah korang ni." Ajai tersenyum-senyum kambing dengan telahan tidak tepatnya.

Keadaan yang keruh sebentar tadi bertukar menjadi hidup semula dengan kehadiran Ajai. Mulutnya tidak henti- henti memuji masakkan Mak Yat. Sekejap-sekejap di buka cerita untuk didengarkan oleh Zarah.


Zarah menarik nafas lega apabila kereta milik Shahfik sudah keluar dari kawasan rumah. Bulu romanya kembali menegak apabila mengingat kembali ugutan dan amaran yang diberikan oleh Shahfik.

' Patut ke aku pergi? Tapi aku tak boleh duduk sini sampai 5 tahun. Tapi aku takut.'

Bunyi notification menyedarkan Zarah. Dia segera melihat mesej dari Aiden.

My Aiden

Babe where are you? Aiden dah sampai cafe dah ni.

' Nak pergi ke tak? Tapi ni je peluang yang ada. Aku tak boleh sia-siakan. Mungkin ini bantuan yang Tuhan bagi.' Omel Zarah sendirian ingin menyedapkan hatinya.

Zarah♥️

Wait for me. Zarah dah nak gerak.

Telefon terus disimpan. Dia bergegas naik ke bilik untuk mengambil pasu yang telah dibuat oleh arwah ibunya. Pasu ini adalah satu-satunya harapan dia. Harapan untuk keluar dari rumah besar tersebut.


💣💣💣

"Zarah dah lama Aiden tak jumpa. Zarah nampak makin kurus. Banyak sangat kerja ke?" Soal Aiden prihatin. Susuk tubuh dihadapannya nampak kurang bermaya daripada sebelum ini.

" Banyak tu banyaklah juga. Tapi Zarah okay jangan risaulah." Bibir menguntumkan senyuman untuk menenangkan hati Aiden yang gusar.

" I really miss your smile. Lama betul kita tak hang out macam ni kan?" Wajah cantik Zarah ditenung dengan dalam untuk melepaskan rindu pada teman wanitanya.

" Haah. Tula semua sibuk dengan kerja masing-masing. Tapi sekarang kita dah jumpa kan?" Pujuk Zarah.

" Jadi sekarang ni, Aiden nak buat apa dengan pasu arwah ibu ni? "

" Pasu tu nanti bagi dekat Aiden biar Aiden tolong hantarkan dekat pertandingan tu nanti. Harap sangat Zarah boleh menang. Zarah tak nak duit Aiden kan untuk buka kedai jadi biarlah Aiden tolong Zarah dengan cara ni." Nampak ikhlas dan bersungguh-sungguh setiap tutur kata Aiden.

" Thank you so much Aiden. Zarah bertuah sangat dapat teman lelaki baik macam Aiden. Nanti bila Zarah menang, Zarah janji kita lepak 24 jam nak?"

" Gila tak nak! Aiden pegang janji Zarah tau. Kalau Zarah mungkir janji, Aiden bolot semua hadiah tu nanti." Wajah garang sengaja ditayangkan. Pecah tawa Zarah melihatnya.

" Tak takutlah." Bidas Zarah masih bersisa dengan tawa. Tangan Aiden cepat sahaja mencubit pipi Zarah. Geram punya pasal.

" Aiden... Zarah kena balik sekarang ni. Ada benda lagi kena buat dekat rumah." Ujar Zarah apabila mengingatkan bahawa dia belum lagi menukar langsir di rumah itu.

" Awalnya. Duduk dululah." Pujuk Aiden. Tidak puas lagi dia meluangkan masa untuk Zarah.

" Tak bolehlah Aiden. Takut tak sempat siap. Nanti-nanti lagi kita keluar okay?" Sengaja Zarah menabur janji untuk memujuk Aiden.

" Okaylah...tapi Aiden tolong hantarkan." Baru dia berura-ura hendak bangun Zarah pantas menahannya.

" Takpe. Zarah balik sendiri. Susahkan Aiden nanti kena hantar Zarah pasu tu lagi." Biarlah dia beralasan sekarang kerana dia tidak mau Aiden tahu bahawa dia bekerja dan tinggal di mansion milik Shahfik. Dia tidak mau walau sesen pun Aiden keluarkan kerana terlalu banyak budi yang telah dia terima.

" Bye Aiden...Zarah balik dulu." Pamit Zarah sebelum berdiri ingin pergi.

Baru selangkah kaki Zarah menapak, namanya diseru semula. Dia berpusing kembali ke arah Aiden yang baru saja memanggilnya.

" Kenap---"

" Will you marry me Zarah Awliya?"

Zarah terpana melihat Aiden yang sedang melutut dihadapannya bersama sekotak baldu cincin di tangannya.

Tanpa mereka sedari, 2 pasang mata sedang memerhatikan mereka dari jauh. Rahang diketap kuat. Amarahnya bila-bila masa sahaja boleh meletus.






To be continued............

The  Dark  side ✔ [Editing]Where stories live. Discover now