ILLUSI PEKERJAAN

140 2 2
                                    

Selepas tamat menduduki peperiksaan SPM, semua orang sibuk dengan hal masing-masing. Paling ramai yang menyibukkan diri mencari pekerjaan. Maklumlah sudah tamat belajar, jadi cita-cita hendak bekerja itu sangat tinggi, terutama bab hendak dapat gaji sendiri dan hendak belanja dengan duit hasil titik peluh sendiri.

Ini juga terjadi kepada Rizal selepas beliau baru menamatkan zaman belajar di sekolahnya beberapa tahun yang lalu. Bukanlah beliau tidak mahu sambung belajar, tetapi kerana sangat teruja dengan kawan-kawan lain, maka Rizal mengambil keputusan berhijrah ke Kuantan, sebuah bandar yang bagi cukup besar. Kisah ini berlaku sekitar tahun 1990 an, dan pada zaman itu smart phone, Google dan Facebook belum wujud lagi.

Dijadikan cerita, Rizal beruntung sebab kakaknya di Kuantan, menawarkan dirinya untuk tinggal bersama-sama, sambil beliau bekerja di Kuantan. Rizal terus menyambut tawaran ini dengan penuh semangat dan tanpa berfikir panjang lagi.

Sesampainya di Kuantan, suami kakak Rizal atau abang iparnya adalah orang yang berusaha untuk mendapatkan kerja untuknya. Setelah mengambil kira pelbagai faktor, terutama jarak tempat kerja, gaji dan skop kerja, Rizal sangat beruntung kerana dapat tawaran bekerja di sebuah pam minyak Shell di tepi jalan Kuantan – Beserah. Hampir dengan rumah kakaknya.

" Macamana, Rizal nak ke kerja ini ? " tanya abang ipar Rizal.

" Err..boleh aje bang " jawab Rizal agak gugup sebab tidak tahu apa pekerjaan yang bakal dilakukannya.

" Oklah. Nanti abang bagi tahu tokey Shell tu" jawab abang ipar Rizal ringkas.

Keesokkan harinya, Rizal dimaklumkan oleh abangnya boleh memulakan kerja pada hari lusa. Iaitu selepas 3 hari Rizal berada di Kuantan. Rizal cukup seronok alang gemilang.

" Yess..!!" seronok tidak terkata Rizal sebab sudah dapat kerja. Rizal langsung tidak memikirkan hal gajinya, hal apa-apa yang berkaitan dengan pekerjaannya. Dia juga langsung tidak memilih bekerja, sama ada di tempat berhawa dingin ataupun tidak. Rizal amat naif apa itu bekerja di pam petrol. Malam sebelumnya Rizal tidak tidur lena, ke kiri dan ke kanan dia memusingkan tubuh badannya yang kurus itu memikirkan seronoknya bekerja keesokkan harinya. Tanpa sedar hari sudah menunjukkan jam 4 pagi, barulah Rizal terlena.

Hari yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Walau tidak lena tidur, Rizal bangun seawal jam 6,30 pagi, mandi dan solat subuh. Pagi itu Rizal akan ditemani abangnya untuk pertama kali sampai ke stesen minyak itu. Rizal tidak berlengah lagi, terus mencapai kasutnya, dan terus menunggang motor abangnya ke tempat kerja.

"Hmm..bestnya" bisik hati Rizal sepanjang perjalanan menuju ke tempat kerja

Hatinya berbunga-bunga, dan mengilusikan pelbagai keseronokan, mendapat gaji, boleh beli kamera. Itulah yang diidamkannya sejak sekian lama. Sebuah kamera untuk mengambil gambar.

Selepas 10 minit menunggang motorsikal Yamaha Scrambbler, Rizal sampai di tempat kerja barunya. Selepas bersalaman dengan abang ipar, Rizal terus menuju ke dalam stesen Shell untuk bertemu dengan pekerja di sana.

Kelihatan ada seorang lelaki Melayu yang sudah agak berumur berpakaian baju pekerja Shell kelihatan memerhatikannya dari jauh. Kelibat dua orang makcik berbangsa Cina pun ada sedang duduk ditepi stesyen sedang melakukan sesuatu.

Lelaki melayu tadi, terus bergerak menuju ke arah Rizal. Rizal hanya memerhatikan sambil tersengih.

" Assalamualaikum, nama saya Ahmad. Baru masuk kerja ye ? " sapa lelaki tadi.

- Akan bersambung -

DIARI SEORANG YANG BERNAMA RIZAL YOYOTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon