KARENAH MANUSIA

78 1 2
                                    

Hari pertama bekerja bagi Rizal, tidaklah begitu sukar. Dia hanya perlu ambil duit, dan tolong pamkan minyak ke dalam tangki.

Cuma apabila henda memulangkan baki itu Rizal perlu lebih cekap, maklumlah satu pam boleh mendapat kutipan kasar ribuan duit sehari. Rizal tidak pengalaman cekap dalam mengira duit, kerana sepanjang hidupnya selama ini, urusan duit adalah urusan mak dan ayahnya. Dia hanya mendapat duit untuk belanja sekolah RM2 setiap hari, dan ada kalanya langsung tidak ada duit bilamana ayahnya tidak menoreh getah akibat hari hujan. Jika tiga hari hujan berturut-turut, biasany Rizal sudah tahu mesti duit baki jualan getah 3 hari sebelumnya mesti sudah habis.

Rizal amat biasa dengan keadaan ini. Kadang-kadang bila tiada duit belanja, mak Rizal akan berinya bekalan untuk dibawa ke sekolah. Kadang-kadang nasi putih dengan sambal telur, atau kadang-kadang mee goreng. Dalam hidup Rizal, jarang sekali dia dapat makan ayam atau daging, kerana keluarga mereke tidak mampu. Biasanya, emak rizal akan masak Ikan Laih atau Ikan Terbui yang didapati dari hasil menjala oleh ayah Rizal di sungai di belakang rumahnya. Jika ada lebihan ikan, Mak akan buat ikan pekasam atau ikan salai untuk disimpan lama dan boleh digunakan semasa musim tengkujuh.

Sedang Rizal mengelamun, datang sebuah van bewarna putih ke pam Rizal. Ada seorang lelaki bebangsa India memandu van berkenaan. Keadan van agak lusuh dan seperti sedang dibaiki atau sedang dicat. Rizal hanya buat tugas seperti biasa. Lelaki India itu menunjukkan jari nombor satu dari dalam van. Cermin van yang agak kusam, menyebabkan Rizal cuba memastikan berapakah jumlah minyak yang perlu diisi untuk van. Lelaki India itu sekali lagi menunjukkan jari telunjuknya.

" Ha..Rm10 agaknya" bisik hati Rizal

Memang kebiasaan, mana-mana pelanggan akan menunjukkan nombor satu dari dalam kereta yang bermakna Rm10 untuk jumlah minyak yang perlu di pam. Zaman itu, jarang sekali pemandu keluar dari kenderaan. Biasanya mereka akan tunggu dari dalam sahaja.

Selesai pam sebanyak Rm10, Rizal terus mencapai penutup tangki Nissan Vanette, C20 dan memulas penutup tangki minyak.

" kriokk.." bunyi tangki besi menutup corong pam minyak.

Rizal terus ke tingkap hadapan van dan menunggu Lelaki India tadi membayar RM10 kepadanya.

Tanpa belengah lagi, Lelaki India tadi terus menghulurkan note bewarna biru lembut kepada Rizal. 

Rizal agak kehairanan, kenapa Lelaki India itu hanya memberinya RM1, sedangkan dia telah pam RM10 ke dalam tangki van yang agak lusuh tadi.

"Encik, duit ini tidak cukup.."

"Eh..cukuplah. Ini RM1 . Tadi saya sudah cakap pam RM1. Saya sudah tunjuk tadi machaa.." jawab lelaki India.

"Gulpp!!" Rizal terdeku..apakah ini semua mimpi

"Aduhh..matilah aku kena bayar balik.." bisik hati Rizal

Lelaki tadi terus meletakkan vannya ditepi steysen dan turun dari van.

" Eh..apa hal ha? Awak tak ada faham ka? Ini van mau cat la. Ini woksyop belakang. Saya mau pindah ini van saja maa.." lelaki india tadi berceloteh agak berang sambil menunjuk-nunjukkan tangannya kepada Rizal.

Rizal membisu seribu bahasa. Tidak terkata lagi. Mau melawan, tidak ada upaya dan keperluan lain. Baki jumlah RM9 masih tetap perlu dibayarnya. Masih terngiang-ngiang apa yag Ahmad katakan tentang gantirugi yang kena tanggung.

" Aloo boss..awak bayarlah lagi RM9. Ini minyak sudah isi dalam van" kata Ahmad, cuba untuk membantu dan mencari penyelesaian.

" No..no..saya tak mau bayar. Ini salah u maa..bukan salah saya" balas lelaki india tadi

Ahmad dan Rizal terus buntu..

" Tak apalah Rizal. Jangan panjang-panjangkan lagi. Nanti dia report pada manager, susah pulak ko nanti" akhirnya tersembul ungkapan ini yang menyebabkan Rizal berfikir sejenak.

Lelaki india tadi terus berlalu dengan van lusuhnya, jauh meninggakan mereka. Woksyo cat kereta selang beberapa buah kedai dari stesyen minyak itu. Memang logik dia mengisi minyak RM1 sahaja.

Hari berlarutan semakin senja. Waktu hampir menunjukkan jam 6.00 petang. Rizal sudah merasa penat dengan apa yang berlaku hari ini. Hari pertamanya sahaja sudah kerugian RM9, perlu dipotong dari gajinya. Kalau setipa hari dia kerugian RM10, bermakna sebulan dia perlu potong gajinnya RM300. Dengan gaji penuh hanya RM600, gaji Rizal hanya mampu dibawa pulang RM300 sebulan sahaja.

Semakin pening memikirkan perkara itu, semakin Rizal tidak mahu memikirkannya.

Akhirnya Rizal terus berkemas-kemas. Pamnya telah disemak oleh manager. Memang RM9 sahaja yang shot untuk hari pertama.

Hari pertama dilalui dengan karenah manusia yang pelbagai. Walaupun sudah dapat haknya, walaupun kerana kesilapan Rizal, namun dia tidak boleh menerima kenapa lelaki india tadi tidak mahu bertimbangrasa dengannya.

Itulah manusia...



DIARI SEORANG YANG BERNAMA RIZAL YOYOحيث تعيش القصص. اكتشف الآن