× 35 ×

1.7K 123 0
                                    

"Kau pergi mana selama nih?" tanya Nina.

"Kenapa? Rindu aku ke?" kening Zairul diangkat beberapa kali.

Nina memukul tangan Zairul. "Cepatlah jawab."

"Okay okay." kata Zairul sambil ketawa kecil.

"Aku terpaksa pindah ke kampung. Nenek aku sakit. Tak de sapa nak jaga dia. Memandangkan ayah aku adalah satu satunya anak tunggal nenek aku, jadi ayah akulah yang kena jaga. Sebab tula."

Nina diam seketika. Kemudian dia menoleh memandang Zairul di sebelahnya.

"Kenapa tak bagitahu aku dulu?"

Zairul membetulkan kedudukannya supaya mengadap Nina.

"Bukan tak nak bagitahu. Cuma, aku tak sempat. Sorry okay. Aku janji lepas ni aku tak tinggalkan kau dah. I promise."

Tangan kanan diangkat ke udara tanda dia mengangkat janji.

Nina mengalihkan pandangan ke hadapan semula. "Ceh, aku cari kau macam nak gila. Senang jek kau buat janji dengan aku." kata Nina perlahan.

"Ha apa? Tak dengar."

Nina segera menggeleng kepala. "Nothing."

"So we are bestfriend now?" tanya Zairul.

"Of course. Kenapa kau tanya soalan macam tu?"

"Hmmm... I think i dont want you to be my bestfriend anymore."

Nina menoleh. Keningnya bercantum. Dia memandang pelik dengan muka 'kau dah kenapa?'.

"I want you to be mine." sambung Zairul dengan nada yang cukup lembut.

Matanya yang redup itu tepat memandang anak mata milik Nina. Tetapi renungan kali ini lebih lembut.

Dia dapat menangkap perubahan muka Nina. Dia tahu perkara ini terlalu menggesakan Nina.

Dah lah hari nih baru dapat tahu tentang identiti masing masing, kini dirinya pula yang meluahkan perasaan kepada Nina.

"I know this is too fast for you. But Nina... im sincere with you. Biar aku isi ruang hati kau yang kosong itu." 

"Tapi.. Tapi..."

Nina tidak tahu nak cakap apa. Otaknya sudah blank.

"Aku tahu kau sukakan orang lain. Tapi takkan kau nak bertepuk sebelah tangan sampai bila bila. Give me a chance. And i will try my best to take care of you."

Nina kaku. Dia tidak boleh beri jawapan sekarang.

"Boleh bagi aku masa?"

"Sure! Aku akan tunggu kau. Amik lah berapa masa kau perlukan. Aku akan tunggu." kata Zairul sambil mengukirkan senyuman manis.

• • •

Perhimpunan pagi pada hari Isnin berjalan seperti biasa.

Suasana di sekolah itu masih sama. Dan pandangan yang kurang menyenangkan kepada Daniel juga sama. Tetapi Daniel hanya beriak biasa. Dia ni hati batu ke apa.

Kemudian, mereka berdua memasuki kelas seperti biasa. Subjek pertama pada hari isnin ini adalah subjek mathematic. Iaitu, subjek kegemaran Amni tapi tidak Daniel.

Belum sempat cikgu mathematic mereka masuk ke kelas, Daniel sudah berdiri untuk ponteng kelas.

"Woi, nak pergi mana?" tegur Amni.

Dendam Highschool Prince | ✓Where stories live. Discover now