💣BAB 4

19.6K 782 41
                                    

Awal pagi lagi Zarah sudah bersiap untuk memulakan kerjanya. Dia sengaja bangun awal untuk melihat sendiri Shahfik ke pejabat sebelum dia keluar berjumpa dengan Aiden sebentar.

Hidungnya sempat menghidu aroma sedap dari arah dapur sebelum tubuhnya bergerak ke sana. Mahu menolong apa yang patut.

" Morning Mak Yat masak apa tu?" Tegur Zarah sambil memberikan satu senyuman manis.

" Eh morning Zarah. Ni ha Mak Yat masak mi goreng basah untuk Shah. Zarah pun nak yang sama atau lain?" Tanya Mak Yat sambil memecahkan sebiji telur ke dalam kuali.

" Zarah makan aja apa yang Mak Yat masak." Tutur Zarah jujur. Bab makanan dia tidak terlalu memilih cukuplah sekadar perutnya kenyang sahaja.

" Kalau macam tu kita makan mi goreng basah jugalah. Zarah boleh tolong buatkan air?" Mulut Mak Yat tidak henti berceloteh sambil tangannya giat mengaul masakannya.

' Gulp. Buatkan air? Matilah aku.'

" Zarah ambil je paket kopi 3 in one dalam almari tu dan tinggal tuang air panas." Terang Mak Yat apabila melihat wajah Zarah yang seakan tidak rela untuk membuatnya.

" Kopi tu tak payah letak gula ke Mak Yat? " Tanya Zarah inginkan kepastian. Tangannya laju saja mencapai teko dan di buka penutupnya. Lalu memasukkan 3 paket kopi untuk mereka minum nanti.

" Dah terang-terang bertulis kopi 3 in one kau masih nak tambah gula lagi ke? Dalam tu dah lengkap tinggal kau tuang air panas lagi." Sampuk satu suara maskulin.

Zarah menoleh melihat punca arah suara sebelum dia memandang tidak puas hati wajah Shahfik yang tenang mengambil tempat duduk di meja makan. Kelihatan Shahfik lengkap berpakaian kemeja putih dengan kot hitam yang terletak elok di tubuh sasanya.

" Zarah tak sangka suara Mak Yat dah jadi garau macam suara lelaki." Perli Zarah tanpa menoleh langsung ke arah Shahfik yang sedang memandangnya tajam. Sengaja Zarah buat-buat sibuk dengan mengaulkan kopi itu sehingga sebati.

" Zarah ni dah pandai usik-usik Shah."  Seloroh Mak Yat sambil tersenyum lucu. Mi goreng basah yang sudah siap dihidangkan di atas meja.

" Erk...takdelah usik." Ujar Zarah perlahan. Ada sesuatu yang pelik dalam ayat Mak Yat.

Teko yang berisi air kopi itu turut dihidangkan di atas meja. Dia mengambil beberapa cawan sebelum menuangkan kopi untuk diberikan kepada Shahfik.

" Shah dengan Zarah makan dululah sebab Mak Yat kena balik rumah kejap hantar anak pergi klinik." Apron yang berada di tubuh Mak Yat dibuka dan dilipat dengan kemas sebelum diletakkan di tepi kabinet.

" Mak Yat nak minta hantarkan?"

" Tak payah Shah. Mak Yat dah order grab tadi. Mak Yat pergi dulu."

" Hati-hati Mak Yat. " Zarah memandang susuk tubuh itu sehingga hilang dari pandangan mata. Kini, tinggal dia berdua dengan Shahfik.

" Nasib kopi ni kena dengan tekak aku. Kalau tak dah lama aku pecat kau." Shahfik kembali menghirup kopi itu sambil terpejam mata. Menikmati betul.

" Alaaa patutnya saya bubuh lagi dengan cili biar kena pecat. Tak betah saya nak kerja dekat sini."

Terbuka luas mata Shahfik mendengarnya. Cawan yang berisi kopi tadi diletak dengan kasar di atas meja. Dia memandang tajam wajah gadis itu.

" Jangan harap aku akan lepaskan kau. Suka atau tidak kau kena kerja dan tinggal dekat sini!" Tegas Shahfik. Kali ini wajahnya terpapar sedikit bengis. Terketar lutut Zarah melihatnya.

" Tapi awak tetap kena lepaskan saya bila saya dapat bayar balik hutang tu." Bidas Zarah kembali.

Dengusan kasar terbit dari bibir Shahfik. " What are you trying to do Zarah Awliya?"

The  Dark  side ✔ [Editing]Where stories live. Discover now