W3

7.6K 273 24
                                    

          Bermacam perkara yang Aura fikirkan sewaktu membuat keputusan untuk tinggal serumah dengan Farra. Namun penerimaan Farra terhadapnya membuatkan Aura terasa keputusannya tidak sia-sia.

          Kini hampir 2 minggu dia tinggal bersama Farra setelah berkahwin dengan Hanif. Walaupun Hanif tidak banyak berborak dan tak pernah langsung mendekati Aura. Namun pada Aura dengan hanya melihat wajah Hanif setiap hari, cukup bermakna bagi dia.

          Selama berminggu ini juga, Aura tidak pergi ke taska. Dia cuba menyesuaikan diri untuk hidup bersama Farra dan Hanif juga anak mereka.

          Dan Aura seakan dapat merasa keperitan yang Farra alami untuk melawan penyakitnya. Namun wanita itu tetap tersenyum.

          Di rumah agam 2 tingkat milik Hanif, Aura melakukan kerja seperti suri rumah biasa.
          Dan dia juga banyak membantu Farra yang semakin tak kuat untuk melakukan sesuatu. Aura juga yang mengambil alih menjaga Balqis malahan anak kecil itu akan tidur bersamanya setiap malam.
           Sementa di waktu malam Hanif akan bersama dengan Farra hingga ke pagi.

          Cemburu?
           Hati wanita mana yang tak cemburu. Benarlah Aura hanya manusia biasa. Malahan isteri Nabi Muhammad s.a.w iaitu Aisyah r.a yang dijamin syurga itu juga melakarkan sifat cemburunya.

          Ini kan pula Aura, namun bila timbul perasaan cemburu itu, cepat-cepat dia beristigfar moga diri dijauhi sifat kejahatan yang sekaligus boleh memusnahkan hubungan mereka bertiga.

          Tengahari itu seusai menyiapkan kerja rumah Aura duduk bersama Farra yang sedang melayan Balqis diruang tamu.

"Akak.. Aura rasa nak pergi taska la. Dah seminggu Aura tak jenguk taska."
          Aura menyatakan hasrat yang sejak pagi tadi bermain di minda.

"Pergi lah Aura, takde nya akak nak melarang.."
          Farra menjawab dengan senyuman, mentelah dia turut merasa bersalah sejak Aura ingin tinggal bersamanya.

            Farra tak kisah, malah berbesar hati bila Aura menyatakan dia akan duduk bersama dirumahnya. Namun dalam kata lain Farra kasihan melihat Aura yang menguruskan segala kelengkapan rumah dan tak lupa untuk menjaganya serta Balqis.

          Pilihan Farra selama ni tepat, Aura wanita yang terbaik untuk suaminya.

"Aura pergi sekejap je nak cek fail anak-anak kat sana, Akak ikut sekali ye."
          Tak sanggup rasanya Aura meninggalkan Farra walau sekejap. Wanita itu sudah menjadi sebahagian keluarganya.

"Takpe ke akak ikut?"

          Mata Aura dikalih kepada Farra lantas mengukir senyum.
"Aura  senang hati kalau akak ikut Aura."

          Farra mengangguk laju. Bosan juga dia dirumah sepanjang masa.

"Aura siapkan Balqis dulu ye."
           Aura ingin bangun namun Farra pantas memegang lengannya, membuatkan langkah Aura beku.

"Aura dah minta izin dengan abang Hanif untuk keluar rumah?"

          Perlahan Aura geleng kepala dengan pertanyaan Farra.

"Tak baik kita keluar rumah tanpa izin suami. Aura call abang Hanif sekarang, minta izin. Cakap sekali yang akak pun ikut Aura."

             Aura gugup, liur ditelan pahit sebelum bersuara.
"Err.. akak call lah abang Hanif. Akak cakap yang Aura bawa akak keluar."

(Completed) 2nd Wife (Short Story)Where stories live. Discover now