× 25 ×

1.8K 127 5
                                    

Seusai perbincangan tentang sukan tahunan, semua pelajar dikehendaki masuk semula ke kelas.

Daniel menapak masuk ke dalam kelas. Semua mata memandangnya dengan penuh hairan. Mula la sekumpulan kaki bawang bergosip tentangnya.

"Aku dengar citer Daniel masuk acara tahun nih."

"Habislah aku."

"Kenapa pula?"

"Nanti aku tak dapat medal lagi."

"Semua nanti dia rembat."

Daniel melepasi geng itu dengan ketawa kecilnya. Bukan dia tidak dengar, malah telinganya yang agak capang itu memudahkan kerjanya untuk mendengar dengan lebih jelas.

Dia menarik kerusi dan melabuhkan punggung atas kerusi. Beg sandang diletakkan atas meja.

"Huh, dasar pak cik bawang putih."

Sesuai dengan gelaran itu, almaklumlah bagi Daniel bawang putih itu berbau busuk. Dan sesuai untuk kaki bawang yang bermulut busuk seperti mereka tadi.

Pap!

Satu hentakan kecil berbunyi atas mejanya. Dia mengalihkan pandangan kepada orang di hadapannya.

"Ka-kau tak memainkan Dani?"

"Tak. Im serious." mata masih tepat memandang anak mata milik Amni.

Amni rasa gembira tapi pada masa yang sama dia rasa agak sedikit takut. Takut Daniel memenangi semua acara. Dia tidak bersedia lagi untuk menerima perasaannya.

"I'm do it because of you."

Amni memandang Daniel. "But why me?"

"Because i love you."

Dum! Berdentum! Bunyi guruh tiba tiba ada dalam jantung Amni. Jantung Amni saat ini tidak boleh berfungsi lagi. Seperti kereta mati di tengah jalan akibat minyak habis. Begitulah dirasainya ketika ini. Tidak tenang.

Rasa mahu sumbatkan kepala dalam bawah meja. Biar perasaan malu itu hilang dengan sendiri. Amni mulai rasa mukanya menjadi semakin merah. Panas. Membahang. Hot. Seperti mekuri yang telah jatuh secara tidak sengaja, dan akan membawa penyakit jika ada sesiapa saja terkena rembesen cecair itu atau bauannya. Tak minat sains? Abaikan saja kemerapuan nih.

'Tak, masalahnya sekarang dia bukan cakap dia suka aku tapi dia cakap dia cintakan aku! Mana aku nak letak muka lepas nih. Perlu ke aku bedah muka? Aku rasa sekarang adalah masa yang sesuai. Aku kena kumpul duit dulu!' monolog Amni sendirian.

'Nonsense!' sambungnya lagi.

Bercakap sorang sorang pun jadi even dalam hati.

Tiba tiba dia ternampak kelibat Sufian di luar kelas. Inilah masanya untuk larikan diri!

"Err.. err.. err, ye Sufian! Sekejap aku datang!" kata Amni sambil meluru melangkah ke arah Sufian yang tercengang seribu bahasa. Apa kena dengan Amni nih.

Wajah Amni ketika ini ditundukkan sedikit supaya Daniel tidak nampak akan perubahan warna mukanya. Sudah tebal beberapa inci nih menahan malu tahu tak.

Daniel ketawa geli hati melihat gelagat Amni. Jantungnya turut berdebar melihat kecomelan Amni sebentar tadi. Sejujurnya dia tidak pernah merasai perasaan seperti ini.

"Kau kenapa?" tanya Sufian di luar kelas.

"Tak de apa. Saja nak kenakan kau. Ahahahhaha." ketawa yang nampak begitu janggal lagi membuatkan Sufian tertanya tanya.

"Kamu berdua buat apa dekat luar kelas? Masuk!" suara Cikgu Sabariah menerjah masuk ke gegendang telinga Amni dan Sufian.

Mereka terperanjat kecil lalu tergesa gesa menuju ke tempat duduknya.

Cikgu Sabariah menggeleng kecil kemudian dia menapak masuk ke kelas yang akan diajar subjek sejarah tidak lama lagi.

"Okay now, kita akan sambung pembelajaran kita. Sesiapa yang ada niat untuk tidur dalam kelas, dipersilakan keluar dari sini."

"Psst. Psst."

Amni menoleh ke belakang Sufian. Ternyata Zairul sedang memanggilnya.

Amni mengangkat kening.

"Jom arh keluar. Nanti tertidur dalam kelas lagi bahaya."

Mata Amni membulat. "Kau gila ke apa. Tak nak aku!" kata Amni sebelum terus menumpukan perhatian sepenuhnya kepada subjek sejarah.

Kringgggg!

Waktu rehat pun sudah tiba. Semua orang berpusu pusu pergi ke kantin untuk membeli makanan. Tetapi Amni berpusu berpusu pergi ke bilik kesihatan untuk berjumpa dengan Cikgu Khairul.

Tanpa ketukan di pintu atau memberi salam, Amni menerjah masuk.

"Amboi, buat macam rumah sendiri nampak." perli Cikgu Khairul.

Amni mengambil tempat di hadapan Cikgu Khairul. Seakan mengetahui kehadiran Amni, dia menyediakan secawan kopi panas kepada pelajarnya itu.

"So, da fikirkan?"

Amni mengeluh kecil. "Saya ada masalah besar nih cikgu."

"Masalah apa?"

Amni membetulkan posisinya. "Macam nih, saya memang da fikir untuk tinggalkan sekolah nih tapi-"

Amni berhenti seketika.

"Tapi?" tanya Cikgu Khairul sambil menghirup kopi panasnya.

"Tapi Daniel tak bagi saya tinggalkan sekolah nih."

Dahi Cikgu Khairul berkerut seribu. Sudah kenapa pula Daniel tak bagi Amni keluar.

"Laa, bukan Daniel dah tahu ke yang awak nih perempuan?"

Amni mengangguk. "Bukan itu sebabnya cikgu."

"Habis tuh?"

"Sebab dia cakap dia sukakan saya."

Amni mula menundukkan wajahnya. Takut Cikgu Khairul marah akan dirinya kerana tidak berkeras untuk meninggalkan sekolah ini hanya kerana alasan yang tidak munasabah.

"Dah agak dah." balas Cikgu Khairul tenang.

Amni mengangkat wajah. "Ha?"

Seakan tidak percaya itu adalah respon cikgu.

"Selama nih awak tak perasan ke yang Daniel tuh sukakan awak?"

Sekali lagi kopinya dihirup perlahan.

Amni menggeleng. "Dia selalu layan teruk dekat saya. Macam mana saya nak perasan."

Amni mencebik teringat akan kenangan yang Daniel telah lakukan padanya. Huh!

"Itu adalah cara untuk dia tunjukkan kasih sayang pada awak."

Amni berdecit. Ada ke patut layan aku kasar macam tuh dikatakan sayang?

"Ha, cikgu. Apa citer dengan si Kamil tuh?"

"Alhamdulillah sudah dibuang sekolah."

Amni senyum lebar. Padan muka kau. Benci sangat dengan aku, itulah padahnya.

Amni mengerling jam di tangan. "Okaylah cikgu, time rehat pun dah nak abis nih. Bye!"

Dendam Highschool Prince | ✓Where stories live. Discover now