Segera Aura angkat muka, pandangannya kembali bertaut pada Farra. Wanita itu makin melebarkan senyum.

           Jantung Aura makin kuat berdenyut. Dalam hati tertanya-tanya, kenapa isteri Hanif tidak memarahinya? Kalau isteri lain dah tentu terbalik meja kat kafe kerana marah.

"Aura nak kahwin dengan suami akak?"

           Mendengar soalan Farra, Aura terus bangun dari duduknya. Terkejut.
"Maaf kak, saya tak faham maksud akak. Saya mintak maaf sebab suka kan suami akak. Tapi dalam kata lain, saya pun takut untuk runtuh kan rumah tangga orang lain. Saya sangat-sangat mintak maaf dengan akak."

"Aura."
           Farra mencapai lengan Aura untuk menghalang wanita muda itu dari pergi.
"Akak tak pernah terfikir Aura nak runtuh kan rumah tangga akak, akak tahu Aura suka suami akak dan akak sangat berharap Aura boleh jadi isteri kepada suami akak. Sebab akak perlu Aura, bukan akak sahaja. Anak akak dan suami akak pun perlu kan Aura."

          Apa yang isteri Hanif merepek ni?
          Perlu kan aku? Untuk apa?
           Aura terus memandang mata Farra mencari jawapan.

"Duduk dulu Aura, kita bincang elok-elok."
           Farra terus memujuk apabila dilihat Aura masih berdiri tegak tanpa bersuara.

          Hingga akhirnya  Aura akur. Punggungnya kembali menapak di kerusi. Namun mulut terus terkunci.

"Akak tak pernah salah kan Aura kerana  menyukai suami akak, dan akak bersyukur perempuan yang suka kan suami akak adalah Aura. Akak cuma nak bahagiakan suami akak serta anak akak. Akak berharap sangat Aura dapat terima pinangan akak untuk suami akak."

            Saat ni Aura rasakan bagai sebiji kelapa yang sarat dengan airnya sedang jatuh dan menimpa kepala Aura. Salah dengar kah telinganya tentang permintaan isteri Hanif itu?

           Kalau dapat Aura rasa nak cubit kedua pipinya agar dia sedar yang dia tak bermimpi.
           Memang Aura suka kan Hanif, dan Aura berharap untuk menjadi isteri kepada lelaki itu. Namun permintaan tiba-tiba Farra membuatkan Aura sedikit keliru. Tak pernah pula dalam doanya meminta supaya Allah melembutkan hati Farra untuk menerimanya sebagai madu.

           Tapi kenapa Farra sendiri datang membawa pinangan untuk suaminya sendiri?

"Err.. Akak tak takut ke untuk bermadu dengan saya?"
          Akhirnya Aura bersuara, dan sengaja nadanya ditegaskan untuk memastikan semua ini bukan gurauan.

"Tak.. akak tak takut bermadu dengan Aura akak lagi takut kalau Aura tolak pinangan akak."

          Rakus air liur Aura kembali diteguk hingga ke dasar abdomen. Dia pasti Farra serius untuk menjadikan mereka bermadu.

"Jadi.. Aura terima pinangan akak untuk suami akak?"

          Apa Aura nak jawab?
         Sedangkan dalam hatinya kini masih berbelah antara rasa gembira dan masih tak pasti.

"Suami akak setuju?"
          Untuk terakhir kalinya Aura inginkan kepastian.

           Farra mengangguk seraya mengukir senyum.
"Suami akak setuju kalau Aura benar-benar setuju."

           Senyuman Farra, Aura terus titip. Debar jantungnya kian surut. Wajah tegap Hanif Saif mula bermain di seluruh awangannya kini.
           Benarkah jalan yang dipilihnya ini?

"Akak.. boleh saya tahu kenapa akak nak saya kahwin dengan suami akak? Sedangkan akak sempurna segalanya?"
           Masih tak puas hati, Aura terus ingin kan jawapan.

(Completed) 2nd Wife (Short Story)Where stories live. Discover now