1

9.7K 482 5
                                    

Mereka bergerak ke rumah baru. Minyoung yang berada di sebelah Jimin tertidur kerana perjalanan agak jauh.

Jimin curi-curi memandang Minyoung yang tertidur di sebelahnya. Takut juga sekiranya rakan yang lain perasan Jimin merenung Minyoung dan berakhir dengan usikan.

Jungkook yang baru sahaja keluar dari hospital juga tertidur dengan nyenyaknya di sebelah Taehyung. Sememangnya Jungkook kaki tidur. Setiap kali dia berasa letih, tidur secara duduk pun sudah memadai. Mata Namjoon fokus pada pemanduan manakala Hoseok pula bermain dengan telefon pintarnya.

Selepas 30 minit perjalanan, akhirnya mereka sampai ke rumah baru pemberian Yoongi kepada Minyoung. Namjoon memarkirkan MPVnya di garaj yang terletak di sebelah rumah itu. Enjin dimatikan.

Jimin mengejutkan Minyoung manakala Taehyung mengejutkan Jungkook. Minyoung terpisat-pisat turun dari MPV Namjoon. Mamai mungkin.

"Jimin. Kau bawak lah Minyoung dengan Jungkook masuk dulu. Barang-barang ni biar kitorang yang bawak masuk" Arah Namjoon.

Jimin balas dengan anggukan dan meluru ke arah Minyoung dan Jungkook yang masih mamai.

——————————

Mereka berenam keluar untuk mencari restoren dan makan malam di sana.

Pada mulanya, mereka hendak Minyoung yang masakkan makan malam untuk mereka tetapi memandangkan Minyoung masih bersedih dengan pemergian Yoongi. Akhirnya, mereka membuat keputusan untuk makan di luar sahaja.

Sejak kejadian itu, Minyoung banyak termenung dan lebih suka menyendiri sehinggakan Namjoon sendiri sudah mati akal untuk memberi Minyoung semangat semula.

Akhirnya ,mereka hanya membiarkan sahaja Minyoung berkeadaan begitu.

Saya Cintakan Awak 2 ✅Where stories live. Discover now